16 Disember, 2010

DIAJAR ILMU OLEH NENEK TUA

Pagi Ahad 21 November 2010, semasa berhenti membeli putu piring depan Balai Polis Badang, ana ditegur oleh seorang nenek. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Hajah Nik Jah berusia lebih kurang 99 tahun. Dalam perkenalan yang singkat itu, beliau mengajarkan ana beberapa doa yang telah menjadi amalan beliau sekian lama, iaitu Doa Sakaratul Maut, Doa Sayyidul Istighfar & sebahagian dari ayat-ayat dari surah Al-Kahfi.
Dengan mengamalkan Doa Sakaratul Maut beliau telah dikurniakan ALLAH t.a. tubuh badan yang sihat walaupun dah berusia hampir 100 tahun, dengan mengamalkan Doa Sayyidul Istighfar ada seorang alim yang berupaya merawat pelbagai penyakit dengan izin ALLAH & dengan mengamalkan potongan ayat dari surah Al-Kahfi, seorang alim yang lain pula dikurniakan pelbagai keberkahan, wallahu a’alam.
Suatu pertemuan yang ringkas tapi penuh bermakna & berilmu. Ilmu hikmah yang ALLAH ajarkan ana melalui seorang nenek tua yang dah berusia hampir 100 tahun. Siapa nenek tersebut? Ana pun tak kenal & tak pernah jumpa sebelum ini. Ini merupakan kali ke-3 seingat ana, ana ditegur oleh orang tua yang mengajar ana ilmu-ilmu hikmah, doa-doa & pelbagai amalan untuk kebaikan dunia & akhirat.
Wallahu alam bissowab.