السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

29 Jun, 2011

DILUAR JANGKAANKU

Minggu lepas, sahabat ana dari Jerantut ada call mohon ana ikhtiar merawat ibu mertuanya yang hilang pengelihatan mata kirinya secara mengejut. Katanya kejadian itu berlaku setelah si ibu tadi menjaga saudaranya yang sakit di dalam wad di sebuah hospital swasta di Kota Bharu. Doktor yang memeriksanya juga gagal menentukan punca penyakitnya. Matanya bertahi, berair & bengkak. 

Jadi ana berjanji untuk ke rumah ibu mertuanya hujung minggunya. Ana bersama Wan Al-Kutani telah berangkat selepas solat asar dalam keadaan hujan lebat. Alhamdulillah sampai juga ke rumah pesakit yang letaknya dekat Jambatan Salor. Kami disambut oleh anak beranaknya termasuk sahabat ana Cikgu F. 

Seperti biasa, ana cuba mendapatkan maklumat lanjut dari ahli keluarga & si sakit sendiri sambil Wan mengimbas keadaan sekitar....(hehehe...ada scanner). Setelah tu ana menyediakan bahan-bahan untuk mandian & penawarnya. Bila sampai masa untuk merawat, seorang demi seorang anak-anak pesakit termasuk isteri sahabat ana & ipar pesakit diminta & mohon untuk join sekali dalam proses rawatan. Jumlah semuanya 5 orang & semuanya perempuan. Ianya merupakan kali pertama ana merukyah pesakit serentak, agak gelabah gak ana sebab tak biasa merawat ramai serentak. Alhamdulillah Wan membantu....ringan sikit kerja.

Bila ana rukyah, ada yang asyik sendawa, ada yang muntah, ada yang merasakan sensasi pada tangan, ada yang rasa sejuk pada lengan & tangan...keadaan agak kecoh, tambahan bila dua dari pesakit nak muntah & memangnya kemudian muntah. Kami biarkan je...rawatan diteruskan. Ana kemudiannya dengan dibantu oleh Wan, menarik gangguan/penyakit keluar dari badan pesakit seorang demi seorang, walaupun mengikut Wan kaedah tu agak memakan masa & memenatkan. Nak buat macamana, ana sememangnya tiada pengalaman merawat ramai serentak. 

Insyallah ana akan cuba kaedah yang disarankan oleh Wan pulok..."Kaut semua skali skali guh jah syeh..." Tinggi makrifatnya tu wahai sahabatku Syeik Wan Al-Kutani...ana belum praktikan lagi...insyallah lain kali. Jazakallahu khair atas perkongsian ilmunya.

Setelah selesai, kami dijamu & seterusnya solat berjemaah Maghrib di rumah pesakit yang sebenarnya pernah dikunjungi oleh Al Habib Umar ibnu Hafidz dan lain habaaib lantaran salah seorang ahli keluarga tersebut merupakan anak murid kepada Al Habib Umar sendiri. Masyallah...kadang-kadang haal seumpama ini membuatkan ana & Wan malu sendiri...siapalah kami yang jahil & faqir di sisi Allah S.W.T. ni dengan ilmu yang sekelumit. Mudah-mudahan Allah S.W.T. dengan kasih sayangNya menerima amal kebaikan kami ini...aamiin.

Selesai solat Maghrib, kami memenuhi pula hajat salah seorang ahli keluarga tersebut untuk merawat mertuanya di kampung sebelah yang katanya mengalami masalah kegagalan hati (hepatits kot) yang doktor sendiri juga tidak mengetahui puncanya. Atas nasihat doktor juga, pesakit dibawa balik ke rumah. Doktor berkenaan juga mencadangkan agar keluarga pesakit membawa pesakit menjalani rawatan alternatif termasuk kaedah rawatan Islam. Alhamdulillah...doktor sekarang dah ramai yang berfikiran terbuka & menerima kaedah rawatan Islam sebagai salah satu jalan ikhtiar (pernah jumpa doktor yang memandang sinis rawatan Islam).

Sesampai ke rumah pesakit, perkara sama kami buat dan dalam proses rukyah & tarik gangguan/penyakit, isteri pesakit merasakan ada sesuatu yang ikut keluar bersama tarikan yang ana buat dengan menghelakan nafas lega yang kesemua yang hadir ana rasa dapat mendengarkannya. Ana ulangi 3 kali...& ketiga-tiga kali tu juga kedengaran beliau menghelakan nafasnya seumpama seseorang yang baru terlepas dari suatu bebanan yang berat...wallahu a'alam. Kepada Allah jua ku mohonkan kesembuhan buat mereka yang berhajatkannya.

Setelah sedikit sesi soal jawab, kami berangkat pulang.... Alhamdulillahi 'ala kulli haal..wa fii kulli haalin wa ni'matillah. Suatu pengalaman baru merawat pesakit yang ramai serentak. Namun ada lagi ruang yang dapat diperbaiki...insyallah. Terima kasih juga buat sahabatku yang sentiasa sudi membantu, Wan Al-Kutani. Semoga Allah memberkahi & merahmatimu jua...aamiin.



3 ulasan:

  1. SubhaanallaaH. AllaaHu.

    BalasPadam
  2. Allah Hu..dua sahabat dunia akhirat ni...semuga sentiasa didalam rahmat Allah..

    BalasPadam