Semenjak dua menjak ni, ana dapat beberapa "calls" & permintaan memohon bantuan rawatan & penyelesaian kes-kes sihir & gangguan makhluk halus yang terpaksa ana tangguhkan dahulu kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. ALLAH s.w.t. jualah yang lebih mengetahui apa yang sedang ana hadapi sekarang, kelemahan serta kedhoifan diri ini & semoga DIA juga mengampuni silap & salah ana ini.
Kes di Merapoh yang dirujuk pada ana, pertamanya kes 3 beradik & seorang sepupunya yang menghadapi masalah gangguan teruk. Simptomnya macam gangguan jin asyik. Dah beberapa perawat & bomoh yang merawat, tapi tiada perubahan, jadi akhirnya kepada ana kes ni dikemukakan. Sampai sekarang masih lagi tertangguh.
Kes kedua dari Gua Musang. Kisah lama "berdarah" kembali. Masalah kediaman yang terbakar/dibakar yang dihadapi oleh salah seorang staff Hospital Gua Musang. Ana pernah tangani kes ini tak silap 2 tahun lepas (masa tu Sifu Saiful Gerak Haq ada lagi kat sana) & alhamduliLLAH selesai, tapi nampaknya jadi pulok doh! Semalam pun Abg N "call"... Ya ALLAH...apalah dayaku. Jadi kerana "kelumpuhan" ana, ana mintak Abg N hubungi Imam Masjid Gua Musang, Imam Hasuari untuk ikhtiarkan. Semoga dipermudahkan ALLAH segala urusan & dikabulkan segala ikhtiar...aamin,
Tengah malam semalam pula ana dikejutkan oleh "call" dari ex-student ana yang berada di form upper 6 di sebuah sekolah di bandar Kuala Lipis. Katanya beberapa pelajar di sana terkena histeria, dan masa dia dok bercakap dengan ana, seorang sahabatnya kerasukkan. Ana dimaklumkan yang geng Darulsyifa' Lipis pimpinan Ustaz Borhan dah ikhtiarkan sebelumnya termasuk juga Ustaz Borhan SMK Clifford & juga sohabat ana Cikgu Amru. Tapi nampaknya masih belum selesai sepenuhnya. Ana rasa ada benda yang perlu ditelitikan sebelum rawatan dilakukan. Kata omputeh, "Something fishy is going on there...and I got a bad feeling about this..". Ana ada sms Abg Mie...Abg Mie pun sibuk merawat orang kat Kg Lalang semalam. Abg Mie agok...ianya mungkin masalah asrama yang kat tepi padang yang nak diruntuhkan kerana boleh merbahayakan. Adakah kerana "kediaman" mereka nak dirobohkan, maka mereka memberontak???
Perkara macam ni la yang mendorong ana untuk membukak kelas Perubatan Islam kat Merapoh ni, supaya bila ana tak dapat membantu atas sebab-sebab yang tak dapat ana elakkan, ada orang lain yang sedia & dapat. Kan bagus camtu. Ianya dah jadi suatu fardhu kifayah.
Wallahu a'alam bissowab.
Wahai saudara seIslamku...apakah Islam tu tidak hebat sehingga asyik memandang selainnya???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan