"Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan nur ke dalam dada dan dapat menyingkap hijab (tirai penutup) dari hati." Syeikh Ibnu 'Athoillah Al-Iskandari
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.
Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.
Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
30 Mac, 2012
BEGATUNG NGA ALLAH, DIO MAHA BERKUASO SETIAP MASO...
27 Mac, 2012
LANJUTAN KES KAT ASRAMA
26 Mac, 2012
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN TIAF MALAYSIA KALI PERTAMA
![]() |
Ikhwan TIAF yang ana hormati & kagumi komitment, usaha, sumbangan & lain-lain lagi dalam menegakkan syiar Islam melalui jalan perubatan. |
Selepas musyawarah ana mengambil kesempatan pula menziarahi Ustaz Khir Firdaus, mudir Sek. Ren. Islam As Sofa Bangi. Alhamdulillah dengan bantuan Abang Sofi Bangi, ana akhirnya dapat juga bertemu mata dengan Ustaz Firdaus & mengambil kitab-kitab yang dikirim. Selepas tu kami bertolak balik ke Merapoh.
24 Mac, 2012
LAGI KES KERASUKAN KAT ASRAMA
22 Mac, 2012
KES KE DUA KAT ASRAMA SISWI
Dalam perjalanan, ana berdoa dalam hati agar Allah S.W.T. selesaikan permasalah pelajar tersebut sebelum ana sampai kerana memang ana sangat-sangat lemah rasanya. Kalau diikutkan rasa, tak larat rasanya nak membuat sebarang rawatan, tapi melihat dan mengenangkan kepada mereka yang sangat-sangat berharap kepada pertolongan ana, ana gagahi juga. Ada hikmahnya ni kenapa Allah S.W.T. datangkan orang memohon bantuan dari si pendosa ni. Mudahan Allah S.W.T. terima usaha ana ini & menjadi sebab terampunnya dosa-dosa ana yang bertimbun ni.
Bagi memenuhi hajat saudara seIslam & mententeramkan hati mereka, ana naik ke dorm pelajar tersebut. Bukak je pintu kelihatan Cikgu Ain & Wadihah serta lain-lain penghuninya berkumpul agak jauh memerhati si mangsa. Mangsa terbaring lemah di lantai dorm sambil memegang bahagaian atas kiri dadanya. Erm...nampaknya ada sesuatu yang sedang & masih lagi mencengkam pada bahagian yang dipegang mangsa. Kata Cikgu Ain...dah settle dah. Alhamdulillah...kalimah yang keluar dari mulut ana & syukur ana panjatkan kepada Allah S.W.T. kerana telah menyelesaikan suatu masalah yang pada pandangan ana agak mengecohkan. Sekali lagi lega rasanya.
Memandangkan nampak macam ada sesuatu yang masih mencengkam pada atas kiri dadanya, ana dekati pelajar tersebut, duduk di sebelah kiri kepalanya. Bertanyakan serba sedikit hal yang telah terjadi & kemudiannya ana ikhtiar menarik benda yang mencengkam tersebut. Alhamdulillah berjaya...lalu ana sediakan air rukyah, minta dia munim & sapukan pada bahagian yang sakit tadi.
Sebelum keluar dari dorm tersebut sempat Cikgu Ain bertanyakan soalan yang sebenarnya sukar nak ana sendiri jawab. "Macamana nak tahu yang seseorang tu betul-betul kena atau buat-buat je...?" Erm...buat-buat? Betul, pelajar ni ada masalah...tapi kali ni memang ada unsur-unsur ganguan. Mungkin dengan amalan tertentu, Allah S.W.T. izinkan si pengamal tu "merasa" atau bahkan "nampak" unsur-unsur gangguan yang wujud. Wallahu alam....