Maghrib semalam ana dapat panggilan dari staff sekolah katanya adik iparnya ada masalah...diganggu penunggu bilik hotel tempat adik iparnya tu bekerja. Lepas Isya' ana ke sana bersendirian. Sesampai di kuarters JKR, kediaman staff tersebut...seperti biasa ana cuba dapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan apa yg dah terjadi.
Mengikut cerita staff & mangsa, mangsa diganggu penunggu bilik hotel. Ceritanya bermula bila ada rakan sekerja mangsa yang menghubunginya dan mengatakan yang penginap di bilik berkenaan memerlukan sesuatu. Jadi mangsa membuat panggilan ke bilik tersebut beberapa kali. Ada yang mengangkat tapi tiada respond melainkan bunyi seperti telefon rosak, berdesir.... Perasaan aneh mula menyelubungi mangsa. Mangsa seterusnya bergerak ke bilik tersebut. Bila ke sana memang tiada orang dan keadaan mula mencemaskan. Mangsa merasakan semacam ada sesuatu yang mengekori beliau...dalam keadaan menyeramkan tersebut mangsa telah berlari sekuat hati meninggalkan bilik hotel tersebut dan seterusnya tidak sedarkan diri.
Sedar-sedar, magsa telah dikelilingi ramai rakan sekerja beliau, sebahagiannya membaca Yassin. Bila mangsa tanya apa yang dah terjadi. rakan mangsa menyatakan yang beliau telah kerasukan, meronta-ronta & menjerit-jerit dengan mata terbeliak merah. Ada beberapa rakan sekerja beliau yang cuba memegangnya habis dicampak & ditendangnya. Kekuatan mangsa sewaktu itu cukup luar biasa. Bila mangsa bertanyakan rakan sekerjanya tentang penginap bilik hotel berkenaan, rakannya tersebut memaklumkan yang beliau telah mendapat panggilan dari penginap dan memaklumkan yang beliau masih berada di luar hotel atas urusan kerja & bilik tersebut tak berpenghuni. Keadaan menjadi gempar. Habis tu siapa yang angkat panggilan talifon? Melihat keadaan mangsa yang tidak stabil, pengurus yang kebetulan hadir sama pada malam tu memberi kelepasan kepada mangsa untuk balik merawat diri.
Dengar ceritanya penghuni bilik tersebut juga dengan kelam kabut telah check out pada malam tu juga. Kenapa? Tak pula dinyatakan...wallahu alam.
Jalan ikhtiar yang ana ambil adalah dengan merukyah bahan untuk mandian & seterusnya merukyah mangsa. Alhamdulillah tiada entiti-entiti asing pada mangsa kerana makhluk tu nampaknya hanya berminat untuk tinggal di bilik hotel tersebut sahaja. Apa yang ana risaukan adalah bila mangsa kembali menyambung kerjanya di sana. Dari pemerhatian ana, nampaknya ada beberapa bilik hotel yang menjadi port bagi makhluk-makhluk tu lepak...ermph...PENUNGGU BILIK HOTEL...seronok dapat dok free kat hotel.
Adakah ana perlu naik ke sana untuk menangani permasalahan bilik berpenunggu ni?
Wallahu 'alam...rasanya baik ana jadi penunggu kat klinik sekolah ni, menunggu kalau-kalau ada pelajar yang sakit & memerlukan rawatan.
Ustaz saya ada soalan, gangguan jin dan syaitan ada beza tak? masa kerja kat johor dan tinggal di kuaters, hampir tiap-tiap malam kena kacau, orang kat situ kata kat situ ada kampung bunian.
BalasPadam