Assalamualaikum kepada sidang pembaca. Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah memberikan keizinana kepada ana untuk kembali menjengah & mencoret sedikit sebanyak pengalaman yang bermakna dalam kehidupan yang sementara ini yang telah ana lalui kebelakangan ini.
Setelah sekian lama ber'sunyi' diri dari dunia rawatan, pada suatu pagi minggu, ana dikejutkan dengan ucapan salam dari seorang perempuan yang tercegat di depan rumah ana...ermm...seawal lebih kurang 9 pagi. Maklumlah, tak pernah lagi ana dikunjungi tamu sepagi itu sebelum ini di rumah ana di kuarters guru SMK Merapoh.
Dalam keadaan mamai (ana tertidur setelah membaca pada pagi tu) ana bukak pintu dan kelihatan seorang perempuan yang agak berumur tercegat memandang ana dalam keadaan serba salah. Setelah disampaikan hajatnya, iaitu agar ana merawat anak perempuannya yang dikatakan bermasalah, ana menjemputnya masuk.
Ana bertanyakan masalahnya agar mendapat gambaran permasalahannya. Ermmm...kesimpulan yang boleh ana buat, gangguan jin asyik. Sudah agak lama tapi tidak diendahkan, pertamanya kerana menyangka ianya hanya sekadar mainan tidur & bukannya perkara serius. Keduanya kerana malu untuk menceritakan apa yang dialami oleh pesakit selama ini, walaupun pada ibunya sendiri. Setelah terjadi masalah yang menggugat hubungan suami-isteri & keluarga, barulah hal ini dipandang serius & cuba ditangani. Selain dari itu, ayah pesakit juga dikatakan ada masalah gangguan dan ana juga diminta untuk menanganinya. Erm...ada dua la nampaknya.
Ermm...lagi-lagi asyik. Ana kerap menerima kes sebegini, perempuan yang digilai oleh jin-jin jantan...hingga ada yang seawal usia 14 tahun.
Memandangkan yang datang tu tak tau apa-apa & tak sediakan apa-apa yang patut & perlu untuk rawatan dan ana pula dalam keadaan terkejut lagi, ana minta mereka balik dahulu & sediakan barangan yang ana nyatakan sementara ana sendiri buat persediaan. Ana berjanji untuk ke rumah mereka yang tak jauh dari kuarters sejam kemudiannya.
Setelah segala-galanya siap. Ana bertolak ke rumah pesakit berseorangan. Sesampai di rumah mereka, ana disambut mesra & penuh harapan. Setelah sedikit soal selidik, ana memulakan proses rawatan dengan menyediakan bahan untuk mandian. Setelah itu ana minta pesakit mandi dengan diikuti pula oleh ayahnya.
Selepas mandi, ana merukyah pesakit....yang kemudiannya menangis, menjerit & berguling-guling dilantai kerasukkan. Setelah beberapa ketika, makhluk yang menganggu menjerit, "Anak aku...anak aku...anak aku..." Ana menggunakan beberapa teknik rawatan yang pernah ana lihat guru ana lakukan suatu masa dulu. Alhamdulillah akhirnya makhluk tu akur & keluar setelah ditarik. Rawatan seterusnya dilakukan pada si ayah pula. Sebaik saja ana mulakan rukyah, beliau kelihatan lemah & longlai, lalu terlena...sehinggalah berlaku suatu sentakan kecil pada kakiknya. Beliau kata yang badannya terasa sangat lemah & lenguh. Beliau minta izin untuk berbaring. Setelah ana tarik keluar 'masalah' yang menganggunya, alhamdulillah beliau pulih.
Selesai rawatan ana cuba dapatkan maklum balas dari rawatan yang diberikan. Bagi pesakit, beliau kata yang beliau pernah mimpi bersetubuh, mengandung & kanak-kanak kecil...erm...mungkin itulah puncanya yang makhluk tu menjerit..."Anak aku..anak aku..." Wallahu a'alam. Bagi si ayahnya pula, beliau merasakan ada suatu sensasi pada kedua-dua belah kakinya yang menyusur dan keluar melalui tapak kaki bila ana membuat tarikan.
Kepada Allah jua ku sandarkan segala usaha & ikhtiarku...mudahan dimaqbulkanNya dalam keredhooanNya...aamiin.
SubhaanallaaHi wal hamdulillaaHi 'alaa kulli haal.
BalasPadam