السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

31 Julai, 2012

RAGAM PELAJAR

Dua bulan di sini, pelbagai ragam pelajar yang sebelum ni tak atau jarang sangat dilihat di Merapoh berlaku di depan mata. Dalam hati kekadang sedih, marah, terkilan, geram...SABAR...tu je setakat ni penawar yang diambil bagi mengelakkan berlaku konflik antara ana & pelajar.

Umumnya, sebahagian dari pelajar ni seolah-olah tak pernah mendapat pendidikan adab & sopan di rumah dari penjaga atau ibu-bapa mereka. Tah apa permasalahannya...adakah kerana terlalu sibuk mengejar nafkah, sehingga perhatian kepada anak-anak terabai? Sesuatu yang tidak patut berlaku...kerana anak-anak aset kita ibu-bapa di dunia hinggalah ke akhirat kalau betul asuhan, didikan & ajarannya. Kalau sebaliknya...nauzubillah!!! 

no preview Sikap tidak menghormati guru & orang tua sangat ketara, dari adab memberi salam hinggalah percakapan. Bahkan kadang-kadang teguran dari guru langsung tidak diendahkan. Di manakah silapnya? Bebaru ni ana mengertak sekumpulan pelajar yang berjudi di dalam kelas, sekalipun sudah diberikan amaran 3 kali. Sebaik saja ana berpaling untuk menulis di papan hitam, mereka terus berjudi di belakang kelas, seolah-olah ana tiada di dalam kelas. Memang sikap mereka ini mencabar & langsung tidak menghormati guru...biadab!

Namun bila digertak siap ada pulak yang menangis. Erm...mereka ni seolah-olah tak pernah ditegur atau marah oleh penjaga atau ibu bapa mereka. Bila digertak/marah, mereka terkejut!!! Ustaz/Cikgu marah! Seolah-olah ini kali pertama dalam hidup mereka, mereka berdepan dengan seseorang yang marah pada mereka atas kesalahan yang mereka lakukan. Ya Allah...kesian bebudak ni...rosak mereka tanpa ada orang yang sanggup membetulkan fikrah & perjalanan hidup mereka sesuai dengan kehendak Islam. Sungguh sedih melihat anak bangsa & anak saudara seIslam yang begitu bercelaru keadaan hidup mereka mutakhir ni... Ya Allah, berikan aku kesabaran & bantulah aku membantu mereka. 

no previewKes lain, ada beberapa pelajar perempuan yang baru tingkatan 1 & 2 bersolek di dalam kelas. Siap pakai bedak alas, eye shadow & mascara. Kemudian tak kurang juga yang dengan gediknya cuba mengoda, bahkan berani mengeluarkan kata-kata lucah. Ya Allah...apakah sebabnya jadi camni? Langsung takde rasa malu & hormat lagi dah pada cikgu. Adakah di rumah pun mereka ni camni? Tah tak pernah pulak diselidiki sampai ke rumah diorang. 

Ya Allah...berilah kami taufik & hidayahMu....selamatkanlah kami dari fitnah dunia & Dajjal....
Cabaran menjadi guru...berdepan dengan generasi akhir zaman...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan