MasyaAllah...pagi tadi ana terlibat (secara tak dirancang) dalam adegan memintas pelajar-pelajar bermasalah kat sekolah. Erm...rasanya dah lama tak mengejar pelajar ni. Adegan pertama dimulai dengan seorang pelajar yang terlepas dari tangkapan seorang guru. Beliau berlari ke arah ana, lalu ana diminta menahannya. Dalam proses tersebut pelajar berkenaan berhempas pulas mengelak dari ditangkap ana. Beliau kemudiannya lari & melompat pagar ke luar dari sekolah.
Adegan ke dua, ana diajak oleh guru disiplin sekolah untuk pergi memantau & memintas pelajar yang sedang berkumpul & ponteng sekolah di luar pagar bahagian belakang sekolah. Kebetulan masa tu ana baru keluar kelas. Dari maklumat yang mereka ada, sekumpulan pelajar dikatakan sedang berkumpul. Kami berempat pergi dengan menaiki motosikal. Namun pelajar berkenaan telah meloloskan diri ke dalam semak berdekatan. Di belakang sekolah, dapat ana lihat batang kayu yang digunakan oleh para pelajar tersebut untuk memanjat pagar sekolah yang agak tinggi tersebut. Kemudian ana juga dapat lihat 'port' diorang yang dijadikan tempat lepak bila ponteng dari sekolah. Ya Allah...apa nak jadi dengan pelajar-pelajar ni...mensia-siakan usia remaja mereka tanpa langsung memikirkan masa depan yang tah macamana...
|
Sekadar gambar hiasan... |
Semoga Allah dengan kasih sayangNya memberikan mereka ni, lambat bangat taufik & hidayah sebelum tiba masanya mata mereka terpejam buat selamanya.