21 Mac, 2013

AKHIR-AKHIR NI...

Lama dah berdiam diri dari memberikan bantuan rawatan kepada mereka yang bermasalah, akhir-akhir ni Allah telah kembali 'menggerakkan' ana untuk kembali berkhidmat kepada hambaNya yang memerlukan.

Kes terbaru, ana pergi merawat seorang pemuda di bandar Pasir Puteh ni. Anak kepada rakan guru di sini. Masalahnya, pesakit dikatakan mendengar bisikan suara, langsung menjadi tidak tenteram dan berubah kelakuan kepada pendiam menjadi murung. Mengikut doktor, beliau dipercayai mengidap bipolar disorder Semasa malam ana bertandan ke rumah beliau dan bertanyakan masalah beliau, kelihatan pesakit sukar untuk memberikan jawapan bagi setiap pertanyaan yang ana ajukan. Sebahagian soalan yang ana ajukan, beliau tidak dapat memberikan jawapannya walau setelah agak lama berfikir mencari jawapannya. Kelihatan ingatan beliau cukup lemah.


Setelah selesai sesi soal-jawab, ana merukyah pesakit. Dalam sesi tersebut, pesakit mengatakan yang beliau merasakan ada sesuatu yang bergerak menyusuri dari pangkal peha ke kaki beliau, terutamanya sebelah kanan. Ana kemudiannya menarik & membuang 'entiti asing' tersebut. Serentak dengan itu juga ana merukyah air sebagai penawar. Keesokannya ana bagi kepada ibu beliau Kalium Phosphoricum sebagai tonik otak/minda. 

Selain dari itu, tengahari semalam ana menerima panggilan dari rakan lama, Abe Din. Beliau memaklumkan tentang seorang cleaner di tempat beliau bekerja yang mana adiknya bermasalah. Kakak mangsa memaklumkan keadaan adiknya yang sekarang ni berada dalam keadaan kemurungan, ketakutan, kerap sakit perut & hilang selera makan. Sudah dibawa ke beberapa tempat untuk mendapatkan khidmat rawatan, tapi belum diizinkanNya untuk sembuh. Ada pihak yang mengatakan ada kaitan dengan masalah saka arwah atuknya...wallahu a'alam. Appointmentnya pada hari Sabtu... Erm...harapnya diberi kesempatan.

Yang terbaru pagi tadi, ada seseorang call dari Gua Musang. Beliau mengharapkan bantuan ana untuk mengatasi masalah sihir. Sangkanya ana masih di Merapoh. Setelah memaklumkan yang ana dah berpindah ke Pasir Puteh, beliau kemudiannya bertanyakan mana-mana perawat yang ana kenal di Gua Musang. Tak silap ana ada ustaz di sekolah agama sana yang boleh ikhtiarkan. Oh! Tak lupa juga Imam Muda Masjid Gua Musang tu...