السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

28 Januari, 2011

KES SIHIR DI GUA MUSANG

Semalam dengan izin Allah t.a, ana telah berangkat buat kali keduanya ke rumah Abg Z kerana memenuhi panggilannya yang memohon bantuan lantaran kes serangan balas penyihir yang semakin menggila (kali pertama ana pergi dengan Wan Al-Kutani yang kebetulan ada tugasan di Gua Musang).

Petangnya selepas solat Asar, beliau call ana memaklumkan perkembangan terkini keadaan isteri dan keluarganya. Dengan suara yang penuh kesedihan, kerisauan, kecelaruan dan sebagainya lagi yang hanya Allah s.w.t. lah Yang Lebih Mengetahuinya, beliau memaklumkan yang isterinya menjadi bisu, langsung tak boleh bercakap dan semasa isterinya rehat disebabkan sakit kepala yang amat sangat, tetiba selimut yang menyelimuti isterinya terbakar dengan sendirinya (sebenarnya ada makhluk yang bakar). Alhamdulillah kejadian tersebut disedari dengan cepat oleh Abg Z dan iparnya yang kebetulan berada di rumah. Abg Z semenjak kejadian yang menimpa isteri dan keluarganya ini, agak kerap berada di rumahnya kerana risaukan keselamatan ahli keluarganya dan juga harta bendanya. Ana perasan yang fikirannya cukup terganggu dan bercelaru, anak-anaknya juga turut mengalami fobia kerana kerap sangat dikejutkan dengan penampakan dan kebakaran yang mengejut yang tidak diketahui puncannya itu.

Ana sedaya upaya membantunya sekadar ilmu & kemahiran yang ada kurniaan dari Yang Maha Esa. Ana jampi segelas air dengan kalamNya Yang Mulia dan berdoa dengan Doa Nurun Nubuwwah. Air tersebut kemudiannya diminum oleh si isteri. Selepas itu ana rawat pula tubuh badan si mangsa tersebut. Beberapa ketika selepas rawatan, isteri Abg Z kelihatan hendak muntah. Beliau kemudiannya bergegas ke dapur dan muntah di dalam sinki dapur. Abg Z dan salah seorang isteri jirannya membantu isteri Abg Z. Ketiga-tiga mereka kecoh dan terkejut bila muntahan isterinya itu mengandungi paku sepanjang 2 inci yang dah kehitaman. Mungkin itulah bahan yang digunakan untuk mengunci suara/membisukan mangsa.

Selepas muntah mangsa menyatakan keadaannya berasa lega, boleh bercakap dengan lancar dan tubuh badan berasa ringan. Melihat keadaan dan kejadian tersebut cukup-cukup membuat hati ana tersentuh. Seperti sebelumnya ana mengajak mereka semua bersama-sama merafa'kan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas izin dan bantuanNya menghilangkan pengaruh sihir tersebut. Seperti mana yang selalu ana ingatkan, khususnya buat diri sendiri, "Tiada kuasa makhluk yang dapat menandingi kuasa Allah s.w.t., walau sehebat manapun keilmuan dan keupayaannya pada pandangan manusia umumnya."

Selepas sesi rawatan tersebut, ana dihujani pelbagai soalan dan dikemukakan pelbagai kes-kes dan peristiwa yang mana memerlukan penjelasan, pandangan dan perkaitannya dari segi syara', aqidah dan juga rohaninya (dari perspektif Islam). Jadi ana cuba sedaya yang mampu menjawab, dan kepada Allah jua ku panjatkan kesyukuran kerana sedikit ilmu dan pengalaman serta ilham dan keupayaan membolehkan ku menjawab mana-mana yang yang boleh. Selebihnya ana mintak tangguh dan selebihnya pula ana minta mereka rujuk dengan Tok-tok Guru yang lebih mahir dan mendalam ilmunya. Semoga Allah s.w.t. memaafkan dan mengampuni mana-mana yang tersilap dan tersalah dari ana kerana keterlanjuran dan kejahilan diri ini yang masih belum diperbaiki.

Ana teringat kata-kata dari sahabat dan juga guru ana, iaitu katanya lebih kurang, "Sambil merawat, sambil kita mengajak pesakit mendekatkan diri kepada Allah s.w.t."

Wallahu a'alam.

Pagi sakni Abg Z call lagi. Suaranya cemas sekali. Katanya keadaan isterinya kembali teruk, bahkan lebih teruk dari semalam. Bisu, kaku dan tak sedarkan diri. Allahu...Allah...apalah dayaku Ya Allah...bantulah mereka sekeluarga...Ya Allah."

Sebagaimana yang telah ana jangkakan, iaitu si pengkhianat tersebut berkebarangkalian tinggi akan mengulangi perbuatannya setelah usahanya sebelumnya dipatahkan/dibatalkan. 

Allahumman surna 'ala kaumi dzholimiin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan