السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

08 Oktober, 2012

DALAM DIAM, ....


Dalam diam, kenangan silam menjadi renungan. Satu persatu ku selak, ku belek...setiap pepenjuru peristiwa ku perhatikan dengan penuh teliti, mencari kesan-kesan yang boleh diambil ikhtibar darinya. Erm...sebahagian dari peristiwa yang berlaku, jelas & terang kesan & bekasnya, manakala sebahagian lagi samar-samar & selebihnya, tak mampu atau diluar batas kemampuan & keupayaanku untuk melihat kesan & bekasnya. Mungkin belum masa & ketikanya...maka sabar & redho menjadi penawar terbaik dalam menempuh semua ini. 

Dalam diam, fikiran cuba menilai dengan penuh hikmah sekalipun dalam keterbatasan diri yang dhoif ini, agar tidak tersasar jauh dari yang haq. Erm..tiada sesuatu pun yang terjadi yang terkeluar dari perancangan & aturanNya...tiada...semuanya sudah termaktub, tertulis kemas.... Semuanya terjadi mengikut apa yang telah dicatatkan. Maka buat apa engkau gundah wahai hati? Mengapa? Pasrahlah dalam redho & takwa.

Ya selaku insan biasa...peristiwa sekitar selalunya berjaya menerobos ke hati yang rapuh ini...buatkan ia bergolak dengan pelbagai mainan perasaan; marah, benci, suka, sedih, sayang, kasih, cinta, letih, bersemangat & sebagainya lagi... Patutkah aku layan? Atau ku ketukkan kembali hatiku...ingatkan ia akan kepada hakikat kehidupan yang sebenarnya. Erm...selalu juga ku ketuk...kerana kelalaian & kealpaan sangat-sangat menyiksakan. Ya Allah padaMu ku berserah & berharap...

Dalam diam, ku muhasabah...cukup! cukup setakat ini sahaja. Cukup! Rasanya aku perlu keluar dari belenggu mainan perasaan ini secepat mungkin...bahaya! Biarkan hati bebas dari mainan perasaan yang pelbagai ni, yang tiada penyudah & kabur. Fokus...fokus...

Dalam diam, ku menyintai, ku merindui, ku meyayangi...walau dalam ketidak sempurnaan. Maafkan ku...atas kedhoifanku...


YA ALLAH...YA RAHMAN...YA RAHIIM...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan