Seperti yang di Syarahkan Oleh Ustaz Haji Saari Hussin pada 14hb Ogos 2011 kepada Tuan Mohd. Nizam Al Jabal Marky, di rumahnya di atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan.
MATLAMATNYA
1. Meninggikan agama dan orang Islam
2.Meningkat manusia jiwanya kepada manusia yang dimuliakan hinggakan kepada tahap maqam Ikhlas dan maqam Insanul Kamil
3. Menyatukan umat dibawah pimpinan Rasulullah SAW
7 LANGKAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI.
Pertama : Membebaskan diri dari semua ketakutan. Nafsu dan makhluk serta belenggu was-was dengan seruan sepenuh hati dengan seruan "الله أكبر ونحن المحمديون ولله الحمد" (Allahu Akbar Nahnu Muhammadiyu Nawalillah Hilhamd)
Kedua : Mengambil contoh tapak kasut Baginda Rasulullah SAW sebagai lambang yang mengiklankan kita bahawa ianya bersiap sedia untuk mengikut jejak langkah perjalanan Rasulullah saw. (طريق المعية المحمدية) Firman Allah swt: (Al Fath:29 ‘Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya…’
‘Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya…’
Ketiga : Membina fikrah yang diasaskan oleh Rasulullah saw dengan menghayati yang empat iaitu;
i. Maslab/Syar'iah (مدرسة الشريعة النبوية)
Dengan mengambil mana-mana mazhab Fiqh Islami serta mempelajari hukum-hukum ibadat serta asas-asas muamalat bagi menunaikan setiap hukum-hakam dan segala bentuk pergaulan yang bertepatan dengan mazhab Islam yang ia berkuasa mengerjakannya mengikut tabiat warna kulit dan tampat-tempat yang dibolehkan.
Firman Allah SWT, 'Tanya ahli zikir jika kamu tidak mengetahui'
Firman Allah swt: (Al Anbia’:7)
‘dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki Yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka Bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.’
Berkata ulamak:
فواجب تقليد جبر منهم : كذا حكي القوم بلفظ يفهم
‘Maka wajiblah mengikut mereka yang lebih arif dikalangan mereka sebagaimana yang telah diterangkan oleh mereka dengan cara yang difahami.’
Bermakna hendaklah kita mengikut orang-orang yang mahir tentang perkara syara'
ii. Suluk /Suffiyah (مدرسة الآداب المحمدية)
Mengambil mana-mana ‘Santapan Ruh’ (مشرب روحى) daripada guru yang berpengalaman iaitu pengalaman dzauq dan wijdan dengan mempelajari kaedah-kaedahnya supaya mendapat madad dan dapat merasai halawah (kemanisan) serta mendapat Nur yang mampu membebaskan diri seseorang dari sifat Ananiah (ego) dan membersihkan ruhnya dari karat karat hati. Yang akhir nya dapat menghayati sifat-sifat:
• Benar (الصدق) pada perkatan dan keazaman
• Amanah (الأمانة) pada pergaulan dan semasa berseorangan
• Malu (الحياء) pada pergaulan bersama keluarga dan manusia seluruhnya
• Berani (الشجاعة) pada kebenaran serta sabar ketika menghadapi saat-saat genting.
Berkata Ibnu Arabi:
من يبنى إيمانه بالبراهين والستدلال فقط لا يمكن الوثوق بإيمانه فهو يتأثر بالاعتراضات فاليقين لا يستنبط بأدلة العقل إنما يغترف من أعماق القلب
Maksud: ‘Sesiapa membina keimanannya dengan keterangan dan dalil-dalil sahaja tidak mungkin dia dapat berpegang dengan keimanannya sementara itu ia akan menghadapi halangan-halangan dimana keyakinan tidak dapat disimpulkan dengan berdalil akal akan tetapi keimanan itu dapat diselami daripada lubuk hati.’
iii. Taawuniah (مدرسة منهج التعاون المحمدي الكريم)
Sistem bergabung ketika takut dan bersepakat semasa susah bersama keluarga dan jiran tetangga serta masyarakat bagi melahirkan ummah yang teguh (تضامن عند الفراغ وتكافل عند العسرة)
iv. Politik (مدرسة منهاج السياسية النبوية الرحيم)
Sistem politik Rasulullah saw yang penyayang kasih-mengasihani yang berlemah lembut keatas tiap mukmin tanpa batas perkauman, puak, bangsawan, kampung dan neger dimana sahaja mereka berada dengan sesiapa sahaja yang melanggari batas-batas kenegaraan dengan menghubung jalinkan umat yang satu sebagai satu anggota badan yang mengadu sakit lalu sebagai satu anggota apabila mengadu sakit lalu dituruti oleh anggota lain.
Sabda Rasulullah saw: (Muttafaqun alaih)
مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم كالجسد الواحد إذا اشتكى منه عضوا تداعي له سائر الأعضاء بالسهر والحمّى
Maksud: ’Perumpamaan orang-orang yang beriman itu pada berkasih-sayang, hormat-menghormati serta kasih-mengasihi bagai satu jasad manusia apabila mengadu satu anggota mengadu sakit lalu dituruti oleh anggota yang lain dengan kesakitan berjaga malam dan bersama tidak tidur.’
Keempat: Wajib memahami tabiat semulajadi ikatan manusia yang dibina di atas syariat dan adab perjalanan Rasulullah saw (صوفي) dengan dua ikatan kejiwaan (روابط الوجدانية) dan empat ikatan kewujudan (روابط الوجودية)
i. IKATAN KEJIWAAN (روابط الوجدانية)
Yang berkaitan dengan manusia semasa hidup dan selepas mati yang lahir daripada perasaan yang sensitif dikawali oleh perimbangan untuk mencapai sesuatu ketinggian hemahnya dengan empat ikatan;
• Ikatan keperibadian terhadap Allah swt dengan ikatan keagamaan, sabda Rasulullah saw:
• Ikatan keperibadian terhadap Rasulullah saw dengan dua ikatan:-
[1] Ikatan keimanan dengan risalahnya yang berbentuk universal. Sabda Rasulullah saw:
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من نفسه وعترتي أحب إليه من عترته
Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku adalah lebih ia kasihi daripada dirinya dan zuriatku lebih ia kasihi daripada zuriatku.
[2] Ikatan ketundukan kepada kepimpinan Rasulullah saw yang menyatukan ummah. Firman Allah swt: (Al Ahzab:6)
Maksudnya: Nabi itu lebih utama pada orang-orang Yang beriman daripada diri mereka sendiri;
• Ikatan keperibadian dengan Sultan Dandarawi yang pertama Sidi Muhamad As Sultan sebagai ikatan cucu dengan datuknya sebagai intisab maknawi (انتساب المعنوي) bagi mendapat gelaran ‘Dandarawi’ sehingga dengan panggilan ini semua bagaikan satu kumpulan yang bercabang di dalam keluarga yang satu di pelusuk Negara.
• Ikatan keperibadian bapak Ruh terhadap Imam Dandarawi yang kedua Sidi Abbas Al Imam sebagai ikatan bapa ruh supaya setiap individu timur dan barat, utara dan selatan menjadi milik bagi ummah dan ummah menjadi milik bagi individu sebagai penolong dan pembenteng.
ii. IKATAN KEWUJUDAN (روابط الوجودية)
Lahir daripada perasaan yang suci dikawali oleh perimbangan akal yang sihat agar tidak tersesat kebenaran serta dapat menguasai tindak balas hatinya yang hidup supaya tidak terpadam nalurinya dengan empat ikatan;
• Ikatan Individu Pengikut Usrah Dandarawiah (ابناء الاسرة الدندراوية) terhadap rumpun kaumnya dengan ikatan perkauman tanpa ta’sub seperti dengan saudara maranya sekalipun berlainan arus pemikiran supaya tidak ada pulau memulau, benci membenci yang diharamkan oleh Islam. Sabda Rasulullah saw; (Riwayat Muslim)
لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا ولا تدابروا
Maksudnya: Maka janganlah kamu berhasad dengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci dan janganlah kamu belakang membelakangi satu sama lain.
• Ikatan Individu Dengan Sahah Usrah (ساحات الاسرة) dengan lapisan masyarakat sebagai hubungan setempat tanpa melihat kepada perbezaan kemanusiaan samada kaya dengan miskin, alim dengan jahil, pemerintah dengan rakyat, yang kuat dengan yang lemah yang mana semuanya adalah pembantu kepada pembinaan ummah Muhammad SAW.
• Ikatan Individu Setiap Pengikut Usrah Dandarawiah Dengan Tanah Air dengan hubungan tanpa taasub kenegerian dimana merekalah sebagai orang beramanah dengan amanahnya penjaga kepada harta bendanya serta pengawal kepada tanah airnya.
• Ikatan Individu Terhadap Pemerintah Negaranya dengan ikatan wala’ (الولاء ) selama masa pemerintahan tetap atas undang-undang am serta terikat dengan undang-undang tanpa dibantah dengan melulu supaya tidak mudah terhunus senjata pemerintah terhadap rakyat. Begitu juga wala’ tidak boleh dipaksa kerana ia adalah kemuncak bagi politik didalam melaksanakan tuntutan sesebuah Negara yang mempunyai rakyat.
Kelima: Mengambil berat dengan empat pembentukan diri sebagai persamaan yang merupakan peringkat keagungan manusia iaitu;
Badan - Solat , puasa, makan dan tidur dapat mencapai ke tahap kesihatan pada setiap pergerakan
Ruh - Ruh safafiah, iaitu ruh yang bercahaya hati dengan nur iman dan terbuka mata bashirah dan merasai kemanisan dengan zikrullah dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad saw sehingga dapat mencapai ke darjat kemanisan iman dengan kehalusan perasaan dengan cahaya keimanan. Firman Allah swt: (
Nafsu - Menahan diri daripada tuntutan nafsu dengan mengeluarkan zakat serta membanyakkan sedeqah.
Firman Allah swt: (At Taubah:103)
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka,
Akal - Sampai ketahap ketenganan iaitu As Sakinah dengan sentiasa berfikir yang tepat dan waras dengan Ilham Muqarraqin dengan melalui bacaan Al Quran dan Hadith-hadith Nabi SAW
Keenam: Menjadikan diri bersifat Insanul Ummah iaitu bersatu hati sehingga jadilah seperti satu ummah tanpa merasai pelik serta berlainan dengan orang lain yang berbeza tempatnya.
Bentuk Ummah (Manusia)
• Kanak-kanak - Bersifat suci serta terlepas daripada taklif
• Pemuda - Bersifat pintar dan cergas
• Dewasa - Bersifat matang dengan kemahiran
• Orang tua - Bersifat sopan santun
Bentuk lapisan masyarakat
• Golongan kaya - Golongan miskin (Faqir)
• Golongan alim - Golongan jahil (Ummi)
• Golongan Kuat - Golongan lemah
• Golongan Pemerintah - Golongan rakyat
Bentuk penduduk dan permukaan bumi
• Ahli bukit -sifat kasarnya
• Ahli gurun -sifat kerasnya
• Ahli dataran -sifat sederhananya
• Ahli pantai -sifat berubah-ubahnya
Bentuk warna kulit manusia
• Berkulit putih - Sifat sukakan kemuliaan
• Berkulit hitam - Sifat kesabarannya
• Berkulit merah - Sifat ketamakannya
• Berkulit kuning - Sifat ketekunannya
Ketujuh: Menjadikan kasih sayang yang ikhlas dan sejati dengan menjadikan diri setiap individu berada pada diri saudaranya serta sentiasa hidup bersama-samanya di mana sahaja dia berada mengikut jejak langkah Rasulullah saw dengan memecahkan perkauman dan perbezaan lapisan masyarakat supaya semuanya dapat membentuk ‘Jam’u Insan Muhamad’ (جمع إنسان محمد صلى الله عليه وسلم).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan