السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

15 Ogos, 2012


Assalamualaikum semua,
Di kesempatan ini ana ingin memohon berjuta ampun & maaf atas segala kejahatan, kesilapan, kesalahan & kedurjanaan yang ana telah lakukan pada sesiapa yang berkenaan. Ana menyesal sangat-sangat atas segala kelemahan diri ana tersebut & sangat-sangat mengharapkan kemaafan dari tuan puan yang berkenaan. Ana  selaku manusia biasa, bukannya maksum apatah lagi malaikat...memenag tak sunyi dari perbuatan silap & salah. Harap sudi maafkan ana.

Ana doakan agar Allah SWT mengampunkan juga dosa tuan puan & memberkati hidup tuan puan sepanjang kehidupan dunia ini & mendapat kejayaan di akhirat kelak. Aamiin...Ya Robbal alamin...

13 Ogos, 2012

KENA CALAR!!!

no preview
ALLAHU ROBBI...Khamis lepas suatu kejadian yang mendukacitakan warga guru di sini berlaku. Ada bekas pelajar di sini yang selalu mendatangkan masalah kepada guru & banyak rekod salah laku disiplin disyaki telah mencalar kereta salah seorang guru disiplin dengan teruknya. Ada yang menganggarkan kerugian di alami mencecah ribu ringgit, iaitu kos bagi mengecat semula kereta yang dicalar bekas pelajar tersebut. 



Apa yang menyedihkan nasib guru tersebut sampai sekarang tidak mendapat tindakan positif. Perkara macam ni membuatkan guru-guru rasa tak senang hati untuk bekerja. Dari maklumat guru-guru senior di sini, kejadian sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini & tahun ni antara tahun yang penuh dramatik. Disiplin pelajar merosot dengan sangat ketara. Nampaknya sesuatu tindakan yang bijak perlu diambil bagi mengatasi masalah sebegini dari menjadi lebih parah & berulang. 

05 Ogos, 2012

ADEGAN MENGEJAR!

MasyaAllah...pagi tadi ana terlibat (secara tak dirancang) dalam adegan memintas pelajar-pelajar bermasalah kat sekolah. Erm...rasanya dah lama tak mengejar pelajar ni. Adegan pertama dimulai dengan seorang pelajar yang terlepas dari tangkapan seorang guru. Beliau berlari ke arah ana, lalu ana diminta menahannya. Dalam proses tersebut pelajar berkenaan berhempas pulas mengelak dari ditangkap ana. Beliau kemudiannya lari & melompat pagar ke luar dari sekolah.

no preview 



Adegan ke dua, ana diajak oleh guru disiplin sekolah untuk pergi memantau & memintas pelajar yang sedang berkumpul & ponteng sekolah di luar pagar bahagian belakang sekolah. Kebetulan masa tu ana baru keluar kelas. Dari maklumat yang mereka ada, sekumpulan pelajar dikatakan sedang berkumpul. Kami berempat pergi dengan menaiki motosikal. Namun pelajar berkenaan telah meloloskan diri ke dalam semak berdekatan. Di belakang sekolah, dapat ana lihat batang kayu yang digunakan oleh para pelajar tersebut untuk memanjat pagar sekolah yang agak tinggi tersebut. Kemudian ana juga dapat lihat 'port' diorang yang dijadikan tempat lepak bila ponteng dari sekolah. Ya Allah...apa nak jadi dengan pelajar-pelajar ni...mensia-siakan usia remaja mereka tanpa langsung memikirkan masa depan yang tah macamana...

no preview
Sekadar gambar hiasan...

Semoga Allah dengan kasih sayangNya memberikan mereka ni, lambat bangat taufik & hidayah sebelum tiba masanya mata mereka terpejam buat selamanya.

02 Ogos, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA DI ASRAMA SMK GAAL

Alhamdulillah semalam ana mendapat jemputan untuk berbuka puasa di asrama SMK Gaal. Lebih kurang pukul 7:15 pm ana & anak-anak sampai ke sana. Suasana biasa namun ceria jelas terpamer pada wajah guru-guru yang hadir. Dalam suasana begitu, teringat ana majlis berbuka puasa di asrama SMK Merapoh dulu. Lebih meriah bila di adakan di dalam dewan bersama-sama pelajar.


Cuma bezanya di sini, semua penghuni asrama adalah siswi & majlis berbuka guru-pelajar berasingan. Setelah berbuka guru-guru semua solat Maghrib di surau sekolah. 



Imdadullah & Wani Afrina

Alhamdulillah...suatu aktiviti yang diharap dapat mengeratkan hubungan ukhuwwah antara guru & pelajar. InsyaAllah...