السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

16 Ogos, 2011

MESYUARAT DI HOTEL SRI PETALING KL

Bertolak dari KB malam semalam dengan bas dan alhamdulillah sampai dalam 5:30 tadi kat Hentian Putra, KL. Lepas solat subuh kat suraunya, ana ke stesen komuter. Memandangkan waktu masih awal, ana luangkan masa kat surau stesen komuter tu pula sehinggalah lebih kurang 11:30 a.m.

Bila ke kaunter tiket baru tahu untuk ke Sri Petaling kena naik LRT. Allah...lama dah tak naik menda-menda ni semua, lupa la pulok. Jadi berjalan la pulak ke stesen LRT Putra. Dalam perjalanan dipertunjukkan Allah S.W.T. kepada 2 orang pemuda, seorang sedang hidu gam, lalok semacam je, sementara seorang lagi dah terguling atas rumput, macam berbaring atas tilam je. Masyallah...bahana gam. Memang dahsyat.

Rupanya Hotel Sri Petaling ni dekat je dengan Masjid Sri Petaling, Masjid Jemaah Tabligh. Ingatkan nak pergi solat terawih kat sana malam ni, tapi ada taklimat pulak pukul 9:00 malam. Abih taklimat tadi terus solat tarawih kat surau hotel je. Alhamdulillahi ala kulli haal...


MERAWAT KES WAS-WAS MELAMPAU

Assalamualaikum sidang pembaca. Selamat menjalani ibadah puasa. Dalam masa yang terluang di Hotel Sri Petaling pada petang ni, ana mengambil peluang untuk berkongsi beberapa pengalaman ana dalam waktu yang terdekat.

Pada kali ni suka ana berkongsi kisah rawatan ana pada bulan yang mulia ini. Ianya merupakan kes rawatan yang pertama di bulan Ramadhan ni dan mungkin akan menyusul 2-3 kes lagi insyallah. Kes kali ni datangnya dari salah seorang apperentice  ana sendiri. 

Mangsa sebenarnya mak saudara beliau yang mengalami masalah was-was tahap kritikal sehingga sebahagian keluarga mengatakan yang beliau dah tak waras lagi. Bahkan mangsa telah berhenti kerja dan sekarang bergantung kepada ubat penenang yang lazimnya diberikan kepada mereka yang bermasalah mental. Mangsa telah mengalami masalah ini agak lama, cuma semakin menjadi-jadi selepas balik dari mengerjakan haji. Mangsa memaklumkan yang beliau sentiasa mendengar suara-suara ghaib yang selalu menimbulkan keraguan beliau dalam melakukan sesuatu, terutama dalam beribadah, bahkan aqidah, sering melihat kelibat-kelibat hitam dalam rumah bila bersendirian dan pakaian dalam beliau hilang sekalipun dijemur di dalam rumah. Aiii...ini sudah lebih...

Setelah bertanya serba sedikit, ana minta bahan-bahan untuk ana rukyah dan seterusnya dibuat mandian. Semasa ana merukyah bahan-bahan di depan ana, mangsa kelihatan gelisah & kemudiannya bergegas keluar rumah dan muntah-muntah. Mangsa kemudian ana minta mandi menggunakan air mandian yang ana sudah sediakan. Semasa mandi, mangsa sekali lagi muntah-muntah.

Setelah siap mandi, barulah ana rukyah mangsa. Semasa rukyah...mangsa beberapa kali muntah-muntah & bahagian badannya dari belakang tengkuk sampai ke tangannya sebelah kanan sakit & kebas. Ana ikhtiar menarik keluar mana yang dapat melalui kakinya. Namun ada yang degil. Sehinggalah akhirnya mangsa rebah, menangis, mengelumpur lemah dengan tangan kanannya dihempaskan ke lantai tanda protes (bukan diri pesakit lagi dah, benda lain dah). 

Kemudiannya keluar kata-kata dari mulut mangsa, "Aku tok sir tubik. Aku sayae dio....aku sayae dio." Hihihi....akhirnya bersuara juga dia. Jin jantan rupanya, jatuh cinta & sudah lama berdamping dengan mangsa. Ana beri amaran. Namun tetap tak mahu keluar. Jadi ana minta suami mangsa agar mendapatkan sesuatu untuk ana jadikan senjata untuk membunuh jin yang degil tu. Beberapa saat kemudian si suami datang dengan pisau kecik & sudu. Ana pilih sudu..."Bahayo ni guno pisa...isyarat jah, tak semestinyo guno senjato sungguh." Kan tak pasal-pasal masuk TV dan surat khabar, Ustaz sembelih pesakit...kan haru biru jadinya. Ana terlupa bawa kit rawatan ana sebab tak rancang pun. 

Bila ana nk sembelih...jin tersebut keluar dan berlegar-legar sekeliling pesakit. Mangsa sedar & menunjuk-nunjuk pada jin tersebut dalam keadaan ketakutan. Kata mangsa matanya merah merenungnya. Ana bacakan ayat tertentu pada tangan mangsa & ana suruh beliau melontar jin tersebut sambil bertakbir. Melihat mangsa yang lemah ana membantu beliau melontar. Alhamdulillah akhirnya jin itu hilang dari pandangan. Mudahan dengan izin Allah S.W.T. ia tidak lagi menganggu mangsa. 

Ana tutup sesi rawatan dengan doa pelindung pada pesakit dan mengijazahkan beliau suami isteri amalan yang mudah-mudahan dapat mendekatkan lagi diri mereka kepada Allah & dapat melindungi diri mereka sekeluarga dari sebarang gangguan makhluk halus.

Wallahu a'alam....