السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

28 Januari, 2011

KES SIHIR DI GUA MUSANG

Semalam dengan izin Allah t.a, ana telah berangkat buat kali keduanya ke rumah Abg Z kerana memenuhi panggilannya yang memohon bantuan lantaran kes serangan balas penyihir yang semakin menggila (kali pertama ana pergi dengan Wan Al-Kutani yang kebetulan ada tugasan di Gua Musang).

Petangnya selepas solat Asar, beliau call ana memaklumkan perkembangan terkini keadaan isteri dan keluarganya. Dengan suara yang penuh kesedihan, kerisauan, kecelaruan dan sebagainya lagi yang hanya Allah s.w.t. lah Yang Lebih Mengetahuinya, beliau memaklumkan yang isterinya menjadi bisu, langsung tak boleh bercakap dan semasa isterinya rehat disebabkan sakit kepala yang amat sangat, tetiba selimut yang menyelimuti isterinya terbakar dengan sendirinya (sebenarnya ada makhluk yang bakar). Alhamdulillah kejadian tersebut disedari dengan cepat oleh Abg Z dan iparnya yang kebetulan berada di rumah. Abg Z semenjak kejadian yang menimpa isteri dan keluarganya ini, agak kerap berada di rumahnya kerana risaukan keselamatan ahli keluarganya dan juga harta bendanya. Ana perasan yang fikirannya cukup terganggu dan bercelaru, anak-anaknya juga turut mengalami fobia kerana kerap sangat dikejutkan dengan penampakan dan kebakaran yang mengejut yang tidak diketahui puncannya itu.

Ana sedaya upaya membantunya sekadar ilmu & kemahiran yang ada kurniaan dari Yang Maha Esa. Ana jampi segelas air dengan kalamNya Yang Mulia dan berdoa dengan Doa Nurun Nubuwwah. Air tersebut kemudiannya diminum oleh si isteri. Selepas itu ana rawat pula tubuh badan si mangsa tersebut. Beberapa ketika selepas rawatan, isteri Abg Z kelihatan hendak muntah. Beliau kemudiannya bergegas ke dapur dan muntah di dalam sinki dapur. Abg Z dan salah seorang isteri jirannya membantu isteri Abg Z. Ketiga-tiga mereka kecoh dan terkejut bila muntahan isterinya itu mengandungi paku sepanjang 2 inci yang dah kehitaman. Mungkin itulah bahan yang digunakan untuk mengunci suara/membisukan mangsa.

Selepas muntah mangsa menyatakan keadaannya berasa lega, boleh bercakap dengan lancar dan tubuh badan berasa ringan. Melihat keadaan dan kejadian tersebut cukup-cukup membuat hati ana tersentuh. Seperti sebelumnya ana mengajak mereka semua bersama-sama merafa'kan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas izin dan bantuanNya menghilangkan pengaruh sihir tersebut. Seperti mana yang selalu ana ingatkan, khususnya buat diri sendiri, "Tiada kuasa makhluk yang dapat menandingi kuasa Allah s.w.t., walau sehebat manapun keilmuan dan keupayaannya pada pandangan manusia umumnya."

Selepas sesi rawatan tersebut, ana dihujani pelbagai soalan dan dikemukakan pelbagai kes-kes dan peristiwa yang mana memerlukan penjelasan, pandangan dan perkaitannya dari segi syara', aqidah dan juga rohaninya (dari perspektif Islam). Jadi ana cuba sedaya yang mampu menjawab, dan kepada Allah jua ku panjatkan kesyukuran kerana sedikit ilmu dan pengalaman serta ilham dan keupayaan membolehkan ku menjawab mana-mana yang yang boleh. Selebihnya ana mintak tangguh dan selebihnya pula ana minta mereka rujuk dengan Tok-tok Guru yang lebih mahir dan mendalam ilmunya. Semoga Allah s.w.t. memaafkan dan mengampuni mana-mana yang tersilap dan tersalah dari ana kerana keterlanjuran dan kejahilan diri ini yang masih belum diperbaiki.

Ana teringat kata-kata dari sahabat dan juga guru ana, iaitu katanya lebih kurang, "Sambil merawat, sambil kita mengajak pesakit mendekatkan diri kepada Allah s.w.t."

Wallahu a'alam.

Pagi sakni Abg Z call lagi. Suaranya cemas sekali. Katanya keadaan isterinya kembali teruk, bahkan lebih teruk dari semalam. Bisu, kaku dan tak sedarkan diri. Allahu...Allah...apalah dayaku Ya Allah...bantulah mereka sekeluarga...Ya Allah."

Sebagaimana yang telah ana jangkakan, iaitu si pengkhianat tersebut berkebarangkalian tinggi akan mengulangi perbuatannya setelah usahanya sebelumnya dipatahkan/dibatalkan. 

Allahumman surna 'ala kaumi dzholimiin.....

20 Januari, 2011

GERAK ASROR DARI PERSPEKTIF SUFIYYAH

Sedang rancak bertukar-tukar cerita & pengalaman dengan sohabat ana Abg Mie Lipis & Wan Al-Kutani. Ana dimaklumkan tentang pertanyaan seorang pembaca blog ana pada Wan, berkenaan Gerak Asror. 

Ana yang jahil lagi fakir ni sebenarnya nak cerita detail tu takla reti sangat, tapi merujuk kepada beberapa ulasan orang ilmuan dan salah seorangnya yang terbaru ana ketemui, iaitu Syeikh Khairi At-Tijaani (Khalifah Tarekat Tijaaniyyah Kelantan, semoga ALLAH memberkati beliau atas kesudian beliau berkongsi & mengijazahkan beberapa keilmuan pada ana), Gerak Asror (atau juga dikenali dengan pelbagai istilah) bolehlah dirumuskan sebagai gerak rohaniyyah yang men'jelma' pada fizikal apabila diolah/dilatih dengan kaedah-kaedah tertentu dalam keadaan tertentu (iaitu ada kelimuannya).

Namun gerak asror ni boleh berpunca dari pelbagai sumber. Dengan kata lain tidak semudah tanggapan sesetengah pihak dengan mengatakan gerak itu anugerah/kurniaan dari ALLAH s.w.t. (betul...semua dari ALLAH s.w.t., tapi sebab musababnya pun perlu diperhatikan. Contohnya semua rezeki dari ALLAH s.w.t. tapi sumber perolehannya? Mencuri, menipu & merompak pun ye...tapi akibatnya?) Kenapa dikatakan sedemikian? Ianya kerana pada perspektif Sufiyyah, gerak yang murni adalah gerakan dari roh (diri bathin) kita. Tapi bila dah bercampur nafsu...gerakan tu dah tak semurni yang kita sangka. Apatah lagi bila ianya melibatkan penggunaan jin/khodam & seumpamanya. Ingat dalam diri kita ada unsur roh & ada unsur nafsu. Jadi gerakan yang murni atau gerak yang haq akan berlaku bila nafsu dapat ditundukkan & rohaniyyah kita kuat. Dan kekuatan rohani ini terjadi dengan izin ALLAH s.w.t. apabila ahli-ahli sufi ini mengamalkan amalan toriqah (salah satu kaedahnya) yang merangkumi pelbagai aspek seperti mujahadah melawan nafsu, melazimi ibadah-ibadah sunnat & zikruLLAH.

Menurut Syeikh Khairi, ilmu kebatinan lazimnya mejatuhkan/merendahkan martabat rohaniyyah seseorang, berbeza dengan ilmu kerohaniyyan yang akan meningkatkan martabat rohaniyyah seseorang. Sebab itu ilmu-ilmu kebatinan lazimnya banyak mewar-warkan tentang kehebatan itu & ini...menjurus kepada kehebatan diri pengamalnya sehingga lupa pada kehebatan & keagungan Kholiq, sebaliknya ilmu kerohaniyyan mengajak diri pengamalnya menuju & mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. & yang dilihat adalah kehebatan & keagungan ALLAH s.w.t. semata-mata. Perbezaanya 180 darjah!

Para sufi bila 'buat' atau melihat gerak, sebahagian mereka fana...kerana bagi mereka gerak itu sendiri adalah af'aluLLAH yang terbentang didepan mata...ada yang menangis....ada yang...ALLAHU ALLAH!!! Hanya yang merasai je yang tahu.... Sebaliknya sesetengah orang hanya nampak kehebatan, kelincahan & kemahiran mereka dalam bergerak!!! Sehingga hilang af'aluLLAH dari pandangan mereka, tak nampak yang mengerakkan mereka itu ALLAH.... Bukankah amat rugi & malang...sesuatu yang sepatutnya mendekatkan diri kepada ALLAH bertukar kepada menjauhkan pula. Na'uzubiLLAHI min zaalik.

Oleh itu secara mudah 'keceknyo' bagi mendapat gerak asror yang haq, hati perlulah dibersihkan...nafsu pula perlu ditundukkan...kena melalui proses tazkiyyatun nafs. Tak semudah yang disangka....buat gerak terus dapat gerak yang haq. Kena melalui proses yang dinyatakan tadi. Sebab itu guru-guru bagi amalan untuk dijadikan sebagai alat untuk membersihkan hati & menundukkan nafsu ni. Tapi amatlah malang jika amalan tersebut disalah niat/fahamkan sebagai untuk mendapat kehebatan & kelebihan keduniaan. Lantaran itu ana pernah cakap kat murid sulung ana...jangan jadikan amalan ini sebagai alat untuk meraih kehebatan & kelebihan dalam bersilat! Nanti rosak & punah akibatnya. Faham betul-betul matlamat diijazahkan sesuatu amalan itu....dan dalam bab ini, ianya adalah untuk mentazkiah nafs & menguatkan rohaniyyah kita agar kita mendapat redho ALLAH & bertaqorrob denganNYA.

Bila hati bersih & nafsu tertunduk & terkawal..baru roh kita tu terlepas dari belenggu nafsu & syaitan. Maka dari situlah baru munculnya gerak asror yang murni lagi benar & insyaALLAH barulah tak malu bila nak katakan kita dapat gerak dari ALLAH s.w.t. Kalu tidak, seolah-olah kita je yang dok perasan sendiri, sedangkan hakikatnya lain.

Walaubagaimanapun, ana yang bercerita ni pun masih juga lagi dalam proses. Gerakan pun taklah semurni yang sepatutnya....astargfiruLLAH. Ana hanya sekadar berkongsi ilmu & kefaham yang amat sedikit ini, bak kata orang Kelantan, "Ana kecek sajo yah ni...royak gapo yg sepatutnya berlaku...tapi ana sendiri pun masih lagi tok sapa pun lagi tahap tu. Mudohan ALLAH izinkan suatu masa nanti...insyaALLAH."

Bak kata juga sohabat & guru ana Sheikh Wan Asrul, "Ilmu....Faham....Amal....(baru) Rasa....". InsyaALLAH ilmu & faham tu adolah sikit...amal tu kkdg tergolek gok lagi...raso...tok tahu la...mudah-mudahan nanti diizinkanNYO...aamin Ya Robbal 'alamin.

Wallahu a'alam.... Kalu ada silap & salah...mohon maafkan. Ana sekadar menulis setakat yang ana faham, belajar & tahu sahaja. Para pembaca sendiri mungkin ada yang lebih maklum.

MENGUNDANG HISTERIA!

Semalam Abg Mie Lipis ada mengulas pasal kes histeria di sebuah sekolah di Kuala Lipis. Rentetan dari ex-student ana yang memohon bantuan dengan call ana tengah-tengah malam. Mengikut Abg Mie dari maklumat yang dia dapat, ianya berpunca dari tindakan pelajar sendiri. 

Sebagaimana lazimnya & memang sepatutnya apabila berlakunya sesuatu kes/histeria disesuatu lokasi, maka pihak yang terlibat atau perawat akan berikhtiar untuk mengenal pasti apakah punca-punca yang mungkin menyebabkan ianya berlaku. Tu yang ana kata "Something fishy is giong on!".

Mengikut Abg Mie, kisahnya adalah bila pihak  pelajar  di sekolah tersebut ingin menganjurkan  "Night Walk" untuk program Orientasi Pelajar Baru tahun 2011. Guru-guru yang memahami permasalahan yang mungkin akan berlaku telah melarang diadakan aktiviti tersebut, namun pihak pelajar telah menjawab larangan guru berkenaan dengan mengatakan bahwa sekiranya berlaku masalah Histeria, mereka akan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Bagi menambahkan kesedapan atau rencah untuk mengundang Histeria ke sekolah tersebut ada pelajar yang mencabar Jin untuk mengganggu mereka kerana mereka tidak takut. Apakah mereka ini terpengaruh dengan program mencari hati di TV?

Pihak pelajar telah mengadakan pementasan iaitu adegan yang menakutkan, pelakon telah membaca mentera untuk memanggil Jin yang mereka perolehi daripada sebuah rancangan TV. Ada pelajar yang membuat rakaman, mereka dapati didalam gambar mereka terdapat banyak cahaya putih dan suara lakonan yang mereka dengar bukanlah suara daripada pelakun adegan tersebut.

Hampir 20 orang pelajar yang terkena Histeria termasuk pihak yang terlibat dengan lakonan dan yang mencabar makhluk berkenaan.

Pihak Darul Syifa' Cawangan Lipis sekarang sedang berikhtiar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semuga usaha dan ikhtiar mereka merawat pelajar dan melakukan aktiviti pembersihan di makbulkan Allah. Aamiin Ya Rahman Ya Rahim.

Ini adalah jawapan kepada persoalan berlakunya Histeria di blog ana.

Jazakallahu khair Abg Mie atas maklumat yang lengkap ini. Semoga menjadi pengajar buat semua.

ALHAMDULILLAH BERMULA DENGAN BAIK

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan izin, limpah & kurniaNYA kuliah perubatan Islam yang dirancang & dicadangkan telah dapat & selamat dimulakan pada malam semalam selepas solat Isya di surau Al-Barokah, Kuarters Guru SMK Merapoh. Walaupun tak ramai, dalam 10 orang je, tapi bagi ana ianya suatu permulaan yang bagus, insyaALLAH.

Mudahan ALLAH s.w.t. menjadikan siri kuliah ini suatu yang akan mendatangkan manfaat yang besar pada diri mereka yang hadhir, ahli keluarga mereka & juga masyarakat setempat.

Apa yang ana lakukan hanyalah suatu perkongsian...perkongsian ilmu atau lebih tepat lagi amanah ilmu yang ana terima dariNYA. Mudah-mudahan amanah yang ana sampaikan kepada mereka yang hadir & sudi berkongsi akan lebih baik bila berada di tangan orang yang menerima & menanggungnya nanti berbanding di tangan ana yang berbolok & bergelumang dosa ini...aamin.

Wallahu a'alam. Tahniah kepada antum yang hadir semalam & jazakumuLLAH atas sokongan, sambutan & kesungguhan antum.

18 Januari, 2011

DUA WAN YANG ANA SEGANI

Sohabat ana yang juga merangkap guru, Al-Fadhil Ustaz Wan Asrul & sohabat seperjuangan ana Wan Khairul Azmi Al-Kutani. Dua Wan yang ana segani & hormati. Semoga ALLAH s.w.t. memberkati keduanya dunia & akhirat...aamin.


SIRI KULIAH PERUBATAN ISLAM

Assalamualaikum kepada para pembaca, terutamanya mereka yang berada sekitar Merapoh & Gua Musang.

Di sini suka ana maklumkan yang ana insyaALLAH dengan penuh rendah diri merujuk kepada cadangan & persetujuan qariah surau Al-Barokah, Kuarters Guru SMK Merapoh akan mengadakan siri kuliah Perubatan Islam (sekadar ilmu yang ada pada diri yang tak seberapa ni) secara mingguan pada setiap lepas Isya' malam Khamis. 

Jadi kepada yang sudi untuk hadhir, bermuzakarah & berkongsi ilmu, sangat-sangat ana alu-alukan. Mudahan semua kita mendapat barokah, manfaat & keredhaanNYA dari usaha yang akan dilaksanakan ini...aamin.

Robbi yassir wala tu'assir Ya Kariim....

CALLS!

Semenjak dua menjak ni, ana dapat beberapa "calls" & permintaan memohon bantuan rawatan & penyelesaian kes-kes sihir & gangguan makhluk halus yang terpaksa ana tangguhkan dahulu kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. ALLAH s.w.t. jualah yang  lebih mengetahui apa yang sedang ana hadapi sekarang, kelemahan serta kedhoifan diri ini & semoga DIA juga mengampuni silap & salah ana ini.

Kes di Merapoh yang dirujuk pada ana, pertamanya kes 3 beradik & seorang sepupunya yang menghadapi masalah gangguan teruk. Simptomnya macam gangguan jin asyik. Dah beberapa perawat & bomoh yang merawat, tapi tiada perubahan, jadi akhirnya kepada ana kes ni dikemukakan. Sampai sekarang masih lagi tertangguh.

Kes kedua dari Gua Musang. Kisah lama "berdarah" kembali. Masalah kediaman yang terbakar/dibakar yang dihadapi oleh salah seorang staff Hospital Gua Musang. Ana pernah tangani kes ini tak silap 2 tahun lepas (masa tu Sifu Saiful Gerak Haq ada lagi kat sana) & alhamduliLLAH selesai, tapi nampaknya jadi pulok doh! Semalam pun Abg N "call"... Ya ALLAH...apalah dayaku. Jadi kerana "kelumpuhan" ana, ana mintak Abg N hubungi Imam Masjid Gua Musang, Imam Hasuari untuk ikhtiarkan. Semoga dipermudahkan ALLAH segala urusan & dikabulkan segala ikhtiar...aamin,

Tengah malam semalam pula ana dikejutkan oleh "call" dari ex-student ana yang berada di form upper 6 di sebuah sekolah di bandar Kuala Lipis. Katanya beberapa pelajar di sana terkena histeria, dan masa dia dok bercakap dengan ana, seorang sahabatnya kerasukkan. Ana dimaklumkan yang geng Darulsyifa' Lipis pimpinan Ustaz Borhan dah ikhtiarkan sebelumnya termasuk juga Ustaz Borhan SMK Clifford & juga sohabat ana Cikgu Amru. Tapi nampaknya masih belum selesai sepenuhnya. Ana rasa ada benda yang perlu ditelitikan sebelum rawatan dilakukan. Kata omputeh, "Something fishy is going on there...and I got a bad feeling about this..". Ana ada sms Abg Mie...Abg Mie pun sibuk merawat orang kat Kg Lalang semalam. Abg Mie agok...ianya mungkin masalah asrama yang kat tepi padang yang nak diruntuhkan kerana boleh merbahayakan. Adakah kerana "kediaman" mereka nak dirobohkan, maka mereka memberontak???

Perkara macam ni la yang mendorong ana untuk membukak kelas Perubatan Islam kat Merapoh ni, supaya bila ana tak dapat membantu atas sebab-sebab yang tak dapat ana elakkan, ada orang lain yang sedia & dapat. Kan bagus camtu. Ianya dah jadi suatu fardhu kifayah. 


Wallahu a'alam bissowab.

Wahai saudara seIslamku...apakah Islam tu tidak hebat sehingga asyik memandang selainnya???

17 Januari, 2011

MAAF...! DITUNDA

Assalamualaikum semua,

Kepada mereka yang sebelumnya ana dah maklumkan tentang riadhah yang ana cadang untuk laksanakan di rumah mak ana di Merbau, maaf kerana terpaksa pula ana tunda ke hari lain atas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Asalnya memang ana & Wan Al-Kutani bercadang untuk kembali beriadhah Gerak Asror yang dah agak lama tak kami lakukan bersama. InsyaALLAH ada kesempatan kita beriadhah di lain masa, mungkin cuti Raya Cina ni ke...

