السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

08 Julai, 2012

MAJLIS PENANGGUHAN LATIHAN TAPAK SUCI GELANGGANG PANCHOR

Majlis Penangguhan Latihan sempena kedatangan Ramadhan bagi Gelanggang Tapak Suci Panchor telah diadakan pada malam Jumaat 5hb Julai 2012 bersamaan 15 Syaaban 1433. Persiapan majlis yang telah dilakukan di tapak latihan terpaksa berpindah ke Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah berikutan hujan. 

Haji Wan Aziz & YB Dato' Nik Amar

Alhamdulillah kunjungan dari guru-guru Haji Wan Aziz, Fakhruddin, Arif memeriahkan lagi suasana bersama-sama guru-guru sedia ada gi Gelanggang Panchor iaitu YB Ustaz Dato' Nik Amar, Cikgu Soh dan Ku Zahar Al-Fatani. Pak Chu Ibrahim (Gelanggang Tanah Merah) tidak dapat bersama kerana turut sama mengadakan majlis penangguhan latihan di Kampung Sat, Tanah Merah manakala Pak Cik Yassin (Gelanggang Gunong) mengirim salam kepada semua dan menyatakan keuzuran beliau untuk hadir. Saiful Hazmi (Binjai) ada kecemasan rawatan kerohanian pesakit. Pendekar Sukree mewakili Haji Hamat Shafie yang yang juga tidak dapat bersama.

Warga Tapak Suci yang hadir.

Majlis berlangsung dengan huraian sejarah kedatangan awal Tapak Suci ke Kelantan dan kesinambungannya oleh Haji Wan Aziz Bin Wan Daud, perkongsian pengalaman pada yang hadir, serta latihan ringkas sebagai penutup oleh anak-anak Pondok Tok Ayah Kedah. Majlis diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan