السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

26 Mei, 2013

ANA? PEMERHATI JE...

Jumaat baru ni, Azizi, otai Tapak Suci call & message ana. Katanya anak saudaranya yang ana rawat kembali bermasalah. Kali ni dia menjadi emosionally sensitive, pantang silap sikit, terus mengamuk sampai tahap melontarkan barangan kat orang yang dia tak puas hati. Sebelum ni mangsa merupakan seorang ahli keluarga yang ceria dan ramah. Semenjak 'terkena' bebaru ni, dia dah berubah perangai, jadi pendiam, pemarah dan suka menyendiri berkurung di dalam biliknya.

Ana agak keberatan untuk merawat beliau kerana masalah peribadi ana dan juga ibu ana yang baru je keluar hospital. Kebetulan Auni, anak saudara ana yang sebelum ni menjaga nenek dia dah kembali semula masuk ke universitinya malam Sabtu baru ni. Jadi ana lah yang menyambung tugas menguruskan makan-minum ibu ana. Ibu ana memerlukan makanan yang lembut dan mudah hadam, memandangkan keadaan ulcer yang belum pulih sepenuhnya.

Namun memandangkan sahabat ana & iparnya yang begitu berharap sangat, jadi ana telah ikhtiarkan untuk membantu. Ana teringatkan Abang Saiful Hazmi di Kampung Seneng, Bachok....erm tak jauh dah tu. Jadi ana telah hubungi beliau memohon bantuan dan kesudian beliau untuk merawat pesakit berkenaan.

Alhamdulillah wa syukrulillah, semalam setelah balik dari kenduri anak sepupu di Jerteh, Abang Saiful sudi meluangkan waktunya yang sangat-sangat berharga tersebut untuk bersama-sama ana ke rumah pesakit di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat. Perancangan awalnya lepas asar, tapi kerana menunaikan juga hajat ibu ana...ana ke Jerteh dulu, jadi maghrib baru sampai ke pekan Jelawat, Bachok. Setelah solat maghrib di Masjid Jelawat, ana terus ke rumah Abang Saiful. Alhamdulillah...walau pertama kali dan dalam gelap malam ke rumah Abang Saiful di Kg. Seneng, ana dipermudahkan menemui rumah beliau di sana.

Kami kemudiannya bertolak ke rumah pesakit. Sesampai di sana, Azizi sekeluarga menyambut kami dengan ramah sekali dan kami seterusnya ke rumah pesakit yang lokasinya setentang dengan rumah mertua Azizi. Berjumpa dengan keluaga pesakit dan pesakit sendiri, erm...nampaknya tiada apa yang serius.

Seperti yang diminta dan dirancang oleh Abang Saiful, beliau kemudiannya merukyah tiga biji kelapa muda, kismis, kurma, air dan pesakit itu sendiri yang duduk bersila di hadapan beliau. Manakala ana pula ditugaskan merukyah garam untuk mandian & makan. Sesi seterusnya diikuti dengan sedikit tausiah/tazkirah dari Abang Saiful kepada pesakit dan keluarga. Syukur...dwngan ana sendiri pun mendapat banyak ilmu dari tausiah Abang Saiful. Hehe...inilah kelebihan menjadi pemerhati bila otai merawat. Banyak yang dapat dipelajari. Jazakallahu khairan katsiiro atas pengalaman semalam Abang Saiful. Semoga ada lagi peluang lainnya...aamiin...

# Pagi tadi baca sms dari ayah pesakit, alhamdulillah nampaknya baik-baik aje...

21 Mei, 2013

PENDARAHAN PERUT/USUS

Hampir pukul 2 petang semalam, semasa tengah sibuk memindahkan dokumen-dokumen penting kepada Cikgu Rabaina untuk dipersembahkan & dibentangkan pada hari ini sempena lawatan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan & Lembaga Peperiksaan di sekolah kami, kakak ana dari Kota Bharu call bagitau yang mak kami muntah & berak berdarah. Allahu Robbi...nampaknya masalah kesihatan mak ana semakin serius.

Adik ana kemudiannya telah membawa mak kami ke unit kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II & hasil pemeriksaan awal, doktor mengatakan kemungkinan besar pendarahan minor di dalam perut/usus. Jadi hampir waku maghrib semalam mak kami dimasukkan ke dalam wad, Wad Puteri untuk persediaan pemeriksaan lanjutan pagi ni. Doktor katan nak dimasukkan scope untuk melihat sejauh mana luka & pendarahan yang berlaku.

Semalam Auni, anak akak ana yanb menemani neneknya. Insyaa Allah kejap lagi ana pula akan pergi.

Kepada sahabat sekerja, ana mohon maaf bebanyak kerana tak dapat bersama-sama dalam program besar sekolah hari ni. Ana tau semua agak kelam kabut, dari semalam lagi.

14 Mei, 2013

MID YEAR EXAM

Minggu ni semua pelajar menengah atas sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Ana mengajar tingkatan 3, Bahasa Inggeris & 4, Lukisan Kejuruteraan.

Erm...sekarang ni sedang dok kemas kini dokumen PBS untuk mata pelajaran PSV & BI bagi tingkatan 1 & 2. Erm....lama dah tak ngajar menengah rendah, pulak tu sekarang ni guna sistem PBS. Hehehe...kalut & pening sikit. Semalam ada discuss ngan cikgu senior kat sini...erm...mudah la pulak dia buat. Katanya "Buat je...tak payah sampai pening-pening kepala. Buat payah jadi payah, buat mudah jadi mudah."

Tengah dok kemas kini dokumen nak bagi mudah kerja la ni. Erm...rasa lagi trbeban adalah...mungkin kerana masih belum tau kaedah yang mudah untuk melaksanakan sistem PBS ni.

12 Mei, 2013

In-House Training: Habits of Mind

Last Wednesday, I was asked to give an in-house training on one of the Habit of Mind, questioning & posing problems to technical & language teachers of SMK Gaal. Erm...nothing much, but took me a while to find the related information & sources & also to prepared the slides. The training was about one & a haf hours. Alhamdulillah...it went well & the respond fom the teachers were good. Thank you teachers...

Next week, once again I was asked to give a training on another habits. Hopefully, it gonna be better then the previous that I held.

10 Mei, 2013

MELAWAN!

5 Mei yang lepas, di hari di mana sebahagian rakyat Malaysia telah usai melaksanakan tanggungjawab mereka kepada negara, ana mendapat panggilan dari sahabat seperguruan. Beliau memohon bantuan ana bagi merawat anak saudaranya di Gunong, Bachok kerana disyaki masalah gangguan jin. Ana pada mulanya keberatan juga sebab keesokkan harinya dah mula persekolahan, jadi ana ingin balik ke Pasir Puteh. Jika diikutkan banyak perkara yang ana kena langsaikan sebelum ana & anak-anak bertolak balik.

Namun untuk tidak menghampakan sahabat ana & keluarga pesakit yang begitu mengharapkan kedatangan ana, ana telah bersetuju untuk diambil & dibawa ke sana pada pukul 6:30 petang tu. Kami sampai ke rumah pesakit sedang elok waktu maghrib. Jadi kami semua mengerjakan solat dulu sebelum melihat kepada masalah pesakit.

Usai solat, kelihatan pesakit cukup lemah. Mungkin banyak kehilangan tenaga sebelumnya. Keluarga pesakit memaklumkan yang pesakit telah pun dirawat oleh Pakcik Yassin Gunong, tapi jadi balik. Erm...nampaknya boleh tahan gangguan yang pesakit ni hadapi. Pakcik Yassin ni salah seorang dari orang lama Tapak Suci...guru di gelanggang Gunong, Bachok.

Ana ikhtiarkan dengan menyediakan air untuk minum & basahkan badan pesakit, nak wat mandi tak cukup...lagipun air penawar yang Pakcik Yassin buat sebelumnya ada lagi. Jadi boleh je guna yang tu.

Kemudiannya ana rukyah pesakit dengan membaca huruf-huruf mukothooah. Setelah beberapa ketika pesakit longlai & kerasukkan. Benda yang menguasai pesakit menepis-nepis tangan ana yang ana cucukkan pada tengah kepala pesakit sambil menjeling tajam penuh kemarahan. Ana suruh makhluk tu keluar, tapi dia menggelengkan kepalanya sambil mula bertindak aggresif. Dia bangun dan cuba lari ke arah pintu utama untuk keluar dari rumah, tapi keluarga pesakit bertindak pantas, memeluk & menjatuhkannya kembali ke lantai sambil dipegang erat tubuhnya. Pesakit meronta-ronta marah...

Dalam keadaan kalut begitu, ana menyembelih makhluk tu, tapi tak berkesan. Ana cuba pula menariknya keluar melalui kaki, juga tak keluar. Akhirnya ana tarik melalui kepala, alhamdulillah...pesakit kemudiannya sedar walau keadaannya tersangat lemah sehinggakan nak mengucap pun sukar & sangat perlahan suaranya. Ana minta pesakit memperbanyakkan membaca selawat.

Setelah seketika, keluarga pesakit membawanya ke bilik mandi & memandikannya. Ana pun kemudiannya memohon untuk balik kerana jam pun dah menunjukkan pukul 10:00 malam. Ana ni jauh lagi perjalanannya. Kena balik dulu ke Kota Bharu sebelum berpatah pula ke Pasir Puteh. Alhamdulillah lebih kurang pukul 1:00 pagi kami anak beranak sampai ke kuarters.

27 April, 2013

BILA WAN AL-KUTANI BERKONGSI ILMU...

Alhamdulillah pagi semalam ana berkesempatan meraikan sahabat ana Wan Al-Kutani mengendalikan suatu majlis perkongsian ilmu perubatan Islam di Pondok An-Nur Pasir Pekan. Walaupun jumlah peserta yang sedikit (buat permulaan), namun perkongsian ilmu dari Wan Al-Kutani berjalan lancar, alhamdulillah.

Saudara Wan Al-Kutani sedang menyampaikan ilmu dalam sesi perkongsian ilmu perubatan Islam.
Saudara Wan sedang berkongsi sesuatu di papan putih.

Semoga di masa akan datang, pihak penganjur dapat menganjurkan lagi sesi-sesi perkongsian ilmu sebegitu. Peserta juga nampaknya begitu berminat untuk lebih mendalami selok-belok ilmu perubatan Islam. Erm...sebahagiannya kelihatan seperti sudah ada sedikit sebanyak pengalaman...

Selepas sesi perkongsian ilmu, sahabat ana Wan cuba pula ikhtiar merawat seorang gadis yang datang ke tempat tersebut. Gadis tersebut mengalami gangguan jin saka/asyik dari belah neneknya yang dikatakan mengamalkan pelbagai ilmu-ilmu pelik. Menurut pandangan Wan Al-Kutani, tidak mengherankan sekiranya nenek si gadis tersebut mampu melakukan sihir lantaran ketinggian keilmuan beliau... Dari apa yang diceritakan oleh kakak gadis tersebut, mana-mana orang yang terlibat dalam mengikhtiar gadis tersebut sebelum ni semuanya di beri amaran & di'serang' dengan hebat...wallahu a'alam.

Jin yang 'menjaga' gadis tersebut amat degil & babil, walaupun tersiksa, dia tetap berkeras untuk bersama gadis tersebut. Sempat lagi mengejek Wan, "Mung bukae lawan aku...!!!" Berulang kali dia nyatakan yang dia sayang & menjaga gadis tersebut semenjak dari bayi lagi. Bila ana tanya kenapa, untuk apa & apa faedahnya dia bersusah payah 'menjaga' gadis tersebut, jin saka tersebut diam membisu pada awalnya. Namun kemudiannya dia memberikan alasan-alasannya. Antaranya kerana ada pihak lain yang nak mengkhianati gadis tersebut, jadi dialah yang melindunginya. Bila ana lontarkan satu soalan kepadanya, dia terdiam kelu & minta nak balik kepada tuannya..."Mace mano mung nok jago & lindung dio dari ore lain kalu mung sdiri pong ore lain keno jago...keno wi make? Pah tadi mung kato tuae mung doh lamo doh tok wi make ko mung...siae. Pah kalu bab cari make pun mung tok larak nok cari sdiri...terpakso bergantong harap nga tuae mung, mace mano buleh wi jaminan yae mung buleh jago budok nih?"

Ikhtiar merawat terpaksa ditangguh lantaran waktu zohor (untuk solat Jumaat) dah hampir. Lagipun, menurut Wan, neneknya dahulu yang mesti dirawat sebelum gadis tersebut sebab puncanya datang dari si nenek tersebut. Erm...suatu kes yang berangkai & panjang cerita pulak jadinya. Oh! Lupa pulak...sebenarnya ni kes Wan & dia yang ikhtiarkan. Ana hanya sekadar membantu je. 

11 April, 2013

NAK BEREHAT DAH RASANYA...


Sudah jarang sekali ana online dan postkan apa-apa kat blog ni. Mungkin kerana ‘kepenatan’ & ‘keletihan’ akhir-akhir ni. Rawatan pun dah sangat jarang & tiada apa sangat dah nak dikongsikan. Rasanya dah tiba masanya untuk ana berehat. Kesibukan & permasalah di sekolah pun dah cukup banyak untuk menjadi sebab ana berehat sekarang ni.



Kerana ‘keletihan’ juga, hujung minggu baru-baru ni ana mengambil kesempatan pergi servis badan ni dengan Ustaz Wan Asrul. Beliau telah membekam & cucuk ana. Erm...lama dah tak berbekam. Kena sembilan mangkok & empat batang jarum. Amik...!!! Sebelum ni asyik buat kat orang je, hah...! kali ni sendiri pula yang kena. Maklumlah dah berumur dah, kena amik supplement ni... kolestrol semakin bertambah, darah pun berasid, hempedu pn lemah... Dah tanda dah tu...

Tah la... Sepatutnya semakin berumur...semakin dekat menuju gerbang barzakh, semakin elok & sibuk meningkat keadaan diri ni...tapi nampaknya tidak juga...sibuk dengan kerja-kerja lain. Ya Allah...kepadaMu aku mengharap & berserah diri. Diri ni penuh dengan dosa & begitu besar sekali kelemahanya. Tiada daya upayaku Ya Allah...

Kepada pembaca sekalian, sudilah kiranya mendoakan diri ini agar baik kesudahan hidupnya... Jazakumullahu khairan katsiiro...

GANGGUAN ‘KAWAN’


Tiga malam lepas ana mendapat message dari seorang ibu yang bertanyakan tentang perubahan keadaan anak sulongnya. Katanya anaknya yang berusia 4 tahun tersebut asyik buat perangai, bercakap seorang diri, marah-marah kat ibu dia dan yang paling tak selesanya anak dia tu kata dia ada ‘kawan’ yang selalu bertandan ke rumah untuk bermain bersama. Siapa ‘kawan’ tu? Adakah ‘kawan’ yang dimaksudkan tu hanya ilusi atau memang ada ‘kawan’ yang dimaksudkan tu.


Dari sedikit soal selidik yang ana buat, nampaknya ‘kawan’ anaknya tu ‘budak lelaki’. Erm...tah dari mana datangnya tu. Nampaknya bukan dari area kuarters tu sebab ana tak pernah ‘lihat’ ‘budak lelaki’ tu. Biasa ana tengok yang dua beranak & si anak tu pompuan. Biasa dok main area unit Cikgu Fuzaimah & Pengetua. Selain dua beranak tu, ada gok Si Tuo yang juga selalu kelihatan di belakang rumah Pengetua...dekat garage & pohon kelapa. Ni yang ‘budak lelaki’ ni...tah dari mana ni. Macam tersembat je.

Ada pihak yang mengatakan ianya adalah jin saka. Aaa...yang ni ana tak tau & tak leh nak komen sebab tak cukup maklumat & bukti. Maaf...ana kalau takde maklumat yang cukup, ana tak berani nak ulas.

Ana ada cadangkan kaedah untuk diikhtiarkan oleh ibu-bapa budak tu. Rukyah air dan limau untuk mandian selama 3 hari & tengok perkembangannya. Selain tu juga rukyah air yang dicampur garam & lada hitam untuk ‘bersihkan’ rumah. Diharap ada perubahan positif nanti...insyaa Allah.

04 April, 2013

PELAJAR & ASRAMA

Kebelakangan ni ana sudah sangat kurang melibatkan diri dalam bidang rawatan...mungkin ana sudah boleh 'berehat' dah kot.

Kes kebelakangan ni melibatkan pelajar asrama, yang tidak suka tinggal kat asrama. Masalahnya...erm...agak rumit dan panjang juga ceritanya, tapi apa yang pasti...hantu & jin bukan punca tau masalahnya. Mereka ni nampaknya telah difitnah atau menjadi mangsa...(jin pulak jadi mangsa).

Wallahu a'alam...

Mengikut pemerhatian ana & sedikit soal-selidik & soal-siasat yang ana lakukan secara bersahaja, nampaknya pelajar yang bermasalah tu lebih kepada mengalami tekanan. Erm...macam-macam la pelajar sekarang. Mak ayah/penjaga suruh atau lebih tepat macam paksa anak suruh dok asrama, anak pula mati-mati tak nak... Jadi, memendam perasaan la diorang. Jalan mudah dengan mereka pelbagai cerita & mencipta pelbagai masalah... Kesiannya hantu & jin yang jadi mangsa... Kes macam ni jenuh merawat la... Sekarang ni tengah melihat perkembangan diorang.

KURSUS "HABITS OF MIND"

Minggu lepas ana telah terpilih...dipilih oleh pihak pentadbir sekolah sebagai salah seorang ahli baru dalam Pasukan Pemandu i-THINK (drive team). Selain dari itu, ana juga telah dipilih untuk mengikuti kursus "Habits of Mind" sepanjang cuti sekolah baru ni, bermula dari 25 hingga 29 Mac 2013 di Eastin Hotel, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.

Nak jadi cerita, pada 24, sepatutnya ana amik flight ke KLIA, tapi tertinggal kapal...sangkut dalam traffic jam kat KB. Musim cuti sekolah...ramai orang balik kampung barangkali. So ana naik train, Wakaf Baru ke KL Sentral. Erm...lama tak naik train ni. Masa study kat UiTM Shah Alam dulu kita orang biasa balik kampung naik train.

Menunggu train di stesen Wakaf Baru

Alhamdulillah...perjalanan lancar & mudah. Sepanjang kursus, kami telah didedahkan kepada "Habits of Mind" (HOM) yang bakal kami terapkan dalam proses pengajaran & pembelajaran kat sekolah nanti. Apa itu HOM, insyaa Allah saudara-saudari pembaca boleh rujuk web ni, http://www.thinkingschoolsinternational.com/. 

i-THINK, penggunaan thinking maps & penerapan Habits of Mind pada para pelajar di sekolah terpilih, merupakan suatu program kerajaan dalam menjana generasi yang mengamalkan tabiat berfikir yang baik apabila berdepan dengan sesuatu permasalah.

Ya...sebagaimana biasa, bila dihantar berkursus, maka balik ke sekolah banyaklah perkara yang perlu dilakukan & yang terdekat adalah Kursus "Habits of Mind" untuk para guru di SMK Gaal ni. Ana telah dilantik menjadi salah seorang dari pemudah cara (fasilitator). Moga Allah SWT mempermudah & menyediakan diri ana yang faqir & dhoif ini dalam menggalas tugasan yang boleh tahan beratnya nih. Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru yang banyak membimbing & membantu ana dalam tugasan ana. Semoga Allah juga mempermudahkan urusan tuan-puan semua.

21 Mac, 2013

AKHIR-AKHIR NI...

Lama dah berdiam diri dari memberikan bantuan rawatan kepada mereka yang bermasalah, akhir-akhir ni Allah telah kembali 'menggerakkan' ana untuk kembali berkhidmat kepada hambaNya yang memerlukan.

Kes terbaru, ana pergi merawat seorang pemuda di bandar Pasir Puteh ni. Anak kepada rakan guru di sini. Masalahnya, pesakit dikatakan mendengar bisikan suara, langsung menjadi tidak tenteram dan berubah kelakuan kepada pendiam menjadi murung. Mengikut doktor, beliau dipercayai mengidap bipolar disorder Semasa malam ana bertandan ke rumah beliau dan bertanyakan masalah beliau, kelihatan pesakit sukar untuk memberikan jawapan bagi setiap pertanyaan yang ana ajukan. Sebahagian soalan yang ana ajukan, beliau tidak dapat memberikan jawapannya walau setelah agak lama berfikir mencari jawapannya. Kelihatan ingatan beliau cukup lemah.


Setelah selesai sesi soal-jawab, ana merukyah pesakit. Dalam sesi tersebut, pesakit mengatakan yang beliau merasakan ada sesuatu yang bergerak menyusuri dari pangkal peha ke kaki beliau, terutamanya sebelah kanan. Ana kemudiannya menarik & membuang 'entiti asing' tersebut. Serentak dengan itu juga ana merukyah air sebagai penawar. Keesokannya ana bagi kepada ibu beliau Kalium Phosphoricum sebagai tonik otak/minda. 

Selain dari itu, tengahari semalam ana menerima panggilan dari rakan lama, Abe Din. Beliau memaklumkan tentang seorang cleaner di tempat beliau bekerja yang mana adiknya bermasalah. Kakak mangsa memaklumkan keadaan adiknya yang sekarang ni berada dalam keadaan kemurungan, ketakutan, kerap sakit perut & hilang selera makan. Sudah dibawa ke beberapa tempat untuk mendapatkan khidmat rawatan, tapi belum diizinkanNya untuk sembuh. Ada pihak yang mengatakan ada kaitan dengan masalah saka arwah atuknya...wallahu a'alam. Appointmentnya pada hari Sabtu... Erm...harapnya diberi kesempatan.

Yang terbaru pagi tadi, ada seseorang call dari Gua Musang. Beliau mengharapkan bantuan ana untuk mengatasi masalah sihir. Sangkanya ana masih di Merapoh. Setelah memaklumkan yang ana dah berpindah ke Pasir Puteh, beliau kemudiannya bertanyakan mana-mana perawat yang ana kenal di Gua Musang. Tak silap ana ada ustaz di sekolah agama sana yang boleh ikhtiarkan. Oh! Tak lupa juga Imam Muda Masjid Gua Musang tu...

07 November, 2012

GEMPAR DALAM MASJID!


Semalam semasa solat Isya' kat Masjid Ibrahimi, bandar Pasir Puteh, kami jemaah dikejutkan dengan suatu jeritan kuat suara budak lelaki. Kecoh jap suasana. Ingatkan bebudak gurau kat belakang, rupanya ada cerita. 

Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh

Di hati risau gak takut apa-apa terjadi melibatkan Imdadullah. Bukan apa, malam sebelum tu dia & adik dia Wani dok ngadu ada seorang budak lelaki yang suka & asyik mengacau orang lain dalam masjid tu, termasuk sewaktu solat. Budak tu juga siap ganggu Wani & cabar Imdadullah. Wani geram je nak suruh abang dia 'lepuk' budak tu. Nasib baik Imdadullah tak 'bagi' sebijik dua...kalu tak kecoh pulak nanti. Dah pesan dah kat Imdadullah, jangan wat sesuatu sesuka hati, melainkan terpaksa sangat, untuk mempertahankan diri dia & adik dia je...kalu gangguan sikit-sikit tu jangan pedulikan sangat. Alhamdulillah Imdadullah ingat pesan abah dia tu. Dia kata setakat ni tak teruk sangat, kalu teruk baru dia 'bagi'. 

Aiii....risau gak kenyataan Imdadullah tu. Bukan apa, dulu dia pernah 'bagi' sedah duo pada seorang pelajar masa dia kena buli kat SK Merapoh dulu. Masa tu adalah seorang budak yang suka sangat menyakat & buli dia dalam kelas. Imdadullah selalu je mengadu pasal budak tu. Ana suruh dia abaikan & sabar je, sebab tak sangka jadi serius. Tapi makin hari makin bersungguh Imdadullah mengadu. Ana ada tanya dia adu kat cikgu tak. Imdadullah kata ada, dah acap kali dah, tapi tindakan cikgu tak berkesan, budak tu tak makan saman. Imdadullah tanya boleh tak dia 'bertindak balas', dia dah tak tahan dah. Ana cakap kalu boleh sabar, sabar je la. Imdadullah kata dah tak boleh. Ana kata kalu untuk mempertahan diri kita, tak salah...dah terpaksa. Tapi sebaiknya biarla cikgu yang ambik tindakan. Tapi berkali-kali Imdadullah cakap tindakan cikgu tak berkesan, budak tu masih lagi dok buli dia. Erm...ana terdiam, tak tau nak cakap apa lagi dah. Buntu gak bila jadi camtu.

Imdadullah & Wani

Nak jadi cerita, satu hari tu Imdadullah balik dengan ceria. Masuk dalam kereta, Imdadullah bukak mulut cerita, "Abah! Budo hok kaca Imdad tu tok kaca doh." Tersenyum dia. "Bakpo tok kaca doh? Imdad wat rano?" ana tanya balik. "Hehehe...Imdad wi sedah duo maso dio buli Imdad." Imdad tersenyum puas hati. "Lepas keno tu, terus dio senyap & tok kaca Imdad doh." sambung Imdad. "Ya Allah...Imdad lepuk dio? Pah cikgu tok maroh ko?" ana bertanya risau. "Dok... Imdad royak doh cikgu. Cikgu lare pun dio tok denga, jadi bilo dio kaca Imdad, Imdad pun balas balik. Imdad pegae dio pas Imdad lutut peruk dio. Selok meta... Kaca ore sangak." cerita Imdad. 

Gitulah apa yang pernah terjadi pada Imdadullah masa kat Merapoh dulu. Perkara camni la yang buatkan ana risau dengan dia. Takut dia bertindak tak tentu pasal, nanti banyak pihak yang susah & tak puas hati.

Jadi lepas solat, semasa berada kat depan masjid, kelihatan orang ramai berkumpul. Ana bertanya khabar. Ada ahli jemaah cerita yang sebentar tadi ada budak bergaduh dalam masjid, bertikam. Suspek cuba menikam mangsa dengan pisau, tapi mangsa sempat memegang tangan suspek & dalam pergelutan, tangan mangsa luka parah terkena pisau tersebut. Suspek telah ditahan oleh jemaah lainnya & diserahkan ke balai polis. Mangsa pula dihantar ke hospital. Imdadullah kata mangsa tu pelajar tahfiz kat madrasah di masjid tu. Suspek pula dikatakan budak yang tinggal tak jauh dari masjid tu jugak. Erm...ada jemaah yang kata, perselisihan yang terjadi tu dah lama, cuma malam tadi je 'meletup'. Wallahu alam.

Walau macam mana pun, kejadian semalam memang mendukacitakan. Budak-budak sekolah bergaduh pakai pisau, dalam masjid pulak tu. Akhir zaman dah... Kejadian tu mencoret suatu pengalaman buat Imdadullah & pengajaran yang boleh dia amik i'tibar dalam perjalanan hidupnya.

Mudahan dia menjadi anak yang soleh & berbakti kepada agama & umat Islam...oh tak lupa, dapat 'jaga' adik-adik dia nanti...terutama bila abah dia ni dah takde nanti...

01 November, 2012

LAGI TAK NAK LAGI ADA...DIA YANG MAHA BERKEHENDAK

Maaf...bukan ana sengaja tak nak, tapi keadaan sekarang sudah berubah & agak menyukarkan ana. Aktiviti ana sekarang ni agak terbatas lantaran komitment baru yang menjadi tanggungjawab besar ana menggalasnya. 

Memang ana kadang-kadang pun, bahkan selalu rasa bersalah sebab tak dapat laksanakan hasrat, permintaan, harapan & hajat saudara-saudari yang berhubung dengan ana. Ana mohon ampun & maaf bebanyak la. Semoga Allah qabulkan hajat antum semua. Walaubagaimanapun insyaAllah  ana akan cuba setakat yang termampu & terdaya dengan izinNya. Kalu boleh jangan la nak hasil yang cepat ye...kalu camtu, ana mengalah je... Maaf bebanyak. Mungkin ada orang lain yang boleh menolong & merealisasikan harapan serta hajat saudara-saudari. InsyaAllah ada punya tu...

Ana ni setakat menolong je, bukan profesyen ana ni...betul-betul tolong je. Pastu ana tolong pun dengan sekadarnya je ni...bukan pakar & serba tahu pun, bahkan banyak lagi yang ana tak tahu. Ana pun dari masa ke semasa dok timba ilm lagi. InsyaAllah malam ni pn nak gi menimba lagi ni... Semoga Allah permudahkan ana & sahabat lama ana Wan Al Kutani.

Harap maafkan ana...

31 Oktober, 2012

CIKGU DOAKAN

Minggu depan dah bermula peperiksaan SPM...jadi bagi semua ex-student & student tingkatan 5 cikgu, cikgu doakan agar anda semua dapat menjalani peperiksaan dengan tenang & baik tanpa sebarang masalah & kejadian yang tak diingini. Semoga anda semua berjaya mendapat keputusan yang terbaik buat diri anda semua nanti...insyaAllah...aamiin Ya Robbal alamin....


Anda semua dah usaha, makan jangan lupa bertawakal pada Allah atas segala usaha yang dah dibuat. INGAT! Usaha kita makhluk ni tak memberi bekas, sebaliknya kehendak & ketentuan Allah lah yang mutlaknya. Jadi jangan lupa Allah...jangan lupa mohon dariNya...sentiasa...bukan masa tersempit & susah je.

23 Oktober, 2012

TAHNIAH GURU & PELAJAR TERLIBAT!

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menjuarai pertandingan reka cipta peringkat kebangsaan di UniPET baru-baru ni. Tahniah ana ucapkan kepada Cikgu Hatta yang tak pernah berputus asa mengepalai projek sains tersebut dengan idea beliau, Pemecah Ombak. Tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang bertungkus lumus menjayakannya. 

Syukur alhamdulillah di saat akhir, blok tersebut mampu mengapung di atas air dengan baik. Erm...kalu ikutkan kiraan yang ana buat, dengan design yang di buat, blok tu tak mampu untuk terapung. Erm...kemas Cikgu Hatta, anta dapat alter design tu di saat-saat akhir hingga berjaya.

Ana tumpang gembira, kalu tak keberatan la....

14 Oktober, 2012

MAKAN ANGIN...MELIHAT TANDA KEBESARANNYA...

Di masa lapang, round sekitar Brincang, Tanah Rata & tah mana lagi...ana ikut Cikgu Rosli je. Dia jadi 'pemandu pelancong'...hihihi...

Subhanallah...comel bungo ros meroh ni...

Cikgu Rosli ralik dok belek bungo...kenae napok tu...


Bonzai...berceragoh molek akar/batang pokok ni...unik...menarik kelih...subhanallah...

Hok ni ambo minat kelih...subhanallah comel sungguh...ralik kelih...

Warno-warni kaktus ni...subhanallah...supo mainan...



KURSUS DI CAMERON HIGHLANDS

Baru ni ke Cameron Highlands berkursus untuk 3 hari. Kursus penyelarasan tema & modul mata pelajaran teknikal JPN Kelantan. Alhamdulillah banyak input dapat & moga Allah SWT memudahkan untuk ana mengaplikasikan di sekolah & dalam tugasan ana nanti....aamiin.

Kami menginap kat hotel ni la selama 3 hari 2 malam...

Kat lobby hotel sebelum masuk bilik...

Salah seorang JU Mata Pelajaran LK

Pemandangan di luar dari dewan kursus.

Set-set otai peroh otok untuk menghasilkan item...

Ore baru cam ana ni sebagai pemerhati je...belajar dari orang lama.

Lagi set-set otai berbincang...

JU yang banyak memberikan komen yang membina...




08 Oktober, 2012

DALAM DIAM, ....


Dalam diam, kenangan silam menjadi renungan. Satu persatu ku selak, ku belek...setiap pepenjuru peristiwa ku perhatikan dengan penuh teliti, mencari kesan-kesan yang boleh diambil ikhtibar darinya. Erm...sebahagian dari peristiwa yang berlaku, jelas & terang kesan & bekasnya, manakala sebahagian lagi samar-samar & selebihnya, tak mampu atau diluar batas kemampuan & keupayaanku untuk melihat kesan & bekasnya. Mungkin belum masa & ketikanya...maka sabar & redho menjadi penawar terbaik dalam menempuh semua ini. 

Dalam diam, fikiran cuba menilai dengan penuh hikmah sekalipun dalam keterbatasan diri yang dhoif ini, agar tidak tersasar jauh dari yang haq. Erm..tiada sesuatu pun yang terjadi yang terkeluar dari perancangan & aturanNya...tiada...semuanya sudah termaktub, tertulis kemas.... Semuanya terjadi mengikut apa yang telah dicatatkan. Maka buat apa engkau gundah wahai hati? Mengapa? Pasrahlah dalam redho & takwa.

Ya selaku insan biasa...peristiwa sekitar selalunya berjaya menerobos ke hati yang rapuh ini...buatkan ia bergolak dengan pelbagai mainan perasaan; marah, benci, suka, sedih, sayang, kasih, cinta, letih, bersemangat & sebagainya lagi... Patutkah aku layan? Atau ku ketukkan kembali hatiku...ingatkan ia akan kepada hakikat kehidupan yang sebenarnya. Erm...selalu juga ku ketuk...kerana kelalaian & kealpaan sangat-sangat menyiksakan. Ya Allah padaMu ku berserah & berharap...

Dalam diam, ku muhasabah...cukup! cukup setakat ini sahaja. Cukup! Rasanya aku perlu keluar dari belenggu mainan perasaan ini secepat mungkin...bahaya! Biarkan hati bebas dari mainan perasaan yang pelbagai ni, yang tiada penyudah & kabur. Fokus...fokus...

Dalam diam, ku menyintai, ku merindui, ku meyayangi...walau dalam ketidak sempurnaan. Maafkan ku...atas kedhoifanku...


YA ALLAH...YA RAHMAN...YA RAHIIM...

05 Oktober, 2012

GANGGUAN DI HOSTEL UTM

Dalam pukul 3 lebih pagi tadi ana mendapat message dari ex-student ana dari UTM. Katanya mereka sebilik tak dapat tidur kerana ada gangguan misteri. Gangguan bermula dengan perasaan tidak selesa salah seorang rakan beliau, diikuti pula dengan sakit-sakit & sehingga ada yang ditidih semasa tidur. Selain dari tu, ada juga gangguan berbentuk bunyi-bunyian seperti seseorang menyelongkar sampah. Tetapi bila diperiksa, tiada apa-apa pun yang berlaku. Perkara seumpama ni menyebabkan diorang ketakutan & tak dapat tidur.


Rakan beliau telah membaca surah Yassin & alhamdulillah setelah tu keadaan menjadi reda. Ana sekadar mampu doakan & ikhtiarkan dari jauh je. Ana telah kongsikan dengan beliau amalan...harap-harap perkara ni tak berulang. Kesian diorang nak belajar.

Wallahu a'alam.

Ana pun sejak dari tu tak dapat nak lelapkan mata lagi dah. Harap tak ngantuk untuk drive ke Lipis tengahari ni nanti untuk ziarah sahabat lama ana Abg. Mie Lipis.

01 Oktober, 2012

"NGOSEK" DI BILIK FAIL PBS - (Laporan)

Minggu lepas, Cikgu Yuganu ada jumpa ana minta ana gi tengok bilik fail PBS sekolah kerana ada aduan dari guru-guru perempuan tentang gangguan yang berlaku di dalam bilik tersebut. Bilik tersebut, baru je dibuka, dikemaskan & dijadikan bilik fail PBS setelah sekian lama tidak digunakan. Dari apa yang dimaklumkan pada ana, bilik tu agak 'keras' sebelum ni & sekarang terpaksa dibuka & digunakan kerana kekurangan ruang/bilik untuk menyimpan fail & operasi berkaitan PBS sekolah. 

Sekadar gambar hiasan...
Apa yang terjadi adalah timbulnya bau busuk yang umpama bangkai pada waktu-waktu tertentu & suasana menyeramkan yang meremangkan bulu roma secara tiba-tiba tanpa sebab. Dan semalam ada cikgu perempuan mengadu tentang gangguan terbaru, iaitu main tutup-buka lampu pulak. "Erm...ada yang nak bergurau tu nampaknya..." balas ana.

InsyaAllah nak gi tengok kejap ni...harap-harap tak menjadi masalah besar & dapat settle dengan baik & mudah....Robbi yassir wal tu'assir Ya Kariim...

Lebih kurang 9:15 tadi ana masuk bilik tu...bagi salam & tetiba je bau yang pelik yang diperkatakan menerjah lubang hidung ana, memang busuk, tapi bukanla macam bangkai...ye lain macam je baunye, sukar nak describe. Kemudian kepala terasa berat semacam, bulu roma meremang...erm lama dah alami perkara camni ni.

Ana ke meja yang ada dalam ruang tu dan duduk. Kemudian ana baca doa pembuka & 'bekecek kiro' dengan 'penghuni' bilik tu. Oh...nampak macam penghuni-penghuni, bukan penghuni je. Erm..nampaknya macam diorang dah lama kat situ. Ana mintak diorang berpindah ke tempat baru, tapi nampak liat je. Jadi ana offer untuk carikan tempat yang selesa & sesuai untuk kediaman baru mereka. Nampak cam ada pro & contra. Lepas bincang, ana rukyah & doa...mudahan Allah SWT selesaikan masalah kat bilik tu. 


Sedang molek pukul 9:35, ana keluar dari bilik tu, terus ana diajukan pertanyaan tentang keadaan bilik tu camna. Patutkan digunakan atau pindah bilik lain pula. Ana bagi edah dulu...tengok dalam 2-3 hari lagi camna feedback. 

Wallahu a'alam.