Ingatlah duhai hati, Allah SWT tidak akan mendatangkan sebarang ujian terhadap hambanya melainkan Dia tahu kemampuan hamba-Nya.
“Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah. Dalam keadaan petaka atau sengsara. Dalam keadaan miskin atau kaya. Dalam keadaan susah atau senang. Dalam keadaan sihat atau sakit. Dalam keadaan buruk atau baik. Ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Al-Haq. Jika dia menetapkan sesuatu yang merugikan kamu, janganlah kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripadanya. Kerana semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu."
(nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan