السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

28 Februari, 2011

TRIP KE CAMERON HIGHLAND

Alhamdulillah semalam kami sekeluarga ke Cameron Highland atas urusan zaujah ana. Ada caterer kat sana order 'frozen food' untuk majlis santapan bersama Sultan Pahang. Sambil-sambil tu ambil kesempatan meni'mati suasana indah kat sana, merasa strawberry, zaujah ana siap shopping lagi.

Bersantai bersama Abdul Aziz

Reriang banyak musim kemarau ni. Seronok Abdul Aziz main...siap kumpul lagi.

Yang tinggal bersama Ummi dia kat Kota Bharu.

Tertarik dengan cactus yg berbunga..warna warni...SubhanaLLAH!

Sambil tunggu Ummi diaorang shopping....

Berhenti solat dalam perjalanan balik ke Gua Musang.
Seronok tengok anak-anak bergembira setelah sekian lama terpisah. Wani Fadhilah selalu je nak mengikut...kesian. Tahun ni masuk PASTI dia...seronok katanya.

25 Februari, 2011

AMALAN TAREQAH AHMADIYYAH YANG UTAMA

Perkara pertama yang di tekankan di dalam Tarekat Ahmadiyyah ialah"AURAD" yang bermaksud wirid-wirid. Ianya adalah kata jamak atau di dalam Bahasa Inggeris dinamakan 'plural' kepada perkataan wirid. Di petik daripada Kitab Pengantar kepada Tarekah Ahmadiyyah Ar rashiddiyyah Ad Dandarawiyyah (فرائد الماثر المروية للطريقة الأحمدية الرشدية الدندروية) karangan Al-Marhum Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Haji Muhammad Said. Amalan dan wirid Tarekah Ahmadiyyah yang utama ada tiga iaitu:-
1-Al-Tahlil ( التهليل )
Lafaznya ialah:-
لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
Ertinya:- Bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah.
2-Selawat Azamiah (الصلوات العظمية )
Lafaznya ialah:-
اَللّهُمَّ اِنِّيْ أَسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلأ أَرْكانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَاْمَتْ بِهِ عَوَاْلِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاْتِ اللهِ الْعَظِيْمِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ صَلاةً دَاْئِمَةً بِدَوَاْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحًا لِذَاْتِىْ مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوْهِ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ الأخِرَةِ يَا عَظِيْمُ
Ertinya:- Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Wajah Allah yang Maha Besar, yang memenuhi segala penjuru ‘Arasy Allah Yang Besar, dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Agung. Moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W yang mempunyai martabat yang agung dan ke atas keluarga Nabi Allah Yang Besar, dengan kadar kebesaran Zat Allah Yang Maha Besar, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah Yag Maha Besar, dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah Yang Maha Besar, Penghormatan bagi Engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang besar (indah). Salam kesejahteraan daripadaMu ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga. Himpunkanlah di antara aku dan dia (Nabi Muhammad S.A.W ) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur. Jadikanlah dia (Nabi Muhammad S.A.W ) wahai Tuhanku, roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah yang Maha Besar.
3-Istighfar Kabir (الاستغفار الكبير )
أَََسْتَغفِرُ اللهَ العَظِيْمَ الََّذِيْ لاَاِلَهَ اِلاّ هُوَ الْحَيَّ القَيُّوْمَ غَفَّارَ الذُّنُوْبِ ذَالْجَلالِ وَالاِكْرَامِ وَأَتُوْبُ اِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعَاصِى كِلِّهَا وَالّذُنُوْبِ وَالأثَامِ وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَأً ظَاهِرًا وَبَاطِنًا قَوْلاً وَفِعْلاً فِىْ جَمِيْعِ حَرَكَاتِىْ وَسَكَنَاتِىْ وَخَطَرَاتِىْ وَأَنْفَاسِىْ كِلِّهَا دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا مِنَ الذَّنْبِ الَّذِىْ أَعْلَمْ وَمِنَ الْذَّنْبِ الَّذِىْ لاَ أَعْلَمْ عََدَدَمَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَةُ وَخَصَّصَتْهُ الاِرَادَةُ وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللهِ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِ رَبِّنَا وَجمَاَلِهِ وَكَمَالِهِ وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى
Ertinya:- Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar, yang bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya. Maha Pengampun bagi segala dosa, wahai yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Aku bertaubat kepada-Nya daripada segala jenis maksiat, dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja, sama ada yang zahir mahu pun yang batin, sama ada pada perkataan, perbuatan dalam setiap pergerakan atau diamku, yang terlintas di hatiku dan diriku semuanya selama-lamanya. Tidak kira sama ada dosa-dosa yang aku ketahui atau tidak aku ketahui, sebanyak mana yang dicakupi oleh Ilmu Allah, yang dihitung oleh buku amalan dan yang ditulis oleh pena. Sebanyak mana yang diadakan oleh Qudrat dan dituntut oleh Iradat dan sebanyak tinta kalimah-kalimah Allah sepertimana yang selayaknya bagi kebesaran zat Tuhan kami ,keelokanNya, kesempurnaanNya dan sepertimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan yang diredhaiNya.
petikan dari Al-Ahmadiyyah Rasah.

22 Februari, 2011

DIKUNJUNGI AL-FADHIL Al-USTAZ HJ BORHAN B. ARRIFIN

Alhamdulillah hari ni Al-Fadhil Ustaz Borhan mengunjungi SMK Merapoh dalam rangka memenuhi jemputan pihak sekolah bagi menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah.

Kali pertama datang Merapoh...terus ambik gambar persekitaran Merapoh. Terpegun dengan keindahan ciptaanNYA 

Jazakallahu khair Ustaz...bukannya dekat dari Lipis nak ke Merapoh.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & MAJLIS KHATAM KITAB SYAMAIL NABI S.A.W.

بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ana merasa sangat bersyukur kerana dengan izinNya diberikan kesempatan & kemampuan untuk mengikuti kuliah Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad ibn Kamaluddin Al-Maliki di Darul Maliki pada hari Maulidur Rasul bebaru ni dan dapat pula menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Khatam Kitab Syamail Nabi s.a.w. Sesuatu yang sangat bernilai & berharga buat ana....bak kata Ustaz Khir Firdaus..."Demi Rasulullah s.a.w....".

Lan & Imdadullah di Darul Maliki

Suasana di Darul Maliki

Bersama Imdadullah di dalam dewan Masjid Wilayah


Suasana di Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w.

Masjid Wilayah di kala senja.

Azlan, Ustaz Khir Firdaus & ana bergambar kenangan selepas majlis penyampaian ijazah sanad Kitab Syamail Nabi s.a.w.

JazakumuLLAHU khairan jaza' ana buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dan mendorong ana, utamanya Ustaz Khir Firdaus dan juga Azlan. Ana ke sana bersama anak lelaki ana Muhammad Imdadullah. Kesian dia agak rimas & bosan, tapi ana nak dedahkan diri dia juga. Mudahan ALLAH s.w.t. perkenan membimbing & mentarbiah kami.

SERANGAN!!! (KES DI GUA MUSANG)

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى 

آله وصحبه أجمعين

Semalam ana ke sekali lagi ke rumah Abg Z kerana merawat isterinya yang 'tersadai' terkena serangan balas 'si penganggu'. Bisa dari serangan tersebut kelihatan menjalar dalam tubuh badannya menyebabkan mangsa sakit bahagaian belakang pinggangnya sehingga tidak dapat bangun berdiri seperti biasa.

Ana ada ajarkan Abg Z kaedah untuk menarik bisa tersebut, namun nampaknya belum cukup ampuh untuk Abg Z tangani secara sendirian. Bisa tu juga nampaknya dah mula menjalar ke seluruh badan.

Jadi malam tadi ana sediakan bahan untuk mandian, lalu mangsa mandi dengan segala susah payahnya (sebab tak dapat bangun) dengan dibantu oleh isteri jirannya. Alhamdulillah lepas mandi nampaknya ada sedikit perubahan positif walaupun bukan kesemua bisa tersebut keluar atau ditawarkan. Ana minta mangsa supaya melakukan mandian selama sekurang-kurangnya 3 hari dan sebaik-baiknya 7 hari secara berterusan agar Allah s.w.t. mengeluarkan atau meneutralkan kesemua bisa yang ada dalam badan mangsa.


Semasa pergelutan antara mangsa dengan 'si pengacau', mangsa sempat menghentam 'si pengacau' dengan tasbihnya yang pada masa tersebut kelihatan menjilat peha kanan mangsa. 'Si pengacau' katanya kelihatan (pada mata bathin mangsa) seumpama hibrid lelabah + beruk. Ntah species apa ntah. Bila terkena hentaman mangsa, 'si pengacau' meletup dan terbakar lalu terzohir sesuatu seperti plastik yang cair terbakar di atas lantai.

Allahu...macam-macam. Tak terjangkau dek akal fikiran biasa yang terbatas ni, namun yang menyaksikannyalah yang lebih maklum.

Wallahu a'alam bissowab.

# Dalam salah satu kisah klasik Jepun ada menceritakan tentang hantu berbentuk macam lelabah besar yang dinamakan Raiko di Kyoto. Hantu lelabah ni katanya telah cuba menyerang salah seorang wira dengan terlebih dahulu memukau/menidurkan pengawal-pengawalnya. Namun wira tadi menyedari kehadiran hantu tersebut dan dengan pantas menghunus pedangnya dan melibas ke arah hantu lelabah tadi dan mencederakannya. 

11 Februari, 2011

DAH BANYAK PERUBAHAN

AlhamduliLLAHi 'ala kulli haal.

Setelah beberapa lama ana 'memerhati' kes di Gua Musang, alhamduliLLAH nampaknya banyak sudah perkembangan positif. Ana ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang bersusah payah & gigih berikhtiar, Syeikh RIDAM, Sahabat TIAF, ikhwan Sirun Nuun & lain-lain yang tak dapat ana nyatakan semuanya di sini. JazakumuLLAHu khairan katsira.

Serangan alhamdulillah dah tiada lagi. Barangan yang dihadiahkan oleh Syeh Ghaib tu pun, seperti sejadah, tangkal dah diambik balik dah. Biarlah...empunya badan tak nak. Ana rasa ada baiknya...takyah la terlibat dengan 'diorang'. 

Yang pasti..banyak pengajaran buat diri sendiri & mungkin juga buat rakan-rakan muallij yang lain yang terlibat sama. Tarbiah ALLAH buat diri yang jahil & fakir ini.

Wallahu a'alam.


01 Februari, 2011

LANJUTAN KES DI GUA MUSANG

Alhamdulillah dengan izinNYA dapat juga ana membuat catatan ini.

Pertamanya ana nak mengucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat yang membantu dari jauh.  Alhamdulillah suasana agak tenang seketika sehinggalah lewat pagi tadi ana sekali lagi mendapat call dari Abg Z. Si Penyihir nampaknya sedang main tarik tali dengan perawat. Bila dia digasak, dia mengalah buat seketika dan mewujudkan suasana yang mengelirukan mangsa sekeluarga.

Pagi tadi Abg Z menyatakan yang si penyihir ada menghantar sejadah, kain sembahyang perempuan dan duit RM100 yang diletakkan di dalam bilik tidur mangsa. Apa tujuannya dia hantar semua itu? Kalau dia Islam kenapa dia menyihir mangsa sekeluarga sampai sebegitu teruk sekali. Pastu sekarang ni seolah-olah dia menyogok pula dengan benda-benda camtu. Abg Z keliru dan bingung. Ana cadangkan agar Abg Z menyimpan semua barangan tu dan jangan sesekali menggunakannya, terutamanya duit yang dibagi. Mungkin ada muslihat tertentu...jadi kena berhati-hati dengan permainan si penyihir tu. Psiko sungguh nampaknya. Bukan sebarangan lawan kali ni nampaknya.

Mengikut salah satu sumber, si penyihir kali ni menggunakan ilmu yang agak tinggi yang jarang-jarang penyihir dapat menguasainya. Katanya si penyihir mampu menunggang khodamnya secara zohir (macam orang dulu-dulu naik harimau jadian) untuk ke rumah mangsa dan membuat serangan. Salah satu "Chief Khodamnya" terdiri dari pada kerangka bertengkorak binatang yang berwarna kekelabuan/keperakkan yang berilmu tinggi. Nampak macam hasil pemujaan mayat lama. Mengikut satu sumber, keilmuan macam ni mirip keilmuan kuno yang biasa diamalkan oleh ahli ilmu hitam dari kepulauan Bali atau Orang Asli yang menganut agama animisma.

Dari pemerhatian ana pula, penyihir seolah-olah mempunyai ilmu halimunan atau seumpamanya dan gangguan pula akhir-akhir ni berbentuk serangan secara fizikal walaupun si penyerang tak kelihatan. Contohnya pisau yang melayang-layang (ada yang nampak seseorang lelaki yang memegang pisau) lalu mengelar-ngelar tubuh mangsa sehingga berdarah, pakaian di badan mangsa juga "dibakar" tiba-tiba dan hidup-hidup.

InsyaALLAH ikhtiar akan dilanjutkan lagi pada malam ni dan seterusnya. Mudahan ALLAH s.w.t. membantu. Harap sahabat-sahabat sekalian sudi untuk meneruskan ikhtiar.

Wallahu a'alam.