Mudah-mudahan bermanfaat buat semua insyaALLAH.

13 Januari, 2011

SYEIKH HABIB UMAR DI KOTA BHARU


Ustaz Haji Saari bin Hussein bersama-sama dengan Syeikh Habib Umar bin Muhammad bin Saleem bin Hafeez dalam majlis khas di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Turut berada bersama ialah Baba Abdul Aziz dan YB Dato' Husam Musa, anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan. 


Foto oleh En Mohd Nizam

12 Januari, 2011

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH

Syeikh Amir Fadhl Al-Abbas Ad-Dandarowi
Adalah dimaklumkan bahawa pagi ini 25 Muharram 1432H/31hb Disember 2010, selepas subuh Amir bagi Usrah Dandarawiah , Syeikh Amir Fadhl, telah kembali ke Rahmatullah di Kaherah, Mesir. Oleh itu para ikhwan diminta untuk kita bersama-sama mengadakan solat peneman bagi dihadiah kepada Sidi Amir Fadh yang telah banyak berjasa kepada kita. Innalillah hiwainna ilaihi rajiun.


Kaedah Solat sunat ini ialah;

Sebelum solat di niatkan " sahaja aku solat sunat ini, Ya Allah, Engkau tahu apa yang aku inginkan. Hadiahkanlah pahala solat ini kepada Sidi Amir Fadh"



Solat hajat 2 rakaat. Tiap tiap rakaat dibaca;

  • Al Fatihah 1X
  • Al Takathur 1X
  • Al Ikhlas 11 X

KUNJUNGAN

Dalam cuti sekolah bebaru ni ana dihubungi & dikunjungi oleh beberapa orang "silat" & yang berminat dengan silat, khususnya TS. Wan Machang yang berminat dengan seni permainan keris, Cikgu Rahim Ketereh orang lama TS yang ingin bermuzakarah tentang keilmuan TS & rahsia "gerak bathin", Faiz & rakan-rakan dari Pasir Mas yang berminat untuk belajar. Mudahan Allah s.w.t. bimbing antum & ana juga..aamin.

Alhamdulillah, perkongsian ilmu & muzakarah berlangsung dengan baik dan semoga semua mendapat manfaat darinya...insyallah. Ana sendiri pun banyak belajar dari perjumpaan-perjumpaan tersebut....subhanallah. Banyak manfaat & kebaikan yang diperolehi hasil dari perjumpan, muzakarah, perkongsian ilmu & pengalaman yang dilaksanakan dalam keadaan yang penuh harmoni, keikhlasan & ukhuwwah Islamiyyah. Wallahu a'alam.

11 Januari, 2011

PENGALAMAN BARU

Assalamualaikum buat para pembaca,

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, sekali lagi diizinkanNya untuk mencatat serba sedikit pengalaman ana di awal tahun 2011 ini.

Perkara yang menjadi ujian bagi ana awal tahun bebaru ni & masih lagi belum selesai iaitu kereta. Kereta ana masih lagi belum dibaiki dengan sempurna. Masih ada lagi kecacatan-kecacatan yang tidak diperbaiki dengan betul. Jadi sekali lagi ana turun ke Selayang untuk diperbaiki. Sehingga sekarang kereta ana masih lagi kat bengkel di sana. Berbelas gak lagi dia punya "defects" yang ana dapati & kenal pasti. Mudahan Allah s.w.t. permudahkan urusan baik pulih kereta ana. Ujian...susah nak bergerak ke mana-mana (ana pun sebenarnya jarang juga bergerak ke mana-mana pun). Bengkel janji hujung minggu ni...wallahu a'alam.

Perkara seterusnya yang masih lagi belum selesai ialah permohonan pendaftaran kemasukkan anak lelaki ana, Mohammad Imdadullah ke SRK Merapoh. Ana bawa dia tinggal bersama ana kat sini. Temankan ayah dia... Masih lagi tak mendapat jawapannya dari pihak JPN Pahang. Mungkin minggu depan agaknya.

Lantaran beberapa masalah juga, ana tidak menghadirkan diri ke mesyuarat sekolah yang berlangsung 27 hingga 30hb Disember 2010 bebaru ni. Tapi ana dah maklum kat Pengetua. Alhamdulillah dia faham & sudi bertolak ansur. Lagipun ana bukannya sengaja. Maaf Boss! Selagi ana belum bertukar insyallah ana akan berikan servis yang terbaik setakat daya & upaya yang dikurniakanNya.

Tahun 2011 ni ana dalam Bidang Kurikulum macam biasa, tetap dengan Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan. Dan tahun ini ana dikejutkan dengan ana ditugaskan mengajar subjek baru mengantikan seorang ustaz yang bertukar ke Kuantan, iaitu subjek Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5. Suatu yang sangat jauh dari opsyen asal ana iaitu Teknologi Kejuruteraan. Dari guru teknikal...sekarang menceburkan diri dalam bidang pendidikan agama pula. Pelajar keliru...nak panggil Sir ke nak panggil Ustaz! Terpulang...

Selain dari itu, ana juga dilantik sebagai penyelaras unit kesihatan & menjaga klinik sekolah. Semua ini lantaran ana kerap merawat pelajar & rakan-rakan guru dengan rawatan alternatif Islam sekadar yang ana tahu. Ada guru yang mencadangkan ana mengambil kesempatan ini untuk memberikan khidmat rawatan kepada guru utamanya sekiranya ada masa terluang. He...he...he... ana bukak klinik kat sekolah... Ada-ada je...(harap tak mengada-ngada).

Minggu lepas & petang semalam pun Wan ada ziarah ana di sini, jazakallahu khairan katsira syeh. Kami ada muzakarah beberapa perkara berkenaan perjalanan sebagai seorang salik menuju hadrat Ilahi...hal-hal berkaitan dengan perubatan, berkenaan guru-guru kami & bakal guru yang kami bercadang untuk pergi menadah nanti bila ada kelapangan, isi semasa dunia rawatan Islam yang akhir-akhir ni dah mula nampak haru biru...masyallah. Ana harap muallij-muallij Islam yang ada sekarang tidak tertipu & terpedaya dengan agenda halus syaitan & Iblis la'natullah untuk melaga-lagakan muallij yang ada sekarang ini & terheret lebih jauh dalam kancah fitnah-menfitnah, kata-mengata, kondem-mengondem & sebagainya. Allahummahfozna min hu! 

Setelah sekian lama menyepi diri dari dunia rawatan, semalam ana ditanya tentang beberapa permasalahan yang melibatkan kes gangguan jin asyik. Mangsanya terdiri dari 3 beradik dari sebuah keluarga & seorang adik kepada Ustazah di sekolah ana ini. Dua dari mangsa pernah ana rawat sebelum ni tahun lepas & ana mengharapkan mereka ini membuat susulan sekiranya kes tidak selesai, tapi oleh kerana ana merawat sewaktu hampir cuti hujung tahun maka susulan tak dapat dilaksanakan. Ana ada cadang mereka ni jumpa perawat lain dalam cuti hari tu. Salah seorang mangsa, keluarganya ada bawa pergi jumpa seorang perawat otai kat sini semalam & hasil analisis perawat tersebut menggunakan ilmu dia, katanya penyakit mangsa itu sukar dirawat & akan jadi sebab kematiannya nanti, dengan kata lain dibawa mati. Masyallah...sedih yang teramat sangat kedua orang tua mangsa sehingga tak lalu makan minum & tak de motivasi nak buat kerja. Kesian....psiko-psiko sungguh. Mangsa dah la anak perempuan kesayangan ibu bapa....mau tak sedih.

Jadi Ustazah tu tanya ana...camna boleh diikhtiarkan ke? Bagi ana boleh! Kerana selaku hambaNya kita diperintah, digalakkan, dianjurkan berdoa & berikhtiar apa yang patut dengan apa ilmu & kemahiran yang dikurniakanNya. Sembuh atau tidak itu urusan Allah & sebab kematian, semua orang ada sebab musababnya.

Wallahu a'alam bissowab