السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

03 April, 2012

MENANGANI ANAK KERAK?

Kejap tadi ada sahabat ana dari Lipis bertanyakan ana sama ada pernah menangani masalah berkaitan/berpunca dari gangguan anak kerak. Jawapannya tiada pengalaman ana dengan anak kerak ni, walau di Kelantan ia termasuk kategori agak famous jugala. Tah! Kalau boleh tak nak la berdepan masalah yang pelik-pelik, ana ni bukannya mahir sangat, membantu sekadarnya je...dah la masih baru lagi tu dalam dunia rawatan ni, banyak sangat yang tak tahu & retinya, tak komitted pulak tu. 

Namun bila ada yang bertanya, maknanya Allah S.W.T. nak mengurniakan ilmu sedikit sebanyak. Jadi ana cuba cari maklumat tentang anak kerak ni. Apa yang ana dapat adalah seperti berikut;

Anak kerak ni macam toyol gak, cuma dia ada lebih sikit dari toyol. Tah lebih apa... Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi yang dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan, iaitu sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi sulung dari ibu & bapanya yang juga anak sulung. Bayi tersebut dibunuh & keluarkan pada hari Selasa. Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan

Mayat bayi yang telah dikeringkan.

Disebabkan itulah, pada masa dulu menjadi pantang masyarakat pantai timur mendedahkan hiraki mereka dalam adik beradik sekiranya mereka anak sulung...kepada orang yang tidak dikenali. Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk Pattani.


Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik, macam bayi. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terabai. Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam dan susu perlu disediakan secara berterusan selagi mana anak kerak ini dimiliki.


Wallahu a'alam...

1 ulasan:

  1. Ini tambahan butiran dari pemerhatian saya sendiri yang diganggu makhluk ghaib yang dipercayai dari jenis Anak Kerak kerana sifat kejahatannya lebih bisa dari perbuatan toyol. Wang yang diambilnya tidak terhad jumlahnya- asalkan wang kertas malaysia dari seringgit dan keatas tanpa had. Tidak kira dimana letak, dalam peti besi, dalam peti ais tempat beku, dalam sampul angpau, hatta dalam celap lipatan Al Quraan pon dapat diambilnya tanpa belas kesihan. Jiran saya yang mendapat hadiah angpao dari orang ramai dimajlis kenduri kawin anaknya mendapati separuh dari sampul angpau kosong dan menuduh orang kampong memberinya sampol kosong. Saya pasti orang kampong tidak sezalim itu.Hanya jiran saya tidak sedar akan kecurian ghaib ini sedang berleluasa. Saya juga mula yakin akan keujudan perbuatan jahat secara ghaib ini apabila saya beli peti besi dan mendapati wang didalamnya masih hilang. Pada awalnya saya ingat perkara ini berlaku kerana kifarat tetapi apabila wang persatuan sekolah anak saya juga hilang kesemuanya (Rm400) saya yakin ini adalah kerja silaknatullah. Perkara ini sudah berlaku lebih 3 tahun tetapi saya tidak tahu cara melawannya kecuali mengurangkan wang dirumah saya kebawah Rm50 pada satu-satu masa. Waktu kecurian boleh berlaku bila-bila masa terutama pada waktu solat juma'at. Diharap ada orang yg dapat membantu membanteras kezaliman ini dari terus berleluasa.

    BalasPadam