السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.

Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.

Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

31 Julai, 2012

RAGAM PELAJAR

Dua bulan di sini, pelbagai ragam pelajar yang sebelum ni tak atau jarang sangat dilihat di Merapoh berlaku di depan mata. Dalam hati kekadang sedih, marah, terkilan, geram...SABAR...tu je setakat ni penawar yang diambil bagi mengelakkan berlaku konflik antara ana & pelajar.

Umumnya, sebahagian dari pelajar ni seolah-olah tak pernah mendapat pendidikan adab & sopan di rumah dari penjaga atau ibu-bapa mereka. Tah apa permasalahannya...adakah kerana terlalu sibuk mengejar nafkah, sehingga perhatian kepada anak-anak terabai? Sesuatu yang tidak patut berlaku...kerana anak-anak aset kita ibu-bapa di dunia hinggalah ke akhirat kalau betul asuhan, didikan & ajarannya. Kalau sebaliknya...nauzubillah!!! 

no preview Sikap tidak menghormati guru & orang tua sangat ketara, dari adab memberi salam hinggalah percakapan. Bahkan kadang-kadang teguran dari guru langsung tidak diendahkan. Di manakah silapnya? Bebaru ni ana mengertak sekumpulan pelajar yang berjudi di dalam kelas, sekalipun sudah diberikan amaran 3 kali. Sebaik saja ana berpaling untuk menulis di papan hitam, mereka terus berjudi di belakang kelas, seolah-olah ana tiada di dalam kelas. Memang sikap mereka ini mencabar & langsung tidak menghormati guru...biadab!

Namun bila digertak siap ada pulak yang menangis. Erm...mereka ni seolah-olah tak pernah ditegur atau marah oleh penjaga atau ibu bapa mereka. Bila digertak/marah, mereka terkejut!!! Ustaz/Cikgu marah! Seolah-olah ini kali pertama dalam hidup mereka, mereka berdepan dengan seseorang yang marah pada mereka atas kesalahan yang mereka lakukan. Ya Allah...kesian bebudak ni...rosak mereka tanpa ada orang yang sanggup membetulkan fikrah & perjalanan hidup mereka sesuai dengan kehendak Islam. Sungguh sedih melihat anak bangsa & anak saudara seIslam yang begitu bercelaru keadaan hidup mereka mutakhir ni... Ya Allah, berikan aku kesabaran & bantulah aku membantu mereka. 

no previewKes lain, ada beberapa pelajar perempuan yang baru tingkatan 1 & 2 bersolek di dalam kelas. Siap pakai bedak alas, eye shadow & mascara. Kemudian tak kurang juga yang dengan gediknya cuba mengoda, bahkan berani mengeluarkan kata-kata lucah. Ya Allah...apakah sebabnya jadi camni? Langsung takde rasa malu & hormat lagi dah pada cikgu. Adakah di rumah pun mereka ni camni? Tah tak pernah pulak diselidiki sampai ke rumah diorang. 

Ya Allah...berilah kami taufik & hidayahMu....selamatkanlah kami dari fitnah dunia & Dajjal....
Cabaran menjadi guru...berdepan dengan generasi akhir zaman...

16 Julai, 2012

LAWATAN KERJA KE SMK TUN HUSSEIN ONN & BERSANTAI KE LANGKAWI

Alhamdulillah...bebaru ni ana berkesempatan bersama-sama rakan-rakan guru SMK Gaal menyertai lawatan kerja ke SMK Tun Hussein Onn, Seberang Prai, Pulau Pinang. Berkesempatan dengan izin Allah, sebab ana antara yang paling akhir sekali naik bas... Dari Kota Bharu, dengan dihantar oleh zaujah ana (sebab dia nak guna kereta), kami singgah ke kuarters guru SK Sri Aman untuk ambil barang & solat Isya' tapi tombol pintu kuarters rosak. Tak leh buka langsung. Syukur alhamdulillah, jiran sebelah ada tangga...jadi ana panjat ikut balkoni belakang. Nasib baik ana punya unit tingkat satu...boleh lagi pakai tangga. Ujian sungguh...tu yang jadi lewat tu.

Bertolak lebih kurang pukul 11:00 pm, kami sampai ke Seberang Prai hanpir-hampir waktu subuh & kami solat subuh di masjid berkenaan. Selepas sarapan kat restoran mamak, MAQBUL...kami kemudiannye ke SMKTHO. Kami dikejutkan dengan sambutan kompang & diarak sampai ke medan perhimpuanan sebelum bergambar & taklimat tentang progran rintis iTHINK. Setelah selesai taklimat & perkongsian ilmu tentang iTHINK, kami dijamu oleh pihak SMKTHO sebelum bertolak ke jeti Kuala Perlis untuk naik feri ke Pulau Langkawi pula.
Group cikgu SMK Gaal bersarapan...
Nyada kenyae peruk...

Alhamdulillah..selesai sarapan kat Maqbul...

Makan malam kat belakang Pasar Rabu, Langkawi
Membeli belah di Langkawi

Kami sampai ke jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 2 lebih & naik feri pukul 3 pm. Sampai kat sana lebih kurang pukul 4 pm. Allahu robbi...penat rasanya.

Menikmati suasana pagi dari kondo...subhanaLLAH...cantik!
Berehat kat lobi kejap sebelum naik bilik.
Kami semua bertolak balik ke Pasir Puteh pada lebih kurang pukul 6:30 petang setelah lebih kurang 2 jam setengah menunggu bas yang sepatutnya datang pukul 4 petang. Perjalana balik dirasakan cukup lama. Kami selamat sampai ke halaman sekolah pada jam lebih kurang pukul 4:45 pagi. Paginya sekolah pulak...Ya Allah letih sungguh...dah la dalam bas tak lena sangat tidonya. Ujian sungguh.... Apa yang pasti semalam lewat sampai sekolah pagi tu...sebab ana terpaksa balik Kota Baharu dulu, pastu patah balik ke Pasir Puteh. Letih & ngantuk sangat...nak rehat dulu.

Tunggu member sebelum bertolak ke jeti....
Suasana kat jeti Pulau Langkawi

Beratur nok naik feri...aiii...buke...buke...bare ambo sikik jah. Hok banyok tu sebab capur nga bare ore lain...

Dalam feri, dok bersebelahan dengan GPK Kurikullum Tn. Hj. Ahmad Zaki

08 Julai, 2012

MAJLIS PENANGGUHAN LATIHAN TAPAK SUCI GELANGGANG PANCHOR

Majlis Penangguhan Latihan sempena kedatangan Ramadhan bagi Gelanggang Tapak Suci Panchor telah diadakan pada malam Jumaat 5hb Julai 2012 bersamaan 15 Syaaban 1433. Persiapan majlis yang telah dilakukan di tapak latihan terpaksa berpindah ke Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah berikutan hujan. 

Haji Wan Aziz & YB Dato' Nik Amar

Alhamdulillah kunjungan dari guru-guru Haji Wan Aziz, Fakhruddin, Arif memeriahkan lagi suasana bersama-sama guru-guru sedia ada gi Gelanggang Panchor iaitu YB Ustaz Dato' Nik Amar, Cikgu Soh dan Ku Zahar Al-Fatani. Pak Chu Ibrahim (Gelanggang Tanah Merah) tidak dapat bersama kerana turut sama mengadakan majlis penangguhan latihan di Kampung Sat, Tanah Merah manakala Pak Cik Yassin (Gelanggang Gunong) mengirim salam kepada semua dan menyatakan keuzuran beliau untuk hadir. Saiful Hazmi (Binjai) ada kecemasan rawatan kerohanian pesakit. Pendekar Sukree mewakili Haji Hamat Shafie yang yang juga tidak dapat bersama.

Warga Tapak Suci yang hadir.

Majlis berlangsung dengan huraian sejarah kedatangan awal Tapak Suci ke Kelantan dan kesinambungannya oleh Haji Wan Aziz Bin Wan Daud, perkongsian pengalaman pada yang hadir, serta latihan ringkas sebagai penutup oleh anak-anak Pondok Tok Ayah Kedah. Majlis diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar.

03 Julai, 2012

PESANAN AL-HABIB ALI AL-JUFRI

بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

Photo: Pesanan Al-Habib Ali Al-Jufri buat kita semua teman ^_^

بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

"Apa jua masalah yang berlaku pada diri kita, maka lihatlah pada dalam diri kamu. Kerna di situlah punca kepada setiap permasalahan yang berlaku di luar. Lihatlah hati kamu, dan selidikilah ia. adakah ia bermasalah atau sebaliknya."

Habib menyebut firman Allah: Dan berjayalah bagi mereka yang mensucikan diri. Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Sekiranya kita mengetahui apa hikmah yang terkandung dalam setiap kebaikan, maka kita akan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan tersebut.

Orang yang mensucikan diri mereka, kemudian menambahkan nilai kesucian tersebut dengan menyumbang dan mberi manfaat kepada orang lain, maka orang itulah manusia yang dikehendaki oleh Allah.

Kenalilah dirimu, nescaya akan kenal dirimu kepada Allah.

Dengan mengenal diri sendiri, kita kenal kita adalah kerdil dan Allah Maha Besar. Kita akan kenal kita adalah fakir hina dan Allah maha Kaya lagi maha Mulia.

Mengenal diri sendiri akan menghilangkan rasa ujub, riya', bangga diri dalam hati, membuang keakuan pada diri.

Tanamkan rasa mahabbah juga boleh dilatih dengan mengenal nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Nikmat yang dikurniakan boleh sahaja dicabut bila-bila masa disebabkan banyaknya maksiat yang kita lakukan.

Namun, maha pengasih Allah terhadap hamba-Nya, ditangguhkan balasan tesebut bagi memberi ruang untuk kembali bertaubat. Maka, syukurilah dan hayatilah setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Hendaklah anda (sebagai penuntut ilmu) mahirkan diri dan bijak dengan bidang yang ada ceburi.

Anda di kemudian hari akan berjaya menjadi jurutera yang mensucikan hati, peguam yang mensucikan hati, doktor yang mensucikan hati, apa jua kerjaya yang kalian hajati akan dikira berjaya apabila anda mensucikan hati (tazkiyatun nafs).

Pada masa itu, Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء 
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين