السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Memaparkan catatan dengan label Ilmu Hikmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu Hikmah. Papar semua catatan

20 Januari, 2011

GERAK ASROR DARI PERSPEKTIF SUFIYYAH

Sedang rancak bertukar-tukar cerita & pengalaman dengan sohabat ana Abg Mie Lipis & Wan Al-Kutani. Ana dimaklumkan tentang pertanyaan seorang pembaca blog ana pada Wan, berkenaan Gerak Asror. 

Ana yang jahil lagi fakir ni sebenarnya nak cerita detail tu takla reti sangat, tapi merujuk kepada beberapa ulasan orang ilmuan dan salah seorangnya yang terbaru ana ketemui, iaitu Syeikh Khairi At-Tijaani (Khalifah Tarekat Tijaaniyyah Kelantan, semoga ALLAH memberkati beliau atas kesudian beliau berkongsi & mengijazahkan beberapa keilmuan pada ana), Gerak Asror (atau juga dikenali dengan pelbagai istilah) bolehlah dirumuskan sebagai gerak rohaniyyah yang men'jelma' pada fizikal apabila diolah/dilatih dengan kaedah-kaedah tertentu dalam keadaan tertentu (iaitu ada kelimuannya).

Namun gerak asror ni boleh berpunca dari pelbagai sumber. Dengan kata lain tidak semudah tanggapan sesetengah pihak dengan mengatakan gerak itu anugerah/kurniaan dari ALLAH s.w.t. (betul...semua dari ALLAH s.w.t., tapi sebab musababnya pun perlu diperhatikan. Contohnya semua rezeki dari ALLAH s.w.t. tapi sumber perolehannya? Mencuri, menipu & merompak pun ye...tapi akibatnya?) Kenapa dikatakan sedemikian? Ianya kerana pada perspektif Sufiyyah, gerak yang murni adalah gerakan dari roh (diri bathin) kita. Tapi bila dah bercampur nafsu...gerakan tu dah tak semurni yang kita sangka. Apatah lagi bila ianya melibatkan penggunaan jin/khodam & seumpamanya. Ingat dalam diri kita ada unsur roh & ada unsur nafsu. Jadi gerakan yang murni atau gerak yang haq akan berlaku bila nafsu dapat ditundukkan & rohaniyyah kita kuat. Dan kekuatan rohani ini terjadi dengan izin ALLAH s.w.t. apabila ahli-ahli sufi ini mengamalkan amalan toriqah (salah satu kaedahnya) yang merangkumi pelbagai aspek seperti mujahadah melawan nafsu, melazimi ibadah-ibadah sunnat & zikruLLAH.

Menurut Syeikh Khairi, ilmu kebatinan lazimnya mejatuhkan/merendahkan martabat rohaniyyah seseorang, berbeza dengan ilmu kerohaniyyan yang akan meningkatkan martabat rohaniyyah seseorang. Sebab itu ilmu-ilmu kebatinan lazimnya banyak mewar-warkan tentang kehebatan itu & ini...menjurus kepada kehebatan diri pengamalnya sehingga lupa pada kehebatan & keagungan Kholiq, sebaliknya ilmu kerohaniyyan mengajak diri pengamalnya menuju & mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. & yang dilihat adalah kehebatan & keagungan ALLAH s.w.t. semata-mata. Perbezaanya 180 darjah!

Para sufi bila 'buat' atau melihat gerak, sebahagian mereka fana...kerana bagi mereka gerak itu sendiri adalah af'aluLLAH yang terbentang didepan mata...ada yang menangis....ada yang...ALLAHU ALLAH!!! Hanya yang merasai je yang tahu.... Sebaliknya sesetengah orang hanya nampak kehebatan, kelincahan & kemahiran mereka dalam bergerak!!! Sehingga hilang af'aluLLAH dari pandangan mereka, tak nampak yang mengerakkan mereka itu ALLAH.... Bukankah amat rugi & malang...sesuatu yang sepatutnya mendekatkan diri kepada ALLAH bertukar kepada menjauhkan pula. Na'uzubiLLAHI min zaalik.

Oleh itu secara mudah 'keceknyo' bagi mendapat gerak asror yang haq, hati perlulah dibersihkan...nafsu pula perlu ditundukkan...kena melalui proses tazkiyyatun nafs. Tak semudah yang disangka....buat gerak terus dapat gerak yang haq. Kena melalui proses yang dinyatakan tadi. Sebab itu guru-guru bagi amalan untuk dijadikan sebagai alat untuk membersihkan hati & menundukkan nafsu ni. Tapi amatlah malang jika amalan tersebut disalah niat/fahamkan sebagai untuk mendapat kehebatan & kelebihan keduniaan. Lantaran itu ana pernah cakap kat murid sulung ana...jangan jadikan amalan ini sebagai alat untuk meraih kehebatan & kelebihan dalam bersilat! Nanti rosak & punah akibatnya. Faham betul-betul matlamat diijazahkan sesuatu amalan itu....dan dalam bab ini, ianya adalah untuk mentazkiah nafs & menguatkan rohaniyyah kita agar kita mendapat redho ALLAH & bertaqorrob denganNYA.

Bila hati bersih & nafsu tertunduk & terkawal..baru roh kita tu terlepas dari belenggu nafsu & syaitan. Maka dari situlah baru munculnya gerak asror yang murni lagi benar & insyaALLAH barulah tak malu bila nak katakan kita dapat gerak dari ALLAH s.w.t. Kalu tidak, seolah-olah kita je yang dok perasan sendiri, sedangkan hakikatnya lain.

Walaubagaimanapun, ana yang bercerita ni pun masih juga lagi dalam proses. Gerakan pun taklah semurni yang sepatutnya....astargfiruLLAH. Ana hanya sekadar berkongsi ilmu & kefaham yang amat sedikit ini, bak kata orang Kelantan, "Ana kecek sajo yah ni...royak gapo yg sepatutnya berlaku...tapi ana sendiri pun masih lagi tok sapa pun lagi tahap tu. Mudohan ALLAH izinkan suatu masa nanti...insyaALLAH."

Bak kata juga sohabat & guru ana Sheikh Wan Asrul, "Ilmu....Faham....Amal....(baru) Rasa....". InsyaALLAH ilmu & faham tu adolah sikit...amal tu kkdg tergolek gok lagi...raso...tok tahu la...mudah-mudahan nanti diizinkanNYO...aamin Ya Robbal 'alamin.

Wallahu a'alam.... Kalu ada silap & salah...mohon maafkan. Ana sekadar menulis setakat yang ana faham, belajar & tahu sahaja. Para pembaca sendiri mungkin ada yang lebih maklum.

19 Oktober, 2010

KEIKHLASAN DALAM BERAMAL (Renungan buat diri)

Dalam membicarakan bab keilmuan, tak kiralah apa sahaja bidang keilmuan, maka tak dapat tidak, akan pasti menyentuh tentang keluasan & ketinggian ilmu ALLAH s.w.t. Ianya tak dapat nak dijangkau oleh kecetekan pengetahuan kita manusia melainkan sekadar yang diizinkanNYA sahaja. 

Dalam menyentuh bab ilmu hikmah, banyak di antaranya yang memberi syarat kepada pengamal atau pelajar-pelajarnya yang dikatakan sebagai pantang larang keilmuan. Dalam masalah ini, sekiranya syarat atau pantang larang itu berbentuk petua semata-mata, biasanya tiada masalah. Contohnya menghindari dari memakan benda-benda berdarah seperti daging dan telur bagi tujuan 'menajamkan' mata hati atau tidak mandi selepas Maghrib bagi mengelakkan tubuh menjadi lemah atau merenung api lilin dalam suatu jangkamasa tertentu dengan tujuan mempertajamkan pandangan mata.



Pun begitu, apa sahaja petua yang diamalkan hendaklah diingat bahawa itu semua adalah hanya sekadar petua semata-mata dan bukannya sebahagian dari syariat agama. Oleh itu, janganlah sampai yang dilarang dalam petua itu kita anggap sebagai haram dan yang disuruh itu sebagai wajib

Ada satu riwayat menyebutkan bahawa seorang ibu meminta tolong dari Rasulullah S.A.W. untuk menasihati anaknya supaya mengurangkan pengambilan gula dalam makanan & minumannya. Maka dikatakan setelah Rasulullah S.A.W. mengelakkan diri Baginda daripada mengambil gula dalam tempoh 3 hari, barulah Rasulullah S.A.W. berjumpa dan menasihati anak  tersebut dan ini adalah juga termasuk dalam petua (iaitu untuk menjadikan nasihat kita mudah diterima orang, kita sendirilah kena terlebih dahulu amalkan/buat).

PERSOALANNYA:

Bagaimana kalau pantang-larang itu dikaitkan dengan hukum-ahkam agama? Contohnya, kalau anda nak amal sesuatu ilmu itu, pantang-larangnya anda mestilah menjaga solat fardhu 5 waktu, sebaik-baiknya berjemaah lagi, mesti berpuasa penuh di bulan Ramadan, mesti mengeluarkan zakat, tak boleh berzina, tak boleh minum arak, tak boleh berbohong atau menipu dan sebagainya lagi.

Dalam permasalahan ini, kita perlu mengambil kira beberapa perkara, iaitu salah satunya yang paling utama adalah adakah amal ibadah yang dikerjakan itu, kita buat dengan ikhlas mengharapkan keredhaan Allah atau hanya kerana ingin meraih kelebihan keduniaan yang mungkin diperolehi dari ilmu yang diamalkan & dipelajari? Macamana dapat kita ketahui yang niat kita itu betul atau sudah terpesong dari yang sepatutnya? Apakah ada tanda-tanda & alamatnya?

Adapun antara tanda-tanda sesuatu amalan itu tak dikerjakan dengan ikhlas & hanya didorong oleh keghairahan kita mencari kelebihan ilmu semata-mata adalah;
  1. Kita hanya mula mengerjakan ibadah, solat terutamanya hanya apabila kita mula mempelajari sesuatu ilmu atau mula menerima ijazah sesuatu keilmuan. Sedangkan kalau tak kerananya, maka kita tak terniat sedikit pun untuk mengerjakan segala ibadah tersebut.
  2. Kita semakin tekun beribadah dan beramal lantaran kerana kita semakin mengharapkan mendapat kelebihan-kelebihan keduniaan dari keilmuan yang kita pelajari & amalkan.
  3. Semakin kurangnya harapan kita terhadap ilmu yang kita tuntut atau semakin kita merasakan ianya tak lagi diperlukan sangat atau juga kerana ilmu itu kurang berkesan dan sebagainya, maka semakin malas pula kita beramal ibadah.
  4. Kita berhenti beramal ibadah apabila kita berhenti atau meninggalkan (membuang) amalan ilmu kita itu.
  5. Kita beramal ibadah atau mencegah diri kita dari perbuatan mungkar lantaran kerana takut ilmu tak menjadi atau takut ilmu makan diri.
dan sebagainya lagi.

Kalau beramal ibadah, mentoati suruhan-suruhan dan meninggalkan larangan-larangan agama dikeranakan oleh sebab-sebab di atas, bererti keikhlasan kita boleh dipersoalkan.

Meskipun pantang-larang ilmu itu pada asalnya dibuat sebagai pendorong kepada para murid atau pengamal agar toat kepada ALLAH s.w.t., tetapi bagi sesetengah murid yang tidak memahami atau kurang faham akan permasalahan sebegini, maka dia sebenarnya bukan lagi toat kepada ALLAH s.w.t. tetapi sebaliknya.

Sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Sesungguhnya setiap amal itu tergantung pada niat. Kalau seseorang itu berhijrah kerana ALLAH dan RasulNYA, maka hijrahnya itu adalah untuk ALLAH dan RasulNYA dan jika hijrahnya itu untuk (mengahwini) seseorang wanita, maka hijrahnya itu adalah untuk apa yang ia niatkan."

Mitsalnya membaca ayat-ayat Al-Quran atau berzikir, jika dibacakan/dizikirkan dikeranakan oleh keilmuan yang kita pelajari bukan ikhlas kerana ALLAH, maka amalan itu akan menjadi sia-sia dan tiada nilainya di sisi ALLAH s.w.t. Dengan kata lain, kita telah terperangkap dengan tipu-daya syaitan melalui amalan keagamaan/kebajikan yang mana walaupun pada asalnya & asasnya amalan itu merupakan amalan soleh tapi telah bertukar menjadi amalan toleh lantaran rosaknya niat. Ditambah lagi masalahnya bila dalam keadaan sebeginilah syaitan atau jin-jin yang jahat akan mengambil kesempatan untuk menyesatkan lagi si pengamal keilmuan tadi.

Bahkan para ulama' Islam telah bersepakat menyatakan bahwa apa saja amalan yang dikhususkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, tetapi kemudiannya bertukar niatnya kepada selainnya, maka seseorang itu telah jatuh syirik. Contohnya jika kita niatkan bersolat Zohor kerana Allah t.a., tetapi hati kita sebenarnya mengharapkan kelebihan-kelebihan tertentu dari kelebihan keduniaan, maka samalah sepertinya kita menyamakan kedudukan ALLAH t.a. itu dengan kelebihan-kelebihan keduniaan yang bakal diraih dari ilmu yang dipelajari atau diamalkan. Sedangkan kita semua tahu bahawa niat dalam melakukan sesuatu amalan itu wajib diikhlaskan hanya semata-mata kerana ALLAH s.w.t. dan tidak kepada yang selainNYA.

PERLUKAH KITA TINGGALKAN?

Bergantung kepada ilmu yang dipelajari, sama ada ianya menyalahi syara' atau tidak. Kalau sesuatu keilmuan itu tidak bercanggah dengan syariat, contohnya tidak melibatkan penggunaan jin atau perkara-perkara yang haramkan oleh ALLAH s.w.t., maka tidaklah perlu kita tinggalkan. Yang perlu hanyalah mengikhlaskan niat kita ketika beramal dengan keilmuan itu. Contohnya mengamalkan ilmu-ilmu pendinding diri dan keluarga, mengamalkan ilmu perubatan untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan, mengamalkan ilmu persilatan & beladiri serta pelbagai lagi keilmuan yang baik dan berfaedah. Semuanya hendaklah diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Dengan kata lain, dalam konteks yang lebih luas, segala sesuatu yang baik itu boleh menjadi jalan untuk kita meraih keredhaan ALLAH s.w.t. kalau kena pembawaan & cara gayanya berlandaskan kepada syariat Islam. Setiap perkara yang baik itu ALLAH s.w.t. telah jadikannya sebagai jalan-jalan untuk hamba-hambaNYA menuju padaNYA....InsyaALLAH.

Wallahu a'alam bissowab.


(intipati nasihat diambil dari sebuah blog buat renungan diri sendiri utamanya)

18 September, 2010

KHODAM!!!

Pagi tadi ada seorang rakan guru yang membaca blog ana berkenaan ILMU HIKMAH & LUAR BIASA. Maka lantaran itu terjadilah muzakarah antara kami berkenaan amalan PSSTS & juga lain-lain amalan hikmah yang pada dasarnya baik & tiada pertentangan dengan syariat. Habis kenapa masih ada pengamal yang bisa terpesong? Salah keilmuankah atau salah pengamalnya?

Dari ulasan yang pernah ana dapati dari mereka yang lebih arif tentang semua ini (dari pencarian ana), ilmu hikmah ini mempunyai 2 bentuk haq, iaitu ada yang diperolehi dari amalan kerohanian (kesufian) dan ada yang diperolehi dari amalan yang berkhadam. Macamana boleh terjadi macam ni?

Mereka yang mengamalkan amalan berkhodam ni biasanya mencari kehebatan & kelebihan keduniaan seperti keupayaan merawat, beladiri & sebagainya (ana pun pernah juga dulu...astargfirullah...). Namun sebahagian dari mereka ini tidak menyedari perkara seperti ini berlaku, contohnya ana sendiri. Memang mereka ni kuat juga beramal, solat, puasa, wirid, zikir & membaca ayat-ayat tertentu dari Al-Quran, bahkan sehingga beribu kali, tetapi bukan untuk taqorrob kepada Allah atau menuju kepadaNya. Jika diperhatikan tiada usaha untuk membersihkan hati atau bermujahadah melawan hawa nafsu yang mana lazimnya dilakukan oleh mereka yang ingin bertaqorrob & menuju Allah s.w.t. Ana nyatakan ini semua kerana ana pernah ditegur oleh salah seorang guru ana, katanya walaupun ana buat banyak amalan, namun hati ana masih "berbolok", kotor! Memang sedih dengar, tapi itulah haqiqatnya. Oleh itu jangan jadi macam ana nih.

Khodam yang hadir biasanya akan mempermainkan & kemudiannya memperhambakan mereka ini. Bila khodam tersebut merasakan dirinya telah menjadi tempat pergantungan & harapan si pengamal, merasakan dirinya telah menjadi lebih hebat & berkuasa dari si pengamalnya, maka khodam tersebut tidak akan lagi menghormati si pengamal tersebut. Hal ini berbeza bagi mereka yang telah mengenal Allah atau ahli sufi. Allah s.w.t. sendiri yang mengurniakan kelebihan & kehebatan dengan tanpa mereka pinta kerana Allah s.w.t. memuliakan mereka. Disebabkan inilah juga, maka para khodam sendiri amat hormat & akur kepada para sufi lantaran mereka menjadi manusia kesayangan Allah s.w.t. Jadi bila ana teropong diri sendiri, maka timbullah kesedaran yang diri yang jahil ini bukanlah dari golongan sufi pun. Baru nampak jalan je...insyallah akan cuba laluinya dengan izin Allah. Doakan ana.


Mereka yang beramal dengan amalan berkhodam ni dikhuatiri akan terjerumus dengan syirik khofi kerana secara halus mereka beramal kerana sesuatu yang selain Allah t.a. Apa yang lebih menyukarkan adalah amalannya tidak pun bercanggah dengan syara', bahkan bila berbicara banyak berkisar tentang hal-hal keagamaan. Mereka tidaklah terlibat dengan maksiat secara dzohir sebaliknya secara bathin (maksiat hati).

Jadi dari dapatan ana ini (setelah sekian lama mencari & mungkin pun masih belum sempurna & lengkap) & dikesempatan ini, suka ana mengingatkan diri ini utamanya agar kembali semula ke pangkuan Allah s.w.t. & bergantung harap sepenuhnya kepadaNya. 

"Wahai Ibnu Muhammad, kembalilah kamu semula kepada Allah & bergantung haraplah kamu sepenuhnya & hanya kepadaNya dalam setiap urusan kamu. Berusahalah untuk mendapat rahmat, margfirah & kasih sayangNya. Kelebihan keduniaan tidak berkekalan & tiada nilai di sisi Allah. Perbaikilah dirimu, bersihkanlah diri & hatimu dari sifat-sifat mazmumah (keji), bermujahadahlah mendidik hawa nafsumu & tanamlah segala sifat-sifat kehambaan dalam hatimu di hadapan Allah Azza wa Jalla. Sesungguhnya itulah jalan kebenaran." (nasihat buat diri sendiri)

Wallahu a'alam bis sowab.

17 September, 2010

LUAR BIASA?

Merujuk kepada catatan ana yang lalu berkenaan perkara luar biasa yang dimiliki atau berlaku kepada sebahagian ahli PSSTS, maka suka ana "mengarut" lagi berkenaan perkara luar biasa nih. 

Kelebihan luar biasa ni biasanya hasil dari mengamalkan amalan-amalan tertentu yang diamalkan dengan istiqamah. Perkara ini bukanlah baru, sebaliknya telah bermula semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. (rujuk Surah An-Naml: 38-40). Diceritakan Nabi Sulaiman a.s. telah meminta agar sesiapa dikalangan rakyatnya yang dapat memindahkan istana Ratu Balqis ke hadapan Baginda a.s. agar melakukannya dan ianya telah berjaya dilakukan oleh seorang hamba Allah bernama Asif Barkhia. Sebahagian ulama' mengatakan yang Asif ini adalah seorang waliyullah di zaman Nabi Sulaiman a.s. kerana beliau bukanlah seorang rasul atau nabi. Jadi Asif telah melakukan sesuatu yang luar biasa!

Oleh itu apakah kedudukannya perkara yang luar biasa ini? Adakah ianya salah satu dari perkara yang haq atau bathil? Terpuji atau dikeji? Inilah yang telah menjadi persoalan kepada diri ana & sebahagian ahli PSSTS yang bersama ana ketika itu. Apakah ianya betul-betul ada melibatkan khodam dari kalangan jin?

Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada manusia 8 perkara yang luar biasa & ianya telah dibahagikan oleh ulama' kepada 2, iaitu yang Haq & yang Bathil atau yang Terpuji & yang Dikeji.

YANG HAQ
  1. Irhas - dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada para Nabi & Rasul sewaktu mereka kecil.
  2. Mu'jizat - dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi & Rasul sahaja bagi melancarkan tugas menyampaikan risalah Allah t.a.
  3. Karomah - dikurniakan kepada orang-orang mu'min yang Arifbillah (arif tentang Allah)
  4. Maunah -  dikurniakan kepada orang mu'min yang soleh dikalangan orang awam (yang biasanya menlazimi pelbagai wirid, solat sunat, doa serta lain-lain amalan)
YANG BATHIL
Biasanya berlaku dengan pertolongan selain dari Allah s.w.t. walaupun dengan izinNya, seperti pertolongan khodam yang terdiri dari jin, syaitan dan seumpamanya.
  1. Istidraj- dikurniakan kepada mereka yang beramal dengan amalan yang soleh tapi tersedik di hati keinginan kepada kelebihan dunia. Lazimnya wujud perjanjian atau pantang-larang yang biasanya selari pun dengan syara'. Khodam biasanya terdiri sama ada dari kalangan jin Islam, fasik mahupun kafir
  2. Sihir - dikurniakan Allah t.a. kepada mereka yang derhaka ('asi) yang sama ada jahil tentang agama atau fasik. Kadang-kadang sihir ini melibatkan jin Islam yang fasik. Biasanya mereka yang mengamalkan sihir ini sentiasa bergelumang dengan kejahatan.
  3. Silap Mata - dikurniakan Allah kepada sesiapa sahaja yang mempelajarinya melalui pertolongan jin kafir.
  4. Sya'wazah -  kurniaan Allah yang berlawanan sama sekali dari kehendak sebenar. Biasanya dikurniakan kepada mereka yang sombong & angkuh dari golongan kafirun.


PERGURUAN SENI SILAT TAPAK SUCI

Syukur alhamduliLLAH, dengan kudrat & iradatNya dapat ana mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman lalu yang pernah ana lalui sewaktu pertama kali mempelajari ilmu hikmah yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada keilmuan dalam Perguruan Seni Silat Tapak Suci (PSSTS). Ana mempelajarinya sewaktu di tingkatan 4 dengan mendapat tunjuk ajar dari Ayah Od (Tok Wan Daud) dengan Abang Di sebagai juruletih (hehehe...memang letih pun). Selepas ketiadaan Abang Di, tempat beliau diganti pula oleh Abang Mat. Walaubagaimanapun, guru utama yang dikatakan mendapat tauliah dari pengasas PSSTS adalah Ayoh Soh (Tok Wan Yusuf) kalu tok silap ana la.

Ana bab-bab sejarah persilatan ni ana tok tahu sangat, yang ana utamakan adalah belajar silat untuk beladiri. Tapi ana tak lama di gelanggang sebab menyambung pengajian ke institusi yang lebih tinggi. Oleh tu, ikhlasnya ana tak begitu mahir dalam bab persilatan ni walaupun mampu "menari" (gaya je lebih).

Setelah beberapa ketika, berlaku kekecohan berkenaan PSSTS ni berikutan "gerak" & jurus yang dikatakan ada unsur-unsur menggunakan khodam (jin) lantaran mampu melakukan perkara yang dianggap luar biasa. Ana cuba mencari jawapan dari orang lama, namun tiada jawapan yang memuaskan. Lantaran itu ana telah tinggalkannya selama lebih 15 tahun sehingga ana telah bertemu dengan beberapa orang ustaz & mereka yang ahli dalam ilmu hikmah ni....

Merujuk kepada amalan yang diberikan dalam PSSTS, amalannya terdiri daripada;

Wirid Asas
  1. Ta'awudz
  2. Basmallah
  3. رضيت بالله
  4. Al-Fatihah
  5. Al-Ikhlas
  6. Al-Falaq
  7. An-Naas
  8. Selawat Ibrahimiyyah
  9. Ayatul Kursi
  10. Syahadah
  11. Hasballah
  12. Doa Nurun Nubuwwah
  13. Doa Mohon Ilmu
Amalan Pengisian Jurus
  1. Ta'awudz
  2. Basmallah
  3. Syahadah
  4. Hasballah
  5. Doa Pengisian
  6. Olah Jurus (10 Jurus Asas)
Wallahu a'alam bis sawab