السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

01 Februari, 2011

LANJUTAN KES DI GUA MUSANG

Alhamdulillah dengan izinNYA dapat juga ana membuat catatan ini.

Pertamanya ana nak mengucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat yang membantu dari jauh.  Alhamdulillah suasana agak tenang seketika sehinggalah lewat pagi tadi ana sekali lagi mendapat call dari Abg Z. Si Penyihir nampaknya sedang main tarik tali dengan perawat. Bila dia digasak, dia mengalah buat seketika dan mewujudkan suasana yang mengelirukan mangsa sekeluarga.

Pagi tadi Abg Z menyatakan yang si penyihir ada menghantar sejadah, kain sembahyang perempuan dan duit RM100 yang diletakkan di dalam bilik tidur mangsa. Apa tujuannya dia hantar semua itu? Kalau dia Islam kenapa dia menyihir mangsa sekeluarga sampai sebegitu teruk sekali. Pastu sekarang ni seolah-olah dia menyogok pula dengan benda-benda camtu. Abg Z keliru dan bingung. Ana cadangkan agar Abg Z menyimpan semua barangan tu dan jangan sesekali menggunakannya, terutamanya duit yang dibagi. Mungkin ada muslihat tertentu...jadi kena berhati-hati dengan permainan si penyihir tu. Psiko sungguh nampaknya. Bukan sebarangan lawan kali ni nampaknya.

Mengikut salah satu sumber, si penyihir kali ni menggunakan ilmu yang agak tinggi yang jarang-jarang penyihir dapat menguasainya. Katanya si penyihir mampu menunggang khodamnya secara zohir (macam orang dulu-dulu naik harimau jadian) untuk ke rumah mangsa dan membuat serangan. Salah satu "Chief Khodamnya" terdiri dari pada kerangka bertengkorak binatang yang berwarna kekelabuan/keperakkan yang berilmu tinggi. Nampak macam hasil pemujaan mayat lama. Mengikut satu sumber, keilmuan macam ni mirip keilmuan kuno yang biasa diamalkan oleh ahli ilmu hitam dari kepulauan Bali atau Orang Asli yang menganut agama animisma.

Dari pemerhatian ana pula, penyihir seolah-olah mempunyai ilmu halimunan atau seumpamanya dan gangguan pula akhir-akhir ni berbentuk serangan secara fizikal walaupun si penyerang tak kelihatan. Contohnya pisau yang melayang-layang (ada yang nampak seseorang lelaki yang memegang pisau) lalu mengelar-ngelar tubuh mangsa sehingga berdarah, pakaian di badan mangsa juga "dibakar" tiba-tiba dan hidup-hidup.

InsyaALLAH ikhtiar akan dilanjutkan lagi pada malam ni dan seterusnya. Mudahan ALLAH s.w.t. membantu. Harap sahabat-sahabat sekalian sudi untuk meneruskan ikhtiar.

Wallahu a'alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan