السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

30 Mac, 2012

BEGATUNG NGA ALLAH, DIO MAHA BERKUASO SETIAP MASO...

Pagi semalam, satu lagi panggilan kecemasan ana terima dari seorang pelajar sekolah ana. Katanya kembarnya sedang meracau, kerasukan. Dia mohon bantuan ana.

"Sir buleh tulung dok? Nur sakit... Mace keno rasuk... Dok nepik...meraung. Sir buleh tulung kae?" maklum Siti.

"MasyaAllah...yo ko? Pahtu tok panggil sapo-sapo ko pisoh tu?" balas ana.

"Loni tok imae Mentaro tengoh dok pisoh. Doh panggil doh Pok Ngoh Wari, dio kato dio tokleh wak... Sir buleh dok mari...sir tulung la deh? Bilo sir buleh mari dumoh saye? Nur dok nepik, meraung ni... Semale dari puko 10:00 sapa puko 2:00 pagi dok lagu tu... Sakni jadi pulok..." kata Siti lagi dengan nada cemas.

"Erm...loni tokleh la Siti...cikgu kak sekoloh ni. Cikgu tokleh la tinggal sekoloh... Petae ni la cikgu gi lepas sekoloh...deh?" balas ana lagi.

"Oklah kalu gitu sir. Sir tahu kae rumoh saye kae? Dekak selekoh Mentaro tu... Sir sapa nati sir call la saye, saye tunggu tepi jale." kata Siti.

"A'a...dekak selekoh tu...insyaAllah cikgu tahu. Takpolah...sapa nanti cikgu call Siti." janji ana pada Siti.

Beberapa kali juga Siti call maklumkan perkembangan kembarnya Nur. Alhamdulillah selepas diikhtiarkan oleh Tok Imam Mentara, Nur sedar dari rasukan. Bahkan petang tu Nur sendiri yang call. Katanya dia dah ok sikit & tambahnya lagi pihak keluarganya ada jemput seseorang dari Gua Musang untuk merawat pada belah petang tu. Jadi dia minta ana tundakan kedatangan ana ke belah malam, takut bertembung perawat. 

Kesempatan tu, ana tanya Nur sikit sebanyak apa yang terjadi. Cerita Nur, katanya pada malam  pertama kejadian, dia melihat bersama abang tirinya yang bertandang ke rumahnya seekor makhluk menyerupai beruk yang besar...(erm...macam species hantu raya je). Beliau ketakutan yang amat, menjerit, terkejut besar & terus tak sedar apa-apa dah lepas tu. Bila ana tanya apa yang dia ingat...dia kata dia rasa nak terkam je abang tiri dia tu. Erm...macam ada dua makhluk yang bertentangan nampaknya...yang pada Nur sendiri dengan pendatang tak diundang pada abang tirinya tu...wallahu a'alam.


Ringkas cerita selepas solat Isya' ana berangkat ke rumah Nur & Siti berseorangan. Dah ajak rakan-rakan surau temankan ana, tapi semua senyap membisu. Takpelah ana faham...perkara sebegini berisiko, jadi ada baiknya ana seorang yang tanggung dari menyusahkan rakan-rakan lain pulak. Dengan nama Allah ana melangkah...dan padaNya jua ana mohon perlindungan & bantuan. Kerana Dialah sebaik-baik Pelindung & Pemberi Pertolongan.

Dalam seminggu dua ni, bertubi-tubi panggilan kecemasan ana terima. Benarlah Allah S.W.T. nak uji...dalam keadaan demam, lemah, tak cukup rehat, berat kepala...Allah S.W.T. sampaikan kepada ana hamba-hambaNya yang sakit & bermasalah untuk ana ikhtiarkan. Mungkin Allah S.W.T. ingin menguji sejauh mana pergantungan & keyakinan ana...sama ada yakin dengan kekuatan diri, yang sekarang ni sedang lemah atau berserah sepenuhnya kepada Beliau Yang Maha Gagah Perkasa.  

Teringat kata-kata sahabat ana Cikgu Yong bila dia lihat ana demam, tapi masih berusaha merawat seorang pakcik ynag duduk kat depan sekolah bebaru ni, "Tok bomo kalu dio demae ko sakik ko, dio tok berubak ore doh, pate dio. Sega sihak baru dio merawak ore... Demo dok dih...sakik-sakik pun berubak ore jugok dih?"

Balas ana, "Sebab kawe bukae tok bomo...dan kawe merawak pun bukae denga bergatung nga kudrat kawe. Kalu denga kudrat kawe, tok rok doh nih...beraso lemoh nok berehak jah ni...tapi kawe duk gatung nga Allah S.W.T.....gatung nga kudrat, kekuatan Dio. Kawe ni, sihak ko, sakik ko, demae ko, sega ko...pun takdok kekuatan sikik habok...supo jah. Tapi Allah S.W.T. setiap maso Maha Berkuaso. Jadi kalu dok gatung nga diri kito, bilo sihak kito raso kito berkuaso, bila sakik kito raso kito lemoh... Tapi kalu kito bergatung nga Allah S.W.T., tok kiro kito sakik ko dok...Dia tetap Berkuaso sokmo. Jadi kawe bergatung nga Allah S.W.T. lani...tu yang kawe ikhtiarkan jugok tu...takdok patae kawe."

Berbalik kepada cerita Nur, sesampai ke rumah beliau, ana disambut oleh pak saudaranya yang menunggu di tangga rumah. Salam diberi & bersahut. Kami naik ke atas rumah. Kelihatan abang tiri & Nur terbaring. Masing-masing sedar tapi, kelihatan sangat lemah. Setelah bertanya sedikit sebanyak ana merukyah bahan untuk memagar rumah & mandian. Setelah itu ana suruh Yi, abang Nur untuk terus mandi dengan bahan yang telah dirukyah tadi. 

Sementara menunggu Yi siap, ana beralih pada Nur. Tetiba je, perut Nur sakit...pedih katanya. Ana kemudiannya merawat Nur seadanya. Erm...ada sesuatu yang bertapak & mencengkam kat belah kiri perut Nur. Kekadang makhluk tu berpindah ke pangkal pehanya. Ana ikhtiar tarik & akhirnya sembelih, namun tidak diizinkan Allah S.W.T. keluar & matinya. Erm...belum diizinkan lagi nampaknya. Selepas Yi siap, ana suruh Nur dengan bantuan keluarganya pula mandi. Sambil menunggu Nur, ana rukyah Yi. Selepas membaca ayat 33, Yi kesakitan pada bahagian yang sama dengan Nur tadi...kat belah kiri perutnya juga. Ana ikhtiar menarik keluar, sambil tu ana suruh Yi zikir & niat sama menolak semua makhluk tu keluar dari badannya. Alhamdulillah setelah beberapa kali tarik buang, Yi kembali pulih. Nur pula setelah beberapa kali ikhtiarkan, masih tak diizinkan. 

Memandangkan jam dah hampir 12:00 tengah malam, ana mohon tangguh dahulu. Ana dah ikhtiarkan sedaya mungkin...namun tiada izin dariNya untuk pulih sepenuhnya lagi. InsyaAllah lepas solat Jumaat karang ana akan ikhtiarkan lagi...mudahan kali ni Allah S.W.T. perkenankan.  Ana mohon doa dari antum juga... Mudahan doa dari antum yang terlebih baik dari ana ini, Allah S.W.T. maqbulkan...aamiin.

# Semua nama adalah nama samaran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan