السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

02 April, 2012

MUFTI PERTAMA PERAK DARUL RIDZUAN

Sabtu baru ni bapa saudara ana (abang kepada ibu ana) yang kami panggil Pok Teh Zain telah kembali ke rahmatuLLAH. Jadi bersama adik, ibu & bapa saudara kami, Dato' Wan Kamaruzzaman bin Wan Mahmood, kami telah ke Jerteh untuk menghadiri solat jenazah & seterusnya pengkebumian beliau. Namun Allah S.W.T. tidak mengizinkan kami berjumpa dengan Allahyarham buat kali terakhir. Dengan diimami oleh bapa saudara ana, kami bersolat jenazah ghaib kat rumah Allahyarham. Jenazah disemadikan di perkuburan di belakang Masjid Hadari Jerteh. 

Dalam perhimpunan keluarga, maka bapa saudara ana, iaitu Dato' Wan Kamaruzzaman ada bercerita tentang kisah datuk, moyang & salasilah keluarga kami dahulu sekadar yang beliau tahu, pernah dengar & alami semasa kecil & semasa remaja beliau. Sebahagian yang diceritakan tu ana pernah dengar semenjak dari kecil namun tak diendahkan sangat. Tapi malam baru ni, timbul keinginan yang kuat untuk menyelidiki pasal salasilah ini. Tambahan lagi bila mengetahui yang datuk kepada nenek ana dulu dikatakan adalah Mufti pertama Perak Darul Ridzuan, iaitu Haji Wan Muhammad@Ahmad bin Haji Wan Hussin bin Haji Wan Muhammad Nur Marbo Al-Fathani. Bapa saudara ana mencadangkan agar diadakan haul bagi menghimpunkan saudara mara & anak beranak (dan pada pandangan ana agar kami semua mendapat keberkatan dari periwayatan & kisah kesolehan nenek moyang & menjadi pendorong yang kuat kepada anak cucu mengikuti jejak langkah mereka). 

Hasil penyelidiakan & carian ana, apa yang ana jumpai adalah penulisan oleh Wan Mohammad Shaghir Abdullah, iaitu;

Asal Usul

Selembar salasilah yang diusahakan oleh Zuhairi bin Habibah binti Haji Wan Muhammad, tahun 1990, dinyatakan bahawa asal usul datuk nenek Haji Wan Muhammad adalah daripada "perkahwinan Cik Siti Wan Kembang ibni Tengku Sulaiman dengan Saiyid Hakim bin Saiyid Husaini (bergelar Saiyid Kuning) dan memperoleh anak bernama Wan Abdul Wahid."

Bagaimana pun riwayat ini ada kelainan dengan beberapa versi sejarah Kelantan yang menyebut bahawa Cik Siti Wan Kembang adalah puteri Raja Ahmad yang memerintah Kelantan tahun 1548 M - 1580 M. Cik Siti Wan Kembang pula tidak mempunyai anak, kerana tidak pernah kahwin.

Sehelai surat tarikh 21 Januari 1996 yang ditujukan kepada Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad dari salah seorang anak saudaranya (tanpa menyebut nama, hanya terdapat tandatangan saja) dinyatakan "Ayahda, Datuk Mufti namanya Haji Wan Muhammad bin Wan Husein, berasal dari Kampung Saring, Mukim Merbol, Pasir Putih, Kelantan."

Dari hasil wawancara dengan salah seorang cucu beliau di Bukit Chandan, Perak, pada 5 November 2006, dan pelbagai sumber sebelumnya bahawa nama lengkap beliau ialah Haji Wan Muhammad@Ahmad bin Haji Wan Husein bin Haji Wan Muhammad Nur Marbo al-Fathani. Kampung Marbo atau Merebo di Patani adalah asal usul datuk nenek beliau.

Kampung Marbol, Pasir Putih, Kelantan diberikan nama demikian setelah keluarga tersebut hijrah dari Marbo atau Merebo, Patani. Haji Wan Muhammad lahir tahun 1264 H/1848 M, riwayat lain menyebut tahun 1268 H/1852 M. Wafat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, hari Rabu, 11 Jumadil Akhir 1348 H/13 November 1929 M, riwayat lain menyebut pada 11 November 1929 M.

Dalam surat tarikh 21 Januari 1996 juga dicatatkan: "Ayahda, mengikut satu cerita saudara lelakinya bernama Wan Putih. Dia ada kakak (tidak tahu namanya), dan adiknya nama Wan Maryam menjadi isteri kepada Tuan Guru Haji Said (moyang ana), Kampung Lama, Besut, Terengganu datuk kepada Lathifah (mak saudara ana, kakak kepada ibu ana), Candan Kuala Kangsar."

Pendidikan

Norul Ashikin Abdullah dalam Harian Metro, Sabtu, 11 Ogos 2001, menulis bahawa Haji Wan Muhammad mendapat pendidikan awal daripada Tuan Hasan Besut (Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani), Tuan Pangkalan Tangga (Wan Ismail bin Wan Ahmad al-Fathani) dan Saiyid Abdus Salam. Yang dimaksudkan dengan Wan Ismail bin Wan Ahmad al-Fathani, itulah ayah kepada ulama terkenal Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani penyusun kitab Mathla' al-Badrain.

Sebelum melanjutkan pelajarannya di Mekah, Wan Muhammad terlebih dulu memperdalam pengetahuannya di beberapa pondok di Patani. Dipercayai beliau belajar di Pondok Bendang Daya dan Pondok Pauh Bok, dan lain-lain. Guru-gurunya di Mekah sangat ramai termasuk kepada Syeikh Ahmad al-Fathani yang umurnya jauh lebih muda daripada beliau.

Mufti kerajaan Perak

Mengenai Mufti Kerajaan Perak yang pertama ada orang berpendapat adalah pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ke-III, muftinya ialah Daeng Selaili atau Pajung Luwuk Daeng Sedili. Beliau mempunyai beberapa gelaran ialah Haji Besar, Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, dan Sri Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Makamnya di tepi tebing sungai, Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Pendapat lain menyebut, Mufti Perak yang pertama ialah Haji Wan Muhammad yang diriwayatkan ini. Lama beliau menjadi Mufti Perak juga ada pertikaian pendapat. Ada yang menyebut tahun 1887 M - 1916 M, pendapat lain menyebut hingga tahun 1917 M, dan ada pula yang menyebut mulai tahun 1918 M hingga tahun 1925 M.

Sumber yang tidak dipertikaikan, dari cucu beliau bernama Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad, tulisan pada tarikh 2 Ramadan 1416 H/2 Februari 1996 M, beliau mendengar dari ayahnya, bahawa Haji Wan Muhammad datang ke Perak pada masa pemerintahan Sultan Yusof Syarifuddin Muzaffar Syah (1886 M - 1887 M). Sultan Yusof dan selanjutnya pengganti baginda Sultan Idris Mursyidul A'zam Syah (1887 M - 1916 M), selanjutnya Sultan Iskandar Syah (menaiki tahta tahun 1918 M).

Sultan Idris tersebutlah yang melantik beliau menjadi Mufti Perak. Ketiga-tiga Sultan Perak tersebut pernah belajar kepada Haji Wan Muhammad. Kemudian diikuti pula oleh para pembesar istana.

Haji Wan Muhammad pertama datang ke Perak mengajar di Tanjung Tualang dan selanjutnya mendirikan membina pondok pengajian dan surau di Lembah Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Di tempat tersebutlah telah melahirkan ramai ulama termasuklah ulama besar yang terkenal Syeikh Idris al-Marbawi.

Haji Wan Muhammad meninggalkan keturunan yang ramai, di antara anak beliau yang menjadi ulama ialah Haji Wan Abdur Rahman, Haji Wan Abdullah Zawawi (pernah sebagai Qadhi Tapah), Haji Wan Yusuf (pernah sebagai Imam Masjid Ubudiah, Bukit Chandan).

Wallahu a'alam

9 ulasan:

  1. InsyaAllah...ada kesempatan nak ziarah saudara mara kat Bukit Chandan, Kuala Kangsar... Cuti sekolah bulan lima ni kot...

    BalasPadam
  2. Ayah saya bernama nawawi @wan abdullah zawawi bin Wan Aisyah binti Hj Mohd Noor Al-Hafiz bin Hj Said ( isterinya bernama wan maryam, bukit candan). Boleh jadi kita bersaudara?
    -Noor Lailani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya Wan Mohd Zamil Bin Hj Wan Yussof (Imam Masjid Ubudiah)Bin Hj Wan Muhammad(Mufti Perak).
      Kalau saudari/saudari ada kaitan dgn Hj Wan Muhammad tersebut maka kita adalah bersaudara. Dan saya boleh dihubungi melalui FB dgn nama "Wan Zamil Wan Yussof".
      Dan kami kini keturunan Hj Wan Muhammad mempunyai group FB dgn nama 'Tok Ayah Wan Muhammad'.
      Jika anda adalah dari keturunan yg sama maka hubungilah saya supaya anda juga tidak ketinggalan untuk menyertai dan mengenali saudara2 anda...

      Padam
  3. Saya Jameyah Sheriff cucu kepada Wan Hendon Wan Muhammad, yang pernah tinggal berhampiran dengan Madrasah di Lembaha Masjid, Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak. Saya dan adik beradik mempunyai rumah di Bukit Chandan berhampiran dengan Istana. Sekiaranya sesiapa dari saudara mara yang berkesematan ke kuala kangsar singgahlah ke rumah kami.

    BalasPadam
  4. Salaam Ustaz Din. Mungkin nama kakak kepada Wan Maryam tu namanya Wan Habsah. Kerana kalau ikut kajian ana anak beranak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cucu kpd Wan habsah, Wan habsah itu Opah saya, saya nak sgt jmpa saudara mara sebelah Opah saya, Ayah saya, Mustaffa bin Hj. Mohamad, suami pertama Opah Wan habsah

      Padam
  5. Assalamualaikum, Saya Aziah bt Mustaffa, Opah Saya Wan Habsah yng dipercayai Ayah nya Wan Muhammad, saya baru dpt tau yng moyang saya ini Mufti pertama diPerak ini. mcm mana saya nak rapatkan balik silaturahim ini

    BalasPadam
  6. Saya dari padang pak amat.
    Bila dengar orang2 tua bercerita, memang ada kait dgn mufti perak pertama tu

    BalasPadam
  7. Saya MOHD izham. Arwah mak Saya Wan Azizah BINTi Wan Abd Halim bin Wan Muhammad

    BalasPadam