السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

30 September, 2012

IKHTIAR MEMOHON PETUNJUK DARI ALLAH (MELALUI MIMPI)

Kaedah ini adalah perkongsian dari guru & sahabat ana Al Fadhil Al Ustaz Wan Asrul TIAF.

Sebelum tidur, bebaskan diri dari hadas besar dan kecil. Dalam keadaan berwudhuk. Sebaiknya dirikan Solat taubat dan solat hajat, 2 rakaat. Mohon kepada ALLAH petunjuk yang diinginkan. Sama ada jodoh, rezeki, atau masalah-masalah yang sedang dihadapi.

Selepas melakukan adab-adab tidur sedia ada, maka lakukan kaedah di bawah:

1) Dizikirkan يا خبير يا بصير sebanyak 118x

2) Di tempat pembaringan (katil, bukan liang lahad ya), dibacakan Al Faatihah 1x, dengan ulangan ayat 4 sebanyak 11 x (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ) dengan bersertakan doa, di dalam hati.

3) Dibacakan Al Mulk : 14, 13x (ألا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير)

4) Baring dirusuk kanan.

5) Sebelum lelap, dizikirkan يا خبير يا بصير sehingga lelap. 

6) Dilakukan sebaiknya 7 malam berturut-turut.

InsyaALLAH, akan diperlihatkan ALLAH, barang yang diizinkan perlihat akanNYA. Sebaiknya, setelah peroleh isyarat, dirujuk semula dengan guru-guru yang lebih arif sebelum membuat keputusan akan benar atau salahnya.

BarakALLAHu fikum.

1 ulasan:

  1. Salam tuan..sy mohd sufian dari johor.. mohon izin untuk mengamalkan amalan di atas..

    BalasPadam