السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

21 Jun, 2012

ORANG ARIF...




Orang arif (yang mencapai makrifat) terlepas dari kesibukan (mengatur takdirnya) ,kerana yakin dengan jaminan dan janji Tuhan. Bukan menafikan usaha..namun setiap usaha disandarkan untuk mendapatkan keredaan ALLAH..Orang yang beriman hatinya sentiasa tenang kerana mengetahui ALLAH sentiasa bersamanya..Mempercayai jaminan Tuhan dan meyakini kebenaran janji-Nya.. Mereka mencari rezeki dengan hati tenang dan sesuai dengan batasan yang telah ditetapkan Tuhan. Hatinya berada di samudera luas dan bergantung sepenuhnya pada Zat Yang Maha Dermawan..


Kala mengingat anugerah, hatinya tenggelam.
Kala mengingat ampunan, hatinya berdebaran..
Kala mengingat mati, hatinya bercahaya.
Kala mengingat cela, hatinya gementar.
Kala mengingat perhatian dan pemeliharaan Tuhannya, hatinya bahagia..
Kala mengingat nikmat dalam ibadah, hatinya gembira..
Kala mengingat-Nya, hatinya berharap-harap cemas.
Kala disapa gundah, hatinya tenang Allah bersama…
Kala merindukan Tuhan, ia larut dalam lautan anugerah
dan lebih mengharapkan kurniaan di sisi-Nya.


Ia senantiasa gelisah, khuatir imannya hilang. Kesedihan
terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara
di dunia. Ia tenggelam dalam rasa malu setelah
menginsafi kebaikan dan kelembutan-Nya, keindahan tatapan-Nya,
keutamaan balasan-Nya, dan kesempurnaan ciptaan-Nya;
sementara dirinya jauh dari Tuhan, melanggar
hak-hak-Nya, dan bermaksiat kepada-Nya.


Berkat keagungan dan kasih sayang Tuhan,
ia dijaga, dipelihara, dan dilindungi. Ia bahagia,
kerana Allah telah membuka pintu hatinya,
memuliakannya dengan ibadah,
dan mendekatkannya kepada-Nya,
sehingga ia benar-benar mengabdi..


Ia juga tak pernah menyalahkan Allah atas segala musibah.. Hatinya tak pernah berprasangka buruk kepada Allah. Ia tahu benar bahawa Allah itu Al Qarib.. Maha Dekat,Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Halus, Maha Mensyukuri, Maha Terpuji, Maha Luhur, Maha Esa, Maha Kekal,Maha Berdiri Sendiri, Maha Mencukupi, Maha Melindungi, Maha Dermawan,Maha Mulia, Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Hidup dan tak pernah mati,Maha Lembut kepada hamba-Nya, Maha Berterima kasih, Maha Pengampun,Maha Bijaksana, Maha Penyantun, Maha Membalas kebaikan dengan kebaikan, Maha Baik, dan Maha Penganugerah.Anugerah-Nya begitu luas, kebaikan-Nya begitu abadi, dan keagungan-Nya begitu nyata..


[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

20 Jun, 2012

TEMPAT-TEMPAT REHLAH DI PASIR PUTEH

Sejak berpindah ke Pasir Puteh ni, anak-anak asyik ajak pergi rehlah di pantai & jeram kat sekitar sini. Namun masalah kuarters yang belum dikemas & dibersihkan, barang-barang yang masih tak tentu duduk simpannya...maka terpaksalah ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, dalam kesempatan yang ada, sempat juga ana surf  tengok tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dengan anak-anak kelak. Kesian diorang...cuti sekolah baru ni tak sempat sangat, macam-macam perkara & masalah yang melanda, tak berkesempatan langsung.

InsyaAllah Imdad & Wani, nanti kita ajak kakak & adik-adik main air kat pantai nanti...


Pantai Seri Bayu

Taman Permainan Pantai Seri Bayu
Pantai Seri Bayu
Jambatan Tok Bali

Replika Bot Di Tok Bali
 Buleh abah relakskan minda retek...letih doh dok serabut & mikir hal yang nampok tak berkesudahan... Kita pakat gi rehat pantai...main air...


19 Jun, 2012

BERTUGAS DI SEKOLAH BARU, SMK GAAL, PASIR PUTEH


الحمد لله على كل حال
Syukur ke hadratiLLAH SWT kerana dengan kudrah, iradah & izinNya, permohonan & hajat ana untuk bertukar balik ke Kelantan telah diqabulkan walaupun dengan diiringi ujian yang besar bagi ana & keluarga. Bermula dari 10 Jun 2012 baru ni ana telah bertugas di SMK Gaal, Pasir Puteh setelah hampir 9 tahun ‘bertapa’ di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Erm...dari sempadan Pahang-Kelantan sekarang ni ana ke sempadan Kelantan-Terengganu pula. Hehehe...jaga sempadan. Jangan sempadan Thai & sempadan Perak udah...
Maaf kepada yang menunggu khabar berita terkini dari ana, terutamanya sahabat-sahabat & tak lupa murid-murid kat Merapoh yang ana kasihi. Lama tak online sebab kabel kat sini kena curi. Jadi perkhidmatan internet kat sekolah pun tergendala. Tak tau la bila akan ok. Nak isi markah pelajar dalam sistem SAPS pun susah.
Bagaimana sekolah baru? Ana rasa masih terlalu awal untuk ana buat rumusan. Ramai dah yang tanya, cuma pandangan awal ana, generally macam kebanyakkan sekolah-sekolah luar bandar yang lain. Cuma buat masa sekarang, agak membosankan. Mungkin kerana hubungan guru-murid masih belum terjalin dengan baik. Masih baru lagi & masih dalam proses menyesuaikan diri dengan segala-galanya yang baru di sini. Ada sesetengah aspek tu yang agak jauh berbeza antara sini dengan Merapoh. Erm…rindukan suasana kat sana.
Ana sangat-sangat berharap agar hadirnya ana di sini mendatangkan kebaikan & memberikan manfaat yang besar kepada warga sin,i bukan sebaliknya. Semoga ALLAH SWT dengan kasih sayangNya membantu & memudahkan segala urusan ana di sini. Mohon doakan ana…
Wallahu ‘alam.