السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

02 Februari, 2012

GANGGUAN PERTAMA DI SEKOLAH TAHUN 2012

Alhamdulillahi 'ala kulli haal....

Pada kesempatan kali ni ingin ana kongsikan suatu pengalaman yang boleh kita sama-sama jadikan ikhtibar. Setelah sekian lama, semenjak dari awal persekolahan tahun ni...suasana kat sekolah ana alhamdulillah seperti biasa keadaannya...sehinggalah semalam.

Pagi semalam, pelajar-pelajar menyertai aktiviti Larian Merentas Desa Peringkat Sekolah. Selain dari pelajar guru-guru, staff & beberapa pihak luar juga turut terlibat seperti JPAM & PDRM.

Larian oleh para pelajar berjalan lancar, alhamdulillah...

                                           

Masalah timbul bila salah seorang guru perempuan yang bertugas mengekori para pelajar berkelakuan pelik & meracau bila sekembalinya ke sekolah. Menurut cerita dari rakan setugas beliau, semasa mengekori para pelajar melalui jalan denai yang bersemak & berbukit yang lokasinya tak jauh di belakang kawasan sekolah, motosikal yang mereka naiki terbalik & mereka berdua jatuh ke arah semak di tepi jalan denai tersebut. Erm...tah apa sebenarnya berlaku...

Ana yang berada di klinik sekolah tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran akak pembantu makmal dalam keadaan cemas & tercungap-cungap. Katanya, "Cikgu Din! Mitok tulong gi ko makma cepak...XXXX meracau & pelikan (berkelakuan pelik). Kak Zah & Cikgu XXXX doh baco doh Ayat Kursi, tapi tok jadi gapo... Tulong la Cikgu Din..." Begitulah kurang lebihnya aduan beliau. 

Ana termenung jap..."Ya Allah...apo aku nak buat ni? Aku tak tahu & tak reti nak wak gapo ni Ya Allah... Bantulah aku Ya Allah..." 

Dalam perjalanan ke makmal, teringat ana kepada doa yang guru ana Al Fadhil Al Ustaz Shaari Al Ahmadi biasa wiridkan dalam halaqah zikir Tariqah Ahmadiah di Atas Banggol..."Robbi yassir wala tu 'assir Ya Kariim..." Ana ulangi doa tersebut sehinggalah ana berada di depan pintu bilik persediaan makmal. Kelihatan xxxxx duduk dikerusi dengan seorang rakan guru sedang cuba menenangkannya. 

Mangsa kelihatan termenung tajam ke hadapannya. Ana panggil namanya, tapi tak berjawab. Nampaknya beliau dah kerasukan...benda lain dah yang menguasai jasad beliau. Ana rukyah, bacakan An Nida' & cuba menarik keluar...tapi berdegil. Lalu kemudiannnya ana azan pada telinga kanannya...berdesir-desir kesakitan makhluk Allah yg menganggu tu, tapi masih berdegil dari keluar dari jasad tersebut. Kalu melihat pada tingkah laku makhluk tu, mungkin ada yang akan kata Jin Ular...wallahu 'alam.

Setelah berkali-kali memberi amaran & ingatan, maka ana meminta pembantu makmal tersebut dapatkan rod besi yang kemudiannya ana gunakan sebagai isyarat menyembelih jin tersebut. Alhamdulillah selepas ana sembelih jin tersebut yg bunyinya seumpama lembu kena sembelih...mangsa kemudiannya sedar, tapi tubuhnya sangat lemah & longlai. Ana sediakan air yang dirukyah untuk minumnya agar tubuh badannya kembali kuat & pulih. Ana minta dia berehat & rakan-rakan guru yang lain yang dah mula berhimpun untuk bersurai & bagi peluang mangsa berehat (dengan jangan banyak bertanyakan itu & ini). Kebetulan juga suami mangsa sampai pada waktu tu. Erm...serah kepada yang bertanggungjawab ke atas mangsa.

Sebelum ana meninggalkan bilik persediaan makmal tersebut, suami mangsa bertanyakan hal  isterinya tu & memohon ana melanjutkan rawatan pada belah petang, iaitu selepas Asar. Jadi petang semalam ana telah buat rawatan lanjutan. Alhamdulillah nampaknya ada perkembangan positif. Ana tinggalkan dengan memberikan sedikit amalan untuk diamalkan mangsa & bahan-bahan untuk mandian. 

Kesimpulan yang ana boleh buat adalah mangsa berada dalam keadaan yang sangat lemah sehingga dengan mudahnya makhluk halus dapat menceroboh jasadnya semasa melalui kawasan mereka di jalan denai yang dilalui mangsa. Apatah lagi bila kejadian motosikal yang terbalik yang mungkin melibatkan berlakunya pertembungan dengan mereka. Wallahu 'alam.

Jadi kes semalam merupakan kes pertama yang berlaku di sekolah ana pada tahun ni...mudahan tiada lagi selepas ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan