السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan

03 Julai, 2012

PESANAN AL-HABIB ALI AL-JUFRI




بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

Photo: Pesanan Al-Habib Ali Al-Jufri buat kita semua teman ^_^

بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

"Apa jua masalah yang berlaku pada diri kita, maka lihatlah pada dalam diri kamu. Kerna di situlah punca kepada setiap permasalahan yang berlaku di luar. Lihatlah hati kamu, dan selidikilah ia. adakah ia bermasalah atau sebaliknya."

Habib menyebut firman Allah: Dan berjayalah bagi mereka yang mensucikan diri. Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Sekiranya kita mengetahui apa hikmah yang terkandung dalam setiap kebaikan, maka kita akan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan tersebut.

Orang yang mensucikan diri mereka, kemudian menambahkan nilai kesucian tersebut dengan menyumbang dan mberi manfaat kepada orang lain, maka orang itulah manusia yang dikehendaki oleh Allah.

Kenalilah dirimu, nescaya akan kenal dirimu kepada Allah.

Dengan mengenal diri sendiri, kita kenal kita adalah kerdil dan Allah Maha Besar. Kita akan kenal kita adalah fakir hina dan Allah maha Kaya lagi maha Mulia.

Mengenal diri sendiri akan menghilangkan rasa ujub, riya', bangga diri dalam hati, membuang keakuan pada diri.

Tanamkan rasa mahabbah juga boleh dilatih dengan mengenal nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Nikmat yang dikurniakan boleh sahaja dicabut bila-bila masa disebabkan banyaknya maksiat yang kita lakukan.

Namun, maha pengasih Allah terhadap hamba-Nya, ditangguhkan balasan tesebut bagi memberi ruang untuk kembali bertaubat. Maka, syukurilah dan hayatilah setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Hendaklah anda (sebagai penuntut ilmu) mahirkan diri dan bijak dengan bidang yang ada ceburi.

Anda di kemudian hari akan berjaya menjadi jurutera yang mensucikan hati, peguam yang mensucikan hati, doktor yang mensucikan hati, apa jua kerjaya yang kalian hajati akan dikira berjaya apabila anda mensucikan hati (tazkiyatun nafs).

Pada masa itu, Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء 
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين


"Apa jua masalah yang berlaku pada diri kita, maka lihatlah pada dalam diri kamu. Kerna di situlah punca  kepada setiap permasalahan yang berlaku di luar. Lihatlah hati kamu, dan selidikilah ia. adakah ia bermasalah atau sebaliknya."

Habib menyebut firman Allah: Dan berjayalah bagi mereka yang mensucikan diri. Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Sekiranya kita mengetahui apa hikmah yang terkandung dalam setiap kebaikan, maka kita akan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan tersebut.

Orang yang mensucikan diri mereka, kemudian menambahkan nilai kesucian tersebut dengan menyumbang dan mberi manfaat kepada orang lain, maka orang itulah manusia yang dikehendaki oleh Allah.

Kenalilah dirimu, nescaya akan kenal dirimu kepada Allah.

Dengan mengenal diri sendiri, kita kenal kita adalah kerdil dan Allah Maha Besar. Kita akan kenal kita adalah fakir hina dan Allah maha Kaya lagi maha Mulia.

Mengenal diri sendiri akan menghilangkan rasa ujub, riya', bangga diri dalam hati, membuang keakuan pada diri.

Tanamkan rasa mahabbah juga boleh dilatih dengan mengenal nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Nikmat yang dikurniakan boleh sahaja dicabut bila-bila masa disebabkan banyaknya maksiat yang kita lakukan.

Namun, maha pengasih Allah terhadap hamba-Nya, ditangguhkan balasan tesebut bagi memberi ruang untuk kembali bertaubat. Maka, syukurilah dan hayatilah setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Hendaklah anda (sebagai penuntut ilmu) mahirkan diri dan bijak dengan bidang yang ada ceburi.

Anda di kemudian hari akan berjaya menjadi jurutera yang mensucikan hati, peguam yang mensucikan hati, doktor yang mensucikan hati, apa jua kerjaya yang kalian hajati akan dikira berjaya apabila anda mensucikan hati (tazkiyatun nafs).

Pada masa itu, Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء 
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

15 November, 2010

NASIHAT DARI SEORANG PERAWAT BERPENGALAMAN

العلاج بالقرآن الكريم

Merawat dengan Al Quran



Apakah sifat perawat yang menggunakan Al Quran? 
Sifat yang paling ketara ialah diketahui takwanya, menjaga solat fardhunya secara jama'ah dan mengikut sunnah-sunnah Nabi s.a.w. serta menjauhkan maksiat.



Apakah takwa seorang mu’alij mempengaruhi rawatan al Quran?

Sesungguhnya Takwa perawat mempunyai peranan dalam merawat, sebagaimana Ibn Qayyum r.h berkata: “Kesannya pedang berdasarkan penghayunnya” . Maka kurang takwa Mu’alij tidak mengurangkan nilai Al-Quran Al-Karim, tetapi lemahnya takwa menjadi sebab terhalangnya rahmah dan penawar dari Allah Taala. Dan sebagaimana buruknya nafs orang yang hasad atau tukang sihir mempunyai kesan yang besar terhadap kuatnya sihir dengan izin Allah. Maka sebagai imbalannya memerlukan kekuatan iman untuk menghapuskan keburukan tersebut dengan izin Allah dan ianya tidak berlaku melainkan dengan Taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Taala dan mengekalkan taat.


Adakah Al Quran merawat penyakit jiwa atau ruhiyah sahaja atau untuk merawat penyakit luar atau anggota juga ?

Merawat dengan Al Quran ada dua jenis: 
  1. merawat penyakit-penyakit ruhiyah yang dihasilkan dari sentuhan jin, “pandangan mata” , hasad. Sihir dan seumpamanya. 
  2. merawat penyakit-penyakit yang berlaku terhadap jasad samada jiwa atau anggota iaitu dengan Al Quran dengan izin Allah menjadi penawar bagi segala penyakit.


نصائح للمعالجين
Nasihat bagi perawat



Nasihat umum
Saudara saudariku, saya mengingatkan diri saya dahulu, kemudian semua yang terlibat berjihad fii sabilillah dalam menentang sihir dan bomoh untuk mencari pahala daripada Allah dengan nasihat-nasihat berikut:



1- Bahawa sesiapa yang hendak berjihad, maka mistilah menyediakan bekalan ilmu dan amal yang dapat melindunginya dengan izin Allah dari kejahatan orang yang jahat, tipu daya orang yang jahat, ahli sihir dan musuh-musuh. Yang demikian dengan mempelajari ilmu syariah yang wajib dipelajari, kemudian mempelajari ilmu dakwah, dan mempelajari ruqyah syar’iyyah dan seninya sebagaimana terdapat dalam kitab dan sunnah.



2- Sabda Rasulullah s.a.w:
يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم :" إن هذا الأمر دين فاعلموا عمن تأخذون دينكم"
“Sesungguhnya perkara ini adalah agama, maka hendaklah ambil tahu dari siapa yang engkau ambil agama kamu”. Seseorang mistilah mempunyai syeikh yang disaksikan kesolihan, ilmu, beserta kesolihan akidah dan agama. Hendaklah ia mempunyai ilmu dan pengalaman dalam ruqyah syar’iyyah. Sebagaimana ahli ilmu berkata: “Berhati-hatilah bahawa orang yang tidak ada syeikh maka syaitonlah yang menjadi syeikhnya”.



3- Mengekali taat, zikir dalam semua keadaan, dan merasai muraqabah Allah ketika rahsia dan terang-terangan mengamalkan firman Allah Taala:
(الذين يخشون ربهم بالغيب لهم مغفرة وأجر كريم)
“Orang yang takut terhadap tuhan mereka, buat mereka keampunan dan balasan yang mulia”



4-Meninggalkan setiap dosa dan maksiat, dan sentiasa bertaubat dan beristighfar.



5- Takwa kepada Allah Taala merupakan faktor paling penting mendapat taufiq dari Allah Taala kepada hambanya. Dan ingatlah bahawa sesiapa yang kenal Allah ketika senang, Allah akan mengenalinya ketika susah. Jauhilah tipu daya syaiton yang berupa fitnah, tipu daya, takabbur dan buruk akhlak. Dan hendaklah ingat bahawa penyembuhan adalah dari sisi Allah Taala.



النصائح الخاصة 
Nasihat Khusus:



1- Mengekali sembahyang fardhu secara berjamaah di mesjid



2- Sentiasa menjaga mendinding dirimu dan keluargamu, dan menjaga zikir pagi, petang dan sebelum tidur



3-Doa keluar rumah:
)بـِسْمِ اللهِ اللـَّهُمَّ إنِّيْ أعُوْذُ بِكَ أنْ أذِلَّ أوْ اٌذَلَّ أوْ أظْلِمَ أوْ أُظْلـَمَ أوْ أجْهِلَ أوْ يُجْهَلَ عَليَّ أوْ أَحْسَدَ أوْ أُحْسَدَ أوْ أبْغَي أوْ يُبْغَى عَليَّ .عَزَّ جَاهُكَ وَتـَقـَدَّسَتْ أسْمَائـُكَ وَلاَ إلـَه إلاَّ أنْتَ(
Begitu juga doa:
)بـِسْمِ اللهِ آمَنْتُ بـِاللهِ اعْتـَصَمْتُ بِاللهِ تـَوَكَّلـْتُ عَلـَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قـُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَظِيْمِ (
)بـِسْمِ اللهِ اللـَّهُمَّ إنِّيْ خَرَجْتُ فِيْ سَبِيْلِكَ فَاجْعَلْ عَمَلِيْ خَالِصًاً لِوَجْهِكَ الـْكـَرِيْمِ ، اللـَّهُمَّ إنِّيْ لـَمْ أخْرَجْ أشَرًّاً وَلاَ بَطَرًاً وَلاَ سَمْعَةً وَلاَ رِيَاءً وَلكِنْ خَرَجْتُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ يَارَبَّ الـْعَالَمِيْنَ(
)اللـَّهُمَّ مُجْرِيَ السَّحَابِ مُنْزِلَ الـْكِتَابِ هَازِمَ الأحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلـَيْهِمْ .اللـَّهُمَّ بـِكَ أصُوْلُ وَبـِكَ أجُوْلُ وَبِكَ أقـَاتِلُ(.
)اللـَّهُمَّ إنِّيْ أشْكـُوا إلـَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِيْ وَقِلـَّةَ حِيْلـَتِيْ وَهَوَانِيْ عَلـَى النَّاسِ ، إلـَهِيْ إلـَى مَنْ تـَكِلـُنِيْ إلـَى قـَوِيٍّ يَتـَجَهَّمُنِيْ أمْ إلـَى عَدُوٍّ مَلـَكـْتـَهُ أمْرِيْ إلـَهِيْ إنْ لـَمْ يَكـُنْ بـِكَ عَلـَيَّ غَضَبٌ فَلاَ أبَالِيْ وَلـَكِنْ رَحْمَتـَكَ أوْسَعُ لِيْ أعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الـَّذِيْ أشْرَقـَتْ لـَهُ الظُّلـُمَاتُ وَصَلـُحَ عَلـَيْهِ حَالَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ أنْ يُحَلَّ بِيْ غَضَبَكَ أوْ يُنْزَلَ بِيْ سُخْطُكَ فـَلـَكَ الْعَتـَبِىْ حَتـَّى تـَرْضَى وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قـُوَّةَ إلاَّ بـِاللهِ الـْعَلِيِّ الـْعَظِيْمِ .(



4- Mendinding tempat yang hendak dirawat dari luar sebelum masuk dengan membaca ayat kursi 7 kali



5- Menjaga rahsia rumah, kerana ia adalah amanah yang besar, dan tidak menyebutkan nama orang –orang yang dirawat bagaimanapun keadaannya atau penderitaannya, dan tidak berbangga yang engkau telah merawat orang yang keadaannyabegitu begini untuk mencari kemasyhuran.



6- Berusaha supaya penyakit bertambah kebergantungannya dengan tuhannya bukan kepada dirimu, dan mengingatkan bahawa penyembuh dari sisi Allah Taala

19 Oktober, 2010

KEIKHLASAN DALAM BERAMAL (Renungan buat diri)

Dalam membicarakan bab keilmuan, tak kiralah apa sahaja bidang keilmuan, maka tak dapat tidak, akan pasti menyentuh tentang keluasan & ketinggian ilmu ALLAH s.w.t. Ianya tak dapat nak dijangkau oleh kecetekan pengetahuan kita manusia melainkan sekadar yang diizinkanNYA sahaja. 

Dalam menyentuh bab ilmu hikmah, banyak di antaranya yang memberi syarat kepada pengamal atau pelajar-pelajarnya yang dikatakan sebagai pantang larang keilmuan. Dalam masalah ini, sekiranya syarat atau pantang larang itu berbentuk petua semata-mata, biasanya tiada masalah. Contohnya menghindari dari memakan benda-benda berdarah seperti daging dan telur bagi tujuan 'menajamkan' mata hati atau tidak mandi selepas Maghrib bagi mengelakkan tubuh menjadi lemah atau merenung api lilin dalam suatu jangkamasa tertentu dengan tujuan mempertajamkan pandangan mata.



Pun begitu, apa sahaja petua yang diamalkan hendaklah diingat bahawa itu semua adalah hanya sekadar petua semata-mata dan bukannya sebahagian dari syariat agama. Oleh itu, janganlah sampai yang dilarang dalam petua itu kita anggap sebagai haram dan yang disuruh itu sebagai wajib

Ada satu riwayat menyebutkan bahawa seorang ibu meminta tolong dari Rasulullah S.A.W. untuk menasihati anaknya supaya mengurangkan pengambilan gula dalam makanan & minumannya. Maka dikatakan setelah Rasulullah S.A.W. mengelakkan diri Baginda daripada mengambil gula dalam tempoh 3 hari, barulah Rasulullah S.A.W. berjumpa dan menasihati anak  tersebut dan ini adalah juga termasuk dalam petua (iaitu untuk menjadikan nasihat kita mudah diterima orang, kita sendirilah kena terlebih dahulu amalkan/buat).

PERSOALANNYA:

Bagaimana kalau pantang-larang itu dikaitkan dengan hukum-ahkam agama? Contohnya, kalau anda nak amal sesuatu ilmu itu, pantang-larangnya anda mestilah menjaga solat fardhu 5 waktu, sebaik-baiknya berjemaah lagi, mesti berpuasa penuh di bulan Ramadan, mesti mengeluarkan zakat, tak boleh berzina, tak boleh minum arak, tak boleh berbohong atau menipu dan sebagainya lagi.

Dalam permasalahan ini, kita perlu mengambil kira beberapa perkara, iaitu salah satunya yang paling utama adalah adakah amal ibadah yang dikerjakan itu, kita buat dengan ikhlas mengharapkan keredhaan Allah atau hanya kerana ingin meraih kelebihan keduniaan yang mungkin diperolehi dari ilmu yang diamalkan & dipelajari? Macamana dapat kita ketahui yang niat kita itu betul atau sudah terpesong dari yang sepatutnya? Apakah ada tanda-tanda & alamatnya?

Adapun antara tanda-tanda sesuatu amalan itu tak dikerjakan dengan ikhlas & hanya didorong oleh keghairahan kita mencari kelebihan ilmu semata-mata adalah;
  1. Kita hanya mula mengerjakan ibadah, solat terutamanya hanya apabila kita mula mempelajari sesuatu ilmu atau mula menerima ijazah sesuatu keilmuan. Sedangkan kalau tak kerananya, maka kita tak terniat sedikit pun untuk mengerjakan segala ibadah tersebut.
  2. Kita semakin tekun beribadah dan beramal lantaran kerana kita semakin mengharapkan mendapat kelebihan-kelebihan keduniaan dari keilmuan yang kita pelajari & amalkan.
  3. Semakin kurangnya harapan kita terhadap ilmu yang kita tuntut atau semakin kita merasakan ianya tak lagi diperlukan sangat atau juga kerana ilmu itu kurang berkesan dan sebagainya, maka semakin malas pula kita beramal ibadah.
  4. Kita berhenti beramal ibadah apabila kita berhenti atau meninggalkan (membuang) amalan ilmu kita itu.
  5. Kita beramal ibadah atau mencegah diri kita dari perbuatan mungkar lantaran kerana takut ilmu tak menjadi atau takut ilmu makan diri.
dan sebagainya lagi.

Kalau beramal ibadah, mentoati suruhan-suruhan dan meninggalkan larangan-larangan agama dikeranakan oleh sebab-sebab di atas, bererti keikhlasan kita boleh dipersoalkan.

Meskipun pantang-larang ilmu itu pada asalnya dibuat sebagai pendorong kepada para murid atau pengamal agar toat kepada ALLAH s.w.t., tetapi bagi sesetengah murid yang tidak memahami atau kurang faham akan permasalahan sebegini, maka dia sebenarnya bukan lagi toat kepada ALLAH s.w.t. tetapi sebaliknya.

Sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Sesungguhnya setiap amal itu tergantung pada niat. Kalau seseorang itu berhijrah kerana ALLAH dan RasulNYA, maka hijrahnya itu adalah untuk ALLAH dan RasulNYA dan jika hijrahnya itu untuk (mengahwini) seseorang wanita, maka hijrahnya itu adalah untuk apa yang ia niatkan."

Mitsalnya membaca ayat-ayat Al-Quran atau berzikir, jika dibacakan/dizikirkan dikeranakan oleh keilmuan yang kita pelajari bukan ikhlas kerana ALLAH, maka amalan itu akan menjadi sia-sia dan tiada nilainya di sisi ALLAH s.w.t. Dengan kata lain, kita telah terperangkap dengan tipu-daya syaitan melalui amalan keagamaan/kebajikan yang mana walaupun pada asalnya & asasnya amalan itu merupakan amalan soleh tapi telah bertukar menjadi amalan toleh lantaran rosaknya niat. Ditambah lagi masalahnya bila dalam keadaan sebeginilah syaitan atau jin-jin yang jahat akan mengambil kesempatan untuk menyesatkan lagi si pengamal keilmuan tadi.

Bahkan para ulama' Islam telah bersepakat menyatakan bahwa apa saja amalan yang dikhususkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, tetapi kemudiannya bertukar niatnya kepada selainnya, maka seseorang itu telah jatuh syirik. Contohnya jika kita niatkan bersolat Zohor kerana Allah t.a., tetapi hati kita sebenarnya mengharapkan kelebihan-kelebihan tertentu dari kelebihan keduniaan, maka samalah sepertinya kita menyamakan kedudukan ALLAH t.a. itu dengan kelebihan-kelebihan keduniaan yang bakal diraih dari ilmu yang dipelajari atau diamalkan. Sedangkan kita semua tahu bahawa niat dalam melakukan sesuatu amalan itu wajib diikhlaskan hanya semata-mata kerana ALLAH s.w.t. dan tidak kepada yang selainNYA.

PERLUKAH KITA TINGGALKAN?

Bergantung kepada ilmu yang dipelajari, sama ada ianya menyalahi syara' atau tidak. Kalau sesuatu keilmuan itu tidak bercanggah dengan syariat, contohnya tidak melibatkan penggunaan jin atau perkara-perkara yang haramkan oleh ALLAH s.w.t., maka tidaklah perlu kita tinggalkan. Yang perlu hanyalah mengikhlaskan niat kita ketika beramal dengan keilmuan itu. Contohnya mengamalkan ilmu-ilmu pendinding diri dan keluarga, mengamalkan ilmu perubatan untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan, mengamalkan ilmu persilatan & beladiri serta pelbagai lagi keilmuan yang baik dan berfaedah. Semuanya hendaklah diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Dengan kata lain, dalam konteks yang lebih luas, segala sesuatu yang baik itu boleh menjadi jalan untuk kita meraih keredhaan ALLAH s.w.t. kalau kena pembawaan & cara gayanya berlandaskan kepada syariat Islam. Setiap perkara yang baik itu ALLAH s.w.t. telah jadikannya sebagai jalan-jalan untuk hamba-hambaNYA menuju padaNYA....InsyaALLAH.

Wallahu a'alam bissowab.


(intipati nasihat diambil dari sebuah blog buat renungan diri sendiri utamanya)

13 Oktober, 2010

BILA ANAK DEMAM

Bila anak demam ada beberapa perkara yang patut kita lakukan. Antaranya adalah dengan mendemahkannya dengan tuala lembap dan memberikan air bagi mencegah dehidrasi yang diakibatkan oleh demam. 





Mendemah dengan tuala lembap

Mendemah dilakukan dengan tuala yang dibasahi air suam (30ºC) yang kemudiannya dilapkan ke seluruh badan. Suhu badan akan menurun bila air meruap dari permukaan kulit. Oleh itu, jangan “dibungkus” anak yang demam dengan tuala basah atau direndam dalam air kerana peruapan akan terhalang. Tingkatkan suhu air bila suhu badannya semakin tinggi. Ini supaya suhu demahan yang dikenakan  tidak terlalu berbeza dengan suhu badan anak yang demam. Jika suhu demahan terlalu rendah, ia akan menyebabkan pembuluh darah anak menguncup. Akibatnya haba panas tubuh tidak dapat keluar. Lalu anak boleh jadi semakin menggigil kerana badan akan cuba mempertahankan keseimbangan suhunya.

Mendemah dapat juga dilakukan dengan meletakkan anak di dalam besin yang sudah diisi air suam. Siram badan, lengan, dan kaki anak dengan air suam tersebut. Sebenarnya mendemah adalah kurang efektif jika dibandingkan dengan ubat demam. Bila menggunakan kaedah mendemah, hendaklah diberikan juga ubat demam, kecuali anak kita mengalami alahan terhadap ubat tersebut.

Membedong anak yang umurnya kurang dari 3 bulan dengan pakaian atau selimut yang tebal akan menaikkan sedikit suhu badan. Menurut pemerhatian, suhu rektal 38.5ºC atau lebih bukanlah disebabkan oleh membedong dengan kain yang tebal. Oleh itu, disarankan agar bila anak kita demam, pakaikanlah dia dengan baju atau selimut tipis sahaja supaya udara dapat berjalan lancar.


Tingkatkan Pemberian Air Kepada Anak

Demam akan meningkatkan risiko terkena dehidrasi (kekurangan cairan badan). Tanda dehidrasi paling mudah adalah berkurangnya kencing dan air kencing berwarna lebih gelap daripada biasa (kuning pekat/keperangan). Oleh itu, ibu-bapa sebaiknya memberikan anak minum air dalam jumlah yang mencukupi. Anak yang demam kekadang tidak merasa lapar, lantaran itu sebaiknya tidak memaksa anak untuk makan. Minuman seperti susu  dan air harus tetap diberikan atau bahkan lebih kerap. Anak yang lebih besar bolehlah diberikan sup atau buah-buahan yang banyak mengandung air. Bila anak tidak mampu atau tidak mahu minum dalam beberapa jam, ibu-bapa sebaiknya membawanya berjumpa doktor.


Biarkan Anak Rehat Semasa Demam

Demam menyebabkan anak lemah dan tidak selesa. Ibu-bapa sebaiknya membiarkan anak agar mendapar rahat yang cukup. Jangan memaksa anak untuk tidur atau berehat. Anak akan merasa sihat dan dapat kembali semula ke sekolah atau melakukan aktiviti-aktiviti lainnya ketika suhu badan sudah kembali normal.

Sepanjang masa anak demam, ibu-bapa hendaklah memperhatikan simptom-simptom lain yang mungkin muncul. Tanyakan pada anak, apa yang dirasakannya, contohnya: pening & sakit kepala, nyeri semasa kencing, kesukaran bernafas dan lain-lainnya. Ini kerana demam boleh jadi merupakan tanda bahwa ada gangguan pada kesihatan anak atau gejala dari penyakit tertentu. Oleh itu, para ibu-bapa hendaklah bijak dalam menghadapinya. Ibu-bapa perlulah tahu bila anak yang demam dapat dirawat sendiri di rumah atau bila pula memerlukan pemeriksaan dari doktor.


24 September, 2010

KESABARAN SEORANG SUAMI (Ikhtibar Buat Diri)

Dan bergaullah kamu dengan mereka (para isteri) secara patut. Kemudian bila kamu TIDAK MENYUKAI mereka (maka BERSABARLAH) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menJADIkan pada dirinya KEBAIKAN yang BANYAK."
 (QS : An-Nisa ayat 19)

Sesuatu yang kita perlu ingat, Allah s.w.t. telah mentaqdirkan pasangan kita sesuai dengan kehendakNya. Kadang-kadang, kedua-dua suami dan isteri terdiri dari hambaNya yang sholeh, namun begitu ada juga yang hanya suami atau isterinya sahaja yang sholeh. Semuanya mengandungi hikmah yang sukar & tidak kita fahami.

Merujuk kepada ayat Al-Quran di atas, Al-Imam Al-Hafizh Adz Dzahabi menghikayatkan sebuah kisah dalam kitabnya Al-Kabair yang boleh dijadikan renungan oleh para suami (terutamanya diri ana sendiri).

Dinyatakan ada seorang soleh yang bersohabat dengan saudara fillah dari kalangan orang-orang yang sholeh juga. Sohabatnya ini biasa menziarahinya setahun sekali. Jadi pada suatu tahun, sohabatnya ini telah menziarahinya. Bila sampai ke rumah sohabatnya itu, Maka lelaki yang soleh tersebut telah mengetuk  pintu & memberi salam. Maka balas isteri kepada sohabatnya yang soleh tersebut, “Siapa”?

Jawab Si Soleh tadi, “Saudara fillah suamimu datang untuk menziarahinya."

Jawab isteri sohabatnya tadi , “Dia pergi mencari kayu bakar, semoga Allah tidak mengembalikannya (ke rumah ini), semoga dia tidak selamat.”  Perempuan  itu terus mencaci-maki suaminya.

Ketika saudara fillah orang soleh itu berdiri di depan pintu rumahnya, tiba-tiba orang sholeh tersebut muncul dari arah gunung dalam keadaan menuntun seekor singa yang membawa kayu api di atas belakangnya. Orang sholeh itupun mengucapkan salam dan selamat datang  kepada sohabatnya itu. Kemudian beliau masuk ke dalam rumah dan memasukkan pula kayu api yang dipikul oleh singa tersebut. Setelah itu beliau berkata kepada singa tersebut, “Pergilah....barokAllahu fiik (semoga Allah memberkatimu).”

Kemudian beliau mempersilakan sohabatnya masuk ke dalam rumahnya. Sementara itu, isterinya masih lagi mencaci-maki dirinya, namun tidak sepatah kata pun dia membalas cercaan isterinya itu.

Kemudian pada tahun berikutnya pula, sebagaimana kebiasaan saudara fillah kepada orang soleh tadi sekali lagi menziarahi orang sholeh tersebut. Bila sampai ke rumah sohabatnya maka beliau memberi salam dan mengetuk pintu. Beliau mendengar suara isteri sohabatnya yang sholeh tersebut bertanya, “Siapa di balik pintu?”

Jawab tetamu tersebut, “Fulan, saudara fillah suamimu,”

Jawab isteri sohabatnya tadi, “Marhaban, ahlan wa sahlan, tunggulah. Silakan duduk di tempat yang telah disediakan. Suamiku akan pulang..insyaAllah dengan kebaikan dan keselamatan.”

Saudara fillah ini merasa kagum dengan kesantunan ucapan dan adab isteri sohabatnya itu.

Tiba-tiba sohabatnya yang soleh tersebut tiba dengan memikul seberkas kayu api di atas bahunya. Saudara fillah tersebut merasa hairan dengan apa yang dilihatnya. Lalu orang soleh tersebut menghampirinya seraya memberi salam dan kemudiannya masuk ke rumah bersama-sama tetamu tahunannya itu. Isteri Is Soleh tersebut lalu menghidangkan makanan bagi keduanya dan dengan sopan menjemput keduanya menyantap hidangan yang disediakannya. 

Setelah beberapa ketika berada di rumah sohabatnya itu, maka sohabat yang bertamu itupun meminta izin untuk pulang. Sebelum pulang beliau berkata kepada sohabatnya yang soleh itu,
“Wahai saudaraku, beritahulah kepadaku tentang apa yang akan ku tanyakan kepadamu.”

Balas orang soleh tersebut, “Apa itu wahai saudaraku?”

Saudara fillah ini berkata, Pada tahun sebelumnya, ketika aku menziarahimu, aku mendengar ucapan seorang wanita yang buruk lisannya, mengucapkan kata-kata yang tidak baik dan kurang adab. Wanita itu banyak melaknat. Di samping itu aku juga melihatmu datang dari arah gunung dengan kayu apimu berada di atas belakang seekor singa yang tunduk di hadapanmu. 

Pada tahun ini aku mendengar ucapan yang bagus dari isterimu, tanpa ada celaan dari lisannya, tetapi aku melihatmu memikul sendiri kayu api di atas belakangmu. Apakah sebabnya?

Orang soleh ini menjawab, “Wahai saudaraku, isteriku yang buruk akhlaqnya itu telah meninggal dunia. Aku dulu bersabar menerima akhlaqnya dan apa yang muncul darinya. Aku hidup bersamanya dalam kepayahan, namun aku bersabar. Lantaran kesabaranku menghadapi (karenah) isteriku, Allah telah menundukkan untukku seekor singa yang engkau lihat ia memikulkan kayu apiku.

Ketika isteriku itu meninggal, aku pun menikahi yang solehah ini dan hidupku bahagia bersamanya. Maka singa itu tidak pernah lagi datang membantuku hingga aku terpaksa memikul sendiri kayu api di atas belakangku kerana aku sudah hidup bahagia bersama isteriku yang diberkati lagi taat.”


19 September, 2010

KHUTBAH SHEIKH MOINUDDIN CHISHTI r.a.

Cintalah semua orang dan janganlah membenci sesiapa pun.

Merasa senang dengan ucapan-ucapan sahaja, tidak mendatangkan manfaat. Berbicara tentang keTuhanan dan keagamaan dalam kata-kata sahaja, tidak akan membawamu ke mana-mana.

Timbulkanlah semua kuasa yang terpendam dalam dirimu dan dzohirkanlah kegemilangan dirimu yang hakiki itu. Penuhkan dirimu dengan kesentosaan dan kebahagiaan. Taburkanlah bibit-bibit kedamaian dan kebahagiaan itu di mana sahaja kamu berada dan ke mana jua kamu pergi.

Jadikanlah dirimu api kebenaran yang menyala-nyala. Jadilah bunga cinta yang semerbak indah. Jadilah ubat kedamaian yang menyamankan. 

Dengan cahaya kerohanianmu, hapuskanlah kegelapan kejahilan. Padamkan api permusuhan dan peperangan. Sebarkanlah kedamaian dan keharmonian di kalangan manusia.

Jangan sekali-kali menerima pertolongan dan bantuan daripada sesiapa melainkan ALLAH. Jangan kamu pergi kehadapan pemerintah. Jangan menolak dari membantu fakir miskin, janda dan anak yatim jika mereka datang  ke pintu rumahmu.

Inilah tugas dan misi kita, berkhidmat kepada manusia. Laksanakan tugasmu dengan penuh tanggungjawab dan berani, agar saya sebagai Mursyid, tidak terasa malu tentang kekuranganmu dihadapan ALLAH s.w.t. dan di hadapan mursyid-mursyid kita yang terdahulu dalam salasilah Sufi di Hari Pengadilan.


Maqam Sheikh Moinuddin Chishti di Maqbara

# Khutbah ini disampaikan kepada murid-muridnya sebulan sebelum beliau kembali ke rahmatullah-Petikan dari Kitab Al-Tibbur Ruuhis Suufi

18 September, 2010

MENDIDIK ISTERI & ANAK (Nasihat dari Habibina)

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
Limpahan kasih sayang dan rahmatNya s.w.t. semoga selalu tercurah pada anda dan keluarga.

Saudaraku yg kumuliakan,
Didiklah putra anda secara bathin dan dzohir, iaitu dengan mengajarkan lafadh yg pertama diucapkannya adalah lafadh ALLAH, sebelum lafadh MAMA atau PAPA. Hal-hal semacam itu tampaknya remeh namun merupakan suatu keluhuran yg sangat bermanfaat baginya kelak, dan sering-seringlah ia diikutkan dalam ibadah, misalnya saat ibunya atau anda mengaji, biarkan ia bermain di sekitar kita, hingga suara Al-Quran terus mewarnai aliran darahnya, dan bila kebetulan orang tuanya tahajjud atau lainnya, biarkan anak itu dekat padanya hingga ia tertular cahaya sujud.

Hal-hal semacam ini merupakan hal mulia yg akan mempengaruhi pertumbuhan iman anak, lalu mulailah bila ia beranjak besar untuk sering mengajaknya ke majlis-majlis taklim atau melihat vcd majlis taklim, yang jelas mempengaruhi panca inderanya kepada kemuliaan.


Kira-kira kiat seperti itulah yg disarankan untuk membantu menjaga anak agar selalu dalam jalur hidayah.

Mengenai doa untuk anak-anak, saya jarang menggunakan lafadz. Saya hanya memandangi mereka dengan kasih sayang sambil hati bagaikan terbakar dengan dahsyatnya permohonan pada Allah agar anak ini dijadikan kesayangan Allah dan RasulNya. Juga saat dari kejauhan, jika teringat pada anak-anak, maka saya selalu doa dalam hati saya, selalu memohon pada Allah seperti itu. Hal itu mujarab! Anak-anak menjadi berubah sifatnya, suka mimpi Rasul s.a.w., taat pada saya, budi luhur dan ucapan-ucapan indah yang mengagumkan sering keluar dari ucapan mereka dan perbuatan mereka.
Misalnya tiba-tiba mereka bangun malam dan tahajjud sendiri, padahal masih 6 tahun atau tiba-tiba tidak mau makan karena ingin puasa, lalu sorenya sudah kelaparan dan akhirnya makan juga, setelah makan mereka menangis karena menyesal membatalkan puasa.
Dan mereka jika saya di rumah, berdesakan mau shalat jamaah dengan saya. Anak saya yang terkecil, Hasan, usianya 6 tahun, jika shalat subuh terlambat satu rakaat saja berjamaah dengan saya, ia menangis, marah dan murung, kesal. Subhanallah! Padahal saya tak pernah menghardiknya atau memerintahkannya shalat harus dari awal rakaat berjamaah dengan saya, tapi perasaan itu muncul begitu saja dari anugerah Allah s.w.t., tentunya sebab doa.
Demikian saudarakku yg kumuliakan,
Wallahu a'lam