السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

21 April, 2012

ZIARAH PEWARIS WALI SONGO KE KELANTAN

KH Dr. Dhiyauddin Qushwandi (pewaris Wali Songo) &
 Ustaz Saari (Khalifah Tareqat Ahmadiyyah Idrisiyyah)
Di puncak Bukit Panau...katanya ada maqam misteri, wallahu alam.
Alhamdulillah sebelum ni ana pun berkesempatan berjumpa & mendengar kuliah dari KH Dr. Dhiyauddin semasa menghadiri seminar Tauhid Tasawwuf di Masjid Negeri Shah Alam semasa program HaRUM 2012 baru ni. MasyaAllah...mendapat pencerahan dari beliau...mudahan dapat bertemu lagi biizniLLAH...


KH Dr. Dhiyauddin ada menceritakan bagaimana beliau mendapat amalan Selawat Adzhimiyyah. Di kala itu beliau sangat merindui Rasulullah S.A.W. Sewaktu berada di Madinah, Syeikh Alawi Al Maliki telah mengijazahkan beliau dengan selawat yang mulia tersebut. Setelah mengamalkan selawat tersebut, rindunya terubat bilamana beliau bermimpi bertemu dengan Baginda Rasulullah S.A.W.


Pewaris Wali Songo ini juga berpesan agar diperbanyakkan membaca Selawat Adzhimiyyah kerana Sidi Ahmad Idris dikatakan mempunyai Miftah (Kunci Pembuka) dan Mirlak (Kunci Penutup). Kunci-kunci tersebut adalah Tahlil Al-Makhsus, Istighfar Khabir, Selawat Adzhimiyyah dan juga Kitab Ahzab. Beliau juga adalah mubasyirah (pemberi khabar gembira) untuk ummat akhir zaman. 


Beliau juga mengatakan adalah agak sukar menjadi mursyid yang sebenar pada zaman ini dan dalam tareqah ini (Tareqah Ahmadiyyah Idrisiyyah), Rasulullah S.A.W. adalah mursyidnya. Melalui selawat yang jami' iaitu Selawat Adzhimiyyah yang mempunyai makna berkumpulnya roh di antara pembaca dan Rasulullah S.A.W....oleh itu Tareqah Ahmadiah ini mursyidnya adalah Rasulullah S.A.W. sendiri. Begitupun adanya para mursyid pada hari ini, mereka telah menghiwalahkan (memindahkan) kepimpinan mereka kepada Rasulullah S.A.W. kerana ini adalah perjanjian Sidi Ahmad Ibni Idris dengan Rasulullah S.A.W. agar memindahkan penjagaan dan jaminan pengamal tareqah ini kepada Rasulullah S.A.W.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan