السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

17 Oktober, 2010

SEKELUARGA DARI JERANTUT

الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد رسول الله وعلى آلـه وصحبه ومن والاه


Syukur yang tak terhingga sebanyak makhlukNYA di langit, sebanyak makhlukNYA di bumi, sebanyak apa yang ada di antara keduanya dan sebanyak apa yang telah diciptakanNYA, di atas segala limpah kurniaNYA kepada ana yang tidak terhingga yang dengannya membolehkan ana sekali lagi mencoret pengalaman kehidupan ana di dada blog ini. Yang mana baik ambiklah buat ikhtibar, mana yang buruk (atau pembaca anggap kelentong dari ana tu) buanglah jauh-jauh.

Pagi semalam sepatutnya ana ke Kuala Lipis untuk menduduki peperiksaan PTK (dah mansuh dah tahun depan), tetapi ana terpaksa "ponteng" kerana tiada kenderaan untuk ke sana. Kereta ana masih lagi kat bengkel. Dah hampir 5 bulan dah ana "lumpuh" tak leh bergerak ke mana-mana sangat, melainkan sangat terbatas (menumpang rakan). Mudahan minggu depan siap sebagaimana yang diberitahu oleh mekanik yang ana call minggu lepas. Sebab apa lama & lambat...ada kisah disebaliknya. Rasanya tak perlulah ana cerita kat sini, sebab ana niat nak cerita benda lain nih.

Petangnya lebih kurang pukul 2:55 pm ana dapat call dari ayah kepada seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah agama di Jerantut yang pernah ana rawat dulu kerana kerasukan. Nanti ada masa nanti ana ceritakan...apa yang ana ingatlah sebab peristiwa ni dah lama. Walaupun begitu, peristiwa tu adalah antara peristiwa yang paling gempar sepanjang pengalaman ana yang tak seberapa ni dalam merawat kes-kes gangguan makhluk halus. Beliau ingin mendapatkan khidmat rawatan dari ana. Mula-mula tu terkejut gak ana, sebab jauh tu...Jerantut. Kat sana pun ada perawat berpengalaman apa. Tak la perlu menyusahkan diri dan keluarga datang jauh-jauh. 

Belum sempat ana cakap, dia dah bagitau yang dia dan sanak saudara sedang berada di Gua Musang kerana membawa iparnya berurut. Iparnya kena stroke. Jadi alang-alang on the way back to Jerantut, diorang nak singgah kat Merapoh, nak dapatkan rawatan bagi anak lelakinya, anak perempuannya dan juga isterinya....kira satu keluargalah. Dengan niat nak tolong orang yang mengharapkan pertolongan, ana sanggup je. Jadi kami janji lepas Asar kat surau kuarters (doh siap molek doh). 

Waktu Asar abang tu call, katanya diorang dah berada kat Masjid Merapoh. Awal dari yang dijanji nih. Walaubagaimanapun tak jadi masalah, ana bukannya ada hal penting sangat pun. Jadi ana suruh diorang datang ke Surau Kuarters Guru SMK Merapoh. 

Lepas solat Asar, kami mulakan rawatan. Ana mulakan dengan pelajar lelaki tu. Tah kenapa, hati ana tergerak untuk menggunakan kaedah mata bathin. Bukan mata ana...mata bathin budak tu. Ana mintak dia check pada badan dia. Dia kata ada "benda" bercahaya merah kat ibu jari kaki dia. Banyak! Ana tarik buang, alhamduliLLAH settled

Pastu ana suruh dia "tengok" bahagian mana dari tubuhnya yang dah "bocor" dan jadi laluan masuk makhluk ALLAH t.a. yang tak nampak dek mata kasar tu dan juga mana-mana bahagian badannya yang "tercedera" akibat dari pendudukan dan kemasukannya. Pelajar tu kata makhluk tu masuk melalui kemaluannya dan bahagian dalam kepalanya ada kecederaan. Barangkali tu sebab pelajar tu asyik sakit kepala je kot. WaLLAHU a'alam. Jadi ana dengan izin ALLAH t.a. menutup laluan masuk tersebut dan kemudiannya merawat kecederaan dalam kepalanya. Bila ana minta pelajar tu recheck balik, katanya alhamduliLLAH ok dah. Ana kemudiannya pagar budak tu.

Lepas tu ana suruh dia tengok adik perempuannya pulak. Mula-mula ana suruh dia "tengok" dalam diri adiknya. Katanya takde apa-apa. Lepas tu ana suruh dia tengok sekitar adiknya. Katanya ada, kat belakang adiknya, ada makhluk hitam besar. Ana kemudiannya memberi peringatan dan amaran beberapa kali kepada makhluk tu, tapi tak diendahkan. Lalu ana kemudiannya menjurusnya dengan kalamuLLAH. AlhamduliLLAH si abang tadi kata dah tiada.

Seterusnya ana mintak budak tu "tengok"kan maknya pula. Macam tadi ana suruh dia tengok dalam diri maknya dulu. "Ada Ustaz!", katanya. "Benda berekor panjang." Ana tanya dia adakah benda tu bentuknya macam beruk besar. Katanya, "Ya!". Jadi ana buat proses yang sama macam si adiknya tadi. Pastu mintak dia recheck balik. Katanya dah takde dalam badan tapi dok kat luar pulak, sebelah kanan ibunya. Ana pun sekali lagi melancarkan "Jurus Seribu Pedang" ke arah makhluk tu. AlhamduliLLAH makhluk tu hilang dari "pandangan" pelajar tu. 

Lastly ana suruh dia "tengokkan" ayahnya pula. Alang-alang "tengok" biar sekeluarga terus. AlhamduliLLAH, ayahnya clean. WaLLAHU a'alam. Pastu ana pagarkan semuanya dengan kalamuLLAH. Mudahan selamat semuanya dengan izin dan kehendakNYA jua.

Kemudian sebelum mereka balik, abang tu mintak ana "tengokkan" iparnya yang baru mengurut dengan seseorang kat Gua Musang petang tadinya. Hajat saudara seagama ana tunaikan, menggunakan apa yang terdaya dan ada sekadarnya dengan sekelumit ilmu dari lautan ilmu ALLAH t.a. yang tak bertepi luasnya. Masa scan rasa, ana dapat rasakan bahagian kepalanya panas berbanding bahagian lain tubuhnya. Jadi ana fokuskan rawatan pada bahagian kepalanya. Lepas tu ana sediakan air penawar khusus untuknya dan mengajar mereka beberapa zikir mudah yang boleh diamalkan.

Rawatan selesai lebih kurang pukul 6:30 pm. Lama sikit sebab 4 orang. AlhamduliLLAHI 'ala kulli haal. Semoga dikurniakan Allah t.a. kepada mereka kesembuhan dari penyakit mereka....Aamin Ya Robbal 'aalamin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan