Mendemah dilakukan dengan tuala yang dibasahi air suam (30ºC) yang kemudiannya dilapkan ke seluruh badan. Suhu badan akan menurun bila air meruap dari permukaan kulit. Oleh itu, jangan “dibungkus” anak yang demam dengan tuala basah atau direndam dalam air kerana peruapan akan terhalang. Tingkatkan suhu air bila suhu badannya semakin tinggi. Ini supaya suhu demahan yang dikenakan tidak terlalu berbeza dengan suhu badan anak yang demam. Jika suhu demahan terlalu rendah, ia akan menyebabkan pembuluh darah anak menguncup. Akibatnya haba panas tubuh tidak dapat keluar. Lalu anak boleh jadi semakin menggigil kerana badan akan cuba mempertahankan keseimbangan suhunya."Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan nur ke dalam dada dan dapat menyingkap hijab (tirai penutup) dari hati." Syeikh Ibnu 'Athoillah Al-Iskandari
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.
Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.
Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
13 Oktober, 2010
BILA ANAK DEMAM
Mendemah dilakukan dengan tuala yang dibasahi air suam (30ºC) yang kemudiannya dilapkan ke seluruh badan. Suhu badan akan menurun bila air meruap dari permukaan kulit. Oleh itu, jangan “dibungkus” anak yang demam dengan tuala basah atau direndam dalam air kerana peruapan akan terhalang. Tingkatkan suhu air bila suhu badannya semakin tinggi. Ini supaya suhu demahan yang dikenakan tidak terlalu berbeza dengan suhu badan anak yang demam. Jika suhu demahan terlalu rendah, ia akan menyebabkan pembuluh darah anak menguncup. Akibatnya haba panas tubuh tidak dapat keluar. Lalu anak boleh jadi semakin menggigil kerana badan akan cuba mempertahankan keseimbangan suhunya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan