السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

11 September, 2012

PECAH MASUK!

Selepas Subuh semalam, kakak ana call katanya rumah mak kami di Kota Bharu dipecah masuk pencuri. Jiran mak ana yang call kepada adik & kakak ana memaklumkan hal berkenaan. Terima kasih kepada Pok Su Musa, Abang Yie dan jiran yang membantu sehingga dapat menghalang kerugian yang lebih besar. 


Pencuri berkenaan memecahkan pintu depan, mengeledah almari di ruang tamu dan seterusnya dengan bersenjatakan pisau naik ke tingkat atas. Alhamdulillah mak ana tinggal bersama ana di Pasir Puteh, jadi perkara yang lebih buruk tidak berlaku. Tindakan pantas jiran-jiran telah menghalang pencuri dari mencuri lebih banyak barangan dari rumah mak ana. Sebenarnya tiada sangat barangan yang berharga, namun kerugian dianggarkan sekitar RM 2000. 

Jadi lepas sekolah semalam, ana tiga beranak bersama mak ana bertolak balik ke Kota Bharu bagi menilai sendiri keadaan. Setelah sampai, jiran-jiran mula datang bertanyakan khabar & menyampaikan berita. Syukur kepada Allah...kerana jiran-jiran cukup perihati & peka dengan masalah jiran-jiran lain. 

Adik ana Fakhrul telah membuat report polis & 2 orang anggota telah datang menyiasat. Dari maklumat yang diberikan Pok Su Musa, pencuri berkenaan bertindak sendirian dan bukan dari warga kampung berkenaan. Disyaki 'orang luar'.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan