05 September, 2011

MAJLIS PERHIMPUNAN GURU/WAKIL GURU & AHLI TAPAK SUCI 2011

Alhamdulillahi 'ala kulli haal...pada Sabtu, 3hb Sept 2011, ana telah diizinkanNya untuk hadir perhimpunan guru/wakil guru serta ahli Tapak Suci di Pondok Pancor, Kota Bharu, Kelantan. Syukran jazilan atas jemputan.


Majlis dimulai dengan tahlil dan doa selamat, diikuti dengan sedikit perkongsian pengalaman beberapa orang lama dalam Tapak Suci yang juga merangkap guru/wakil guru di serta negara. Namun ramainya di Kelantan sendiri. Ana bersyukur kerana dapat mengenali, berkenalan dan beramah mesra dengan orang-orang lama di samping menimba pengalaman mereka sebagai panduan kepada diri ana yang masih baru dalam Tapak Suci ni. Perkongsian pengalaman mereka insyallah akan dijadikan teladan & nasihat mereka akan dijadikan panduan & ingatan sebagai salah seorang ahli Tapak Suci. 

Abang Saiful Hazami sedang menyampaikan pengalaman beliau dalam Tapak Suci.

Sebahagian ahli-ahli lama Tapak Suci.


Masuk jugok gambar ana...dok nyelit tengoh orang rama...

Dato' Nik Amar bersama-sama guru/wakil guru Tapak Suci.

Penerimaan ahli-ahli baru yang turut sama diadakan.


Kemudiannya majlis diserikan lagi dengan demonstrasi 10 jurus asas yang asal sebagaimana yang diperturunkan oleh Allahyarham Abe Ya oleh salah seorang anak murid Abe Him (orang lama), gerakkan silat oleh Abe Mat (salah seorang jurulatih ana semasa di gelanggang baru Tanjung Chat, Kota Bharu) & juga Abe Saiful Gerak Haq. 

10 Jurus Asas Tapak Suci (Asal)


Gerak oleh Abg Mat

Gerak oleh Abg Saiful



Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi pergambaran & jamuan oleh Dato' Nik Amar yang juga merupakan seorang dari Guru Persilatan Tapak Suci.



2 ulasan:

  1. Tok Guru saya ajar 7 saja, tapi jarang practice

    BalasPadam
  2. Mungkin ada sebabnya tu...kalu di Kelantan ni secara umumnya diajarkan 10 jurus asas walaupun ada sedikit sebanyak perbezaan. Bahkan yang saya terima agak berbeza sedikit dari yang asal sebagaimana ditunjukkan di atas, iaitu pada jurus 4, jurus 7, jurus 8 & jurus 10. namun itu semua bukanlah suatu permasalah besar, ianya hanya bab furu' sahaja.

    BalasPadam