"Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan nur ke dalam dada dan dapat menyingkap hijab (tirai penutup) dari hati." Syeikh Ibnu 'Athoillah Al-Iskandari
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.
Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.
Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
16 Ogos, 2011
MESYUARAT DI HOTEL SRI PETALING KL
MERAWAT KES WAS-WAS MELAMPAU
29 Jun, 2011
DILUAR JANGKAANKU
LAGI-LAGI ASYIK
14 Mei, 2011
Majlis Kuliah dan Zikir Perdana
31 Mac, 2011
ADAB MURID TERHADAP GURU
KHATAM!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga ana menamatkan walau pelbagai perkara dah berlaku yang kadang-kadang menguji diri ini.
Ana doakan semoga ahli qariah yang setia mengikuti kuliyah tersebut mendapat manfaat dari apa yang telah diizinkan ana sampaikannya pada mereka & juga buat al faqir ilaLLAH Al Ghoni ini. Mudahan ilmu yang ada pada tangan-tangan mereka lebih bermanfaat & lebih baik dari beradanya pada tangan ana yang hina & dhoif ini.
21 Mac, 2011
DAH TAK RELEVAN LAGI DAH RASANYA
Semoga Allah s.w.t. memberkahi antum dengan apa yang dikurniakanNya pada antum, walaupun pada pandangan jahil kita ianya berbentuk musibah kesakitan & gangguan kesihatan.
Merujuk kepada pernyataan ana di atas, ana merasakan yang blog ana ini sudah tidak lagi sesuai disenaraikan dalam blog perawat-perawat Islam. Tak banyak pun kisah rawatan sebenarnya kerana ana bukanlah perawat sepenuh masa, hanya sekadar memenuhi hajat mereka yang berhajat sahaja selaku sesama Islam. Ya la....diri sendiri pun sakit....
Kebanyakan apa yang ana catat hanyalah pengalaman diri sendiri yang kadang-kadang ana rasakan tak sesuai untuk ruangan blog perawat Islam, melainkan sekadar perkongsian dengan sahabat karib fiLLAH ana je. Ye la kadang-kadang tu pening gak menyusun ayat, sebab nak mengelakkan fitnah dari mereka yang tak faham keadaan & situasi sebenar. Kalau sahabat fiLLAH ana tu insyaALLAH dia faham sebab mereka alhamduliLLAH dah kenal ana camna.
Apa-apa pun ana mohon maaf dari sidang pembaca kalau-kalau ada silap & salah sepanjang ana mengendalikan blog ini. Berharap sangat agar ianya tidak lagi tersenarai dalam blog perawat-perawat Islam..
28 Februari, 2011
TRIP KE CAMERON HIGHLAND
![]() |
| Bersantai bersama Abdul Aziz |
![]() |
| Reriang banyak musim kemarau ni. Seronok Abdul Aziz main...siap kumpul lagi. |
![]() |
| Yang tinggal bersama Ummi dia kat Kota Bharu. |
![]() |
| Tertarik dengan cactus yg berbunga..warna warni...SubhanaLLAH! |
![]() |
| Sambil tunggu Ummi diaorang shopping.... |
![]() |
| Berhenti solat dalam perjalanan balik ke Gua Musang. |
25 Februari, 2011
AMALAN TAREQAH AHMADIYYAH YANG UTAMA
22 Februari, 2011
DIKUNJUNGI AL-FADHIL Al-USTAZ HJ BORHAN B. ARRIFIN
![]() |
| Kali pertama datang Merapoh...terus ambik gambar persekitaran Merapoh. Terpegun dengan keindahan ciptaanNYA |
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & MAJLIS KHATAM KITAB SYAMAIL NABI S.A.W.
![]() |
| Lan & Imdadullah di Darul Maliki |
![]() |
| Suasana di Darul Maliki |
![]() |
| Bersama Imdadullah di dalam dewan Masjid Wilayah |
![]() |
| Suasana di Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. |
![]() |
| Masjid Wilayah di kala senja. |
![]() |
| Azlan, Ustaz Khir Firdaus & ana bergambar kenangan selepas majlis penyampaian ijazah sanad Kitab Syamail Nabi s.a.w. |














