السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

19 September, 2010

KE MANA ROH SELEPAS KEMATIAN?

Dalam bulan puasa bebaru ni, pada hujung minggu ana ke Kuala Lumpur atas urusan dengan JPJ (ana accident...lama doh tapi tak settle lagi). Alhamdulillah seperti sebelumnya Lan, rakan seUiTM Cawangan Pulau Pinang dulu datang menyambut ana kat Hentian Putra. Jazakallah khairan katsira Lan atas segala budi baik anta selama ana di sana. Banyak menyusahkan anta.

Dalam kesempatan tu ana sempat menghadiri majlis sambutan Haul Sayyidah Khadijah Al-Kubro yang dibuat kat Masjid Taman TAR (lupa nama masjid tuh) dengan penceramahnya Syeikh Muhammad Fuad ibn Kamaluddin Al-Maliki. Lama dah ana berhajat nak jumpa & menghadiri majlis beliau dan alhamdulillah pada waktu tu Allah telah izinkan.

Banyak perkara yang dinyatakan oleh beliau dalam majlis tersebut, terutamanya pasal memuliakan Ahlul Bait. Seterusnya antara pesanan lain yang masih melekat kat minda ana ini adalah tentang hubungan manusia yang masih hidup di dunia ini dengan mereka yang telah kembali kerahmatullah. Lantaran wujudnya hubungan inilah maka majlis Haul (sambutan ulang tahun kematian seseorang) diraikan bagi memperingati mereka dan mereka sedar akan apa yang dilakukan oleh manusia yang hidup di dunia ini.

Kemudian selepas raya baru ni (tak silap ana), Lan SMS tanya betulkah roh orang mati boleh menerawangan (roh gentayangan). Ni mesti terpengaruh dengan cerita hantu yang banyak ditayangkan lepas raya. Tah kenapa cerita hantu saja lepas raya. Allahu robbi.... Jadi sebagai jawapan yang lebih kemas, berikut apa yang ana dapat dari ulasan seorang alim;

Sebagaimana manusia hidup di dunia ini mempunyai kampung halaman, maka begitu jugalah roh. Apabila berpisah dari jasadnya, ia akan kembali ke alam barzakh. Bagi roh yang mendapat rahmat Allah s.w.t., mereka akan ditempatkan di langit sambil menunggu kepulangan ahli keluarga mereka dengan penuh kerinduan sebagaimana manusia hidup menunggu sanak saudara mereka sebagaimana yang biasa kita lihat sewaktu Hari Raya.

Dari Abu Ayub Al-Ansori r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepadanya iaitu apabila seseorang mu'min dari kalangan hambaNya yang mendapat rahmat itu mati, maka para roh yang mendapat keredhaan Allah s.w.t. yang ditempatkan di suatu perkampungan para arwah di langit, masing-masing datang menyambut roh orang mu'min yang baru tiba itu. Mereka bertanya khabar sebagaimana manusia hidup menyambut sanak saudara yang telah lama merantau. Para arwah bagaikan tidak sabar bertanyakan pelbagai soalan. Lalu ada di kalangan para roh yang meminta agar bertenang & bersabar lantaran roh tersebut baru sahaja sampai yang masih merasai sakit & sengsaranya proses kematian.


Apabila roh yang baru tiba itu sudah rehat, maka para roh yang lainnya bergilir-gilir bertanyakan keadaan orang-orang yang mereka kenali semasa hayat mereka di dunia dulu, terutamanya sanak saudara. Para roh itu begitu perihatin terhadap sanak saudara mereka yang masih hidup. Mereka akan berduka cita sekiranya ada di kalangan ahli keluarga mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah t.a. Roh tersebut merasa bimbang terhadap sanak saudara mereka semanjak peninggalan mereka ke alam arwah. Mereka akan bergembira jikalau menerima khabar yang baik tentang keluarga mereka dan sebaliknya akan berdukacita jika berita yang disampaikan oleh roh yang baru je sampai tu berita buruk.

Dalam berbagai soalan yang dikemukan tentang saudara mara mereka, para roh terkejut apabila orang yang mereka maksudkan itu dikatakan oleh roh yang baru tiba telah mati. Persoalan timbul, jika sudah mati kenapa tiada bersama mereka di alam rahmatullah? Ke mana mereka? Misteri ketiadaan roh orang yang dikatakan telah meninggal disambut dengan ucapan "Inna lillahi wa inna ilaihi rooji'uun". Maka tahulah para roh yang berkenaan bahawa roh si fulan tersebut telah berada dikalangan roh-roh yang ingkar, bersama-sama roh Fir'aun, roh Abu Jahal dan lain-lain lagi. Na'uuzubillahi min zaalik"! Mereka itu semua berada di perkampungan yang penuh dengan azab siksaan dari Allah s.w.t. sehinggalah hari kebangkitan kelak.

Para roh orang mu'min semuanya bersedih bila mendengar roh si fulan menerima nasib sedemikian dari Allah s.w.t. lantaran amal perbuatan jahat & derhaka mereka semasa hayat di dunia.

Berkata Abu Darda' r.a. bahawa segala amalan orang yang hidup telah didedahkan kepada para roh. Oleh yang demikian, apabila para roh yang mu'min melihat amalan baik anak-anak mereka dan sanak saudara mereka, mereka merasa tenang. Sebaliknya jika amalan buruk ahli keluarga mereka yang diperlihatkan, maka mereka akan berdukacita. Lantaran itu Abu Darda' telah berdoa kepada Allah s.w.t;

"Ya Tuhanku, aku mohon kepadamu agar Engkau berikanlah kepadaku pimpinanMu, semoga tidaklah nanti amalanku akan memalukan ibu-bapaku dan juga kaum keluargaku yang telah berada di alam Barzakh."

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